Jumaat, 26 April 2013

Mahfuz Nak Terus "Trinity"kan Allah

SIBU, 11 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa pihak polis supaya tidak menjadi pelindung kepada Umno BN sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu yang masuk hari keempat hari ini.

“Jangan pula polis menjadi pelindung kepada Umno BN di Sibu,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan polis Sarawak hari ini yang memberi amaran kepada parti politik yang bertanding pada PRK itu supaya tidak membangkitkan isu agama ketika berkempen.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC II Huzir Mohamed berkata, ada yang menggunakan isu kalimah 'Allah' dalam ceramah mereka.

*********************************************************************************
Nampaknya, Mahfuz tak berpuas hati dengan polis Sarawak kerana menghalang isu nama Allah dijaja sebagai bahan kempen.

Isu nama Allah ini jelas, bila sebelum ini Mufti Perak telah menyatakan bahawa sesiapa (orang Islam)merelakan Kristian menggunakan nama Allah dengan maksud yang membawa kepada syirik (konsep trinity kritian) boleh menjadi kufur.

Kita juga tahu, PAS telah terperangkap dengan Anwar Ibrahim dalam isu kalimah Allah, dan telah redha nama Allah digunakan dalam konsep trinity. Walaupun tahu hakikat yang menggugatkan iman, demi kuasa maruah agama dijual juga.

Oleh kerana isu ini sensitif kepada orang Melayu, PR tidak berani gunakan isu nama Allah ketika kempen PRU di Hulu Selangor dimana majoriti penduduk disitu beragama Islam.Tapi sebaliknya, di Sibu, Mahfuz mula marahkan polis melarang menggunakan  isu kalimah Allah sebagai bahan kempen.

Kalau polis nak lindungi BN, mungkin dah lama Mahfuz "dok dalam", takkan polis setakat nak melarang penggunaan kalimah Allah saja, bukan Mahfuz tak tahu.Hakikatnya, polis melarang kerana isu ini memang sensitif dan merugikan umat Islam. Tapi mungkin Mahfuz nampak hasil penjualan kalimah Allah boleh membawa hasil yang besar di Sibu, maka itu, beliau sangat tidak berpuas hati dengan larangan polis ini.

Tapi yang lebih pelik, pihak Kristian sendiri pun tidak bernafsu setinggi pemimpin PAS meng"triniti"kan kalimah ِِِAllah. PAS bagai lebih kuah dari sudu menjual kalimah Allah

Kini rakyat Pokok Sena perlu berfikir siapa yang bakal mereka pangkah. Adakah Mahfuz yang mempertahankan pihak kristian yang menggunakan kalimah Allah dalam bible ATAU mereka yang yang sama sekali menolak kalimah Allah digunakan dalam bible?

Jangan bersubahat dengan Mahfuz yang terang-terang bersama pihak kristian dalam menyesatkan umat Islam

2 comments:

TheObserver berkata...

lebih sudu dari kuah ni biasa la bro.. kalo tak, takde la berpuluh tahun jadi parti politik tapi cam takde progress..pikirla sendiri..

Tanpa Nama berkata...

Mahfuz niii... mana dia gheti pasai Islam, pi Sibu tu, dia buat kacau jeeerrr....

Jika zaman dulu, kepala Mahfuz hilang dalam Sungai Rejang daaaahhh...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates