Jumaat, 26 April 2013

Masih relevan kah PAS Kedah kepada PAS Pusat?


Kedah Times telah beberapa kali mengeluarkan cabaran menuntut PAS Kedah mengeluarkan pendirian tentang beberapa isu supaya rakyat Kedah boleh membuat penilaian dimana sebenarnya PAS Kedah berada. Tetapi nampaknya senyap bin sunyi saja yang kita dapat. Pengikut PAS masih terpinga-pinga atau tidak tahu apa-apa tentang isu yang menghantui orang Melayu dan Islam di Malaysia. Mungkin mereka dibuai harga sekerap RM6 sekilo.

Di highlight kan beberapa isu yang masih relevan untuk PAS Kedah buat pendirian dan umumkan kepada rakyat.
1. Isu kalimah Allah digunapakai oleh Kristian dan agama lain
2. Isu penggunaan ayat suci Alquran oleh kafir dalam ceramah PR
3. Lim Kit Siang sebagai PM atau TPM Malaysia
4. Kenapa Hudud tak dibentangkan di Kedah

Ini hanya beberapa isu yang masih berlegar tanpa ada sebarang jawapan atau pendirian dari PAS Kedah. Mungkin mereka masih menunggu Setpol bijak Sanusi untuk memberi jawapan samada dalam warta Kedah atau Blog KedahLanie yang sentiasa mencari jalan untuk menegakkan benang basah kerajaan PAS Kedah.

Kita lihat apa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai isu 2. PAS Kedah hanya perlu kata setuju atau tidak sahaja. heheh kalau dah malas sangat nak mensyuarat dan bincang untuk keluarkan kata putus.

SEPANG 4 Dis. – Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sebulat suara mahu perbuatan orang bukan Islam membaca dan membuat huraian terhadap teks al-Quran secara sewenang-wenangnya dihentikan bagi mengelak timbul keresahan dan perpecahan dalam masyarakat.

Dalam satu muzakarah khas, jawatankuasa tersebut memberikan nasihat dan teguran kepada seluruh masyarakat termasuk bukan Islam bahawa teks suci al-Quran tidak boleh digunakan untuk kepentingan tertentu termasuk bagi tujuan peribadi dan politik.

Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, meskipun ulama tidak melarang orang bukan Islam membaca al-Quran, namun situasi semasa membabitkan tindakan beberapa pemimpin bukan Islam parti pembangkang menghuraikan teks kitab suci itu telah menimbulkan kekeliruan dan merenggangkan hubungan di kalangan umat Islam sendiri.

”Semua mufti melahirkan rasa tidak setuju dengan situasi yang berlaku sekarang dan perkara yang berlaku sejak 2009 termasuk isu orang bukan Islam memasuki rumah ibadat orang Islam dan terbaru tindakan Ahli Dewan Negeri Hutan Melintang, S. Kesavan membaca terjemahan petikan ayat al-Quran secara salah.

”Justeru kita mengambil langkah menggunakan kaedah ‘sad zaraik’ iaitu mencegah atau mengelakkan keraguan, maka kita rasa elok elakkan menggunakan teks al-Quran di atas pentas politik dengan kepentingan tertentu apatah lagi membaca maksud al-Quran secara tidak tepat.

”Mentafsirkan al-Quran tidak boleh dibuat secara sambil lewa atau spontan di atas pentas ceramah tetapi perlu ada kaedah tertentu yang mesti difahami daripada awal,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada Mingguan Malaysia selepas mempengerusi muzakarah khas tersebut di Hotel Pan Pacific Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam tadi.

Sebanyak 10 ahli panel muzakarah tersebut hadir termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang juga Setiausaha Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Muzakarah khas yang berlangsung selama empat jam itu juga meneliti semua rakaman siri ucapan pemimpin bukan Islam yang membaca dan menghuraikan terjemahan teks al- Quran selain reaksi daripada umat Islam tentang perkara itu.

Kesavan dilaporkan membacakan terjemahan yang salah membabitkan ayat 190 dan 191 dari Surah Ali-Imran ketika sesi perbahasan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2010 baru-baru ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming juga dilaporkan membaca petikan ayat suci al-Quran ketika berceramah dalam kempen Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Perak tahun lalu.

3 comments:

mat merton berkata...

He he he he he.PAS takut hilang undi ooo sama orang cina/india.Nanti PAS punya gomen hilng juga lain ton.Demi undi apa kira .Cakap tak sama bikin.DULU cakap lain sekarang cakap lain.

Pro Pas berkata...

PAS Kedah tetap relevan dengan PAS Pusat.Aku nak tanya pula UMNO Kedah masih relevankah dengan UMNo Pusat.Nampak ada goyah sikit.Nak lantik Ketua Perhubungan pun tangguh-tangguh.

Sifu Kulim berkata...

Kegoyahan ini menampakkan dan mencerminkan UMNO Kedah tidak mendapat kepercayaan penuh dari Presiden parti malah usaha penggunaan talian hayat juga telah di buat namun masih menemui jalan buntu. Pak presiden yg telah termakan budi dan yang pernah berjasa serba salah untuk membuat keputusan muktamat. Apa yang pasti rakyat kedah masih menunggu dengan sabar bagi mengorak langkah seterusnya.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates