Selasa, 9 April 2013

MDERS dan HAZMAT pun PAS nak claim juga

email pembaca: Axxxxxx@gmail.com

LAGI KISAH KULIM HI-TECH PARK

Pada hari Jumaat ini satu lagi projek hasil nukilan sewaktu pemerintahan mantan CEO KTPC akan dicanangkan oleh penggantinya iaitu Tuan Haji Sobri sebagai projek kerajaan Kedah Sejahtera.

Projek ini iaitu HAZMAT dan juga MDERS untuk Bomba dan Hospital Kulim Hi-Tech Park telah pun dicadangkan dan permohonan juga dibuat pada zaman pimpinan Datuk Ahmad Shukri.  Jadi perlu diingatkan kepada Hj Sobri dan rakan-rakan agar tidak mewar-warkan kepada pihak media bahawa projek ini adalah hasil dari buah fikiran mereka.  Begitu juga dengan projek Balai Polis dan akan datang projek Masjid KHTP telah pun dipohon terlebih dahulu oleh pengurusan KTPC terdahulu.  Malahan inisiatif KHTP Cybercity dan juga pelbagai projek melengkapkan keselamatan KHTP telah berjalan dengan baik walau pun mereka mengatakan bahawa projek keselamatan seperti meletakkan CCTV di KHTP adalah projek yang melibatkan rasuah.
Perubahan ketara di KHTP sekarang ialah penambahan sessi ceramah dan kehadiran ke ceramah akan diambil kira untuk ‘staff appraisal’.  Malah yang dijemput memberi ceramah juga adalah penceramah yang membacakan khutbah yang mendoakan untuk Lim Guan Eng di Pulau Pinang.  Begitu juga projek untuk ‘maintenance’ dan vendor untuk Kulim Golf dan pembelian peralatan mesin di Techno Centre telah dirangka untuk para kroni mereka yang berada di Sg Petani dan KL (syarikat kroni Anuar Safar, VP yang menyokong PKR pada pilihanraya 1999 di Kulim).
Tahniah diucapkan kepada Hj Sobri kerana kontraknya disambungkan lagi walau pun umum mengetahui bahawa beliau tidak layak untuk disambung kontrak kerana tidak membawa pelaburan langsung asing (FDI) ke KHTP, sebaliknya lebih banyak melancong atau melencong ke luar Negara sahaja kebelakangan ini.

Kedahtimes:
Menurut siasatan kami, Program Pelancaran tersebut akan dilakukan pada Petang 24 September, 2010 di Kulim Hi-Tech Park.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

baguih la kerana kerajaan PAS masih meneruskan usaha usaha murni ini walau pun idea asal tu datang dari kerajaan BN dahulu.

Tanpa Nama berkata...

dan dengaq cerita .. puak puak niee dok tersenggut senggut rengih depan Tan Sri.. hahaha.. belakang tibaii .. depan rengih.. nak jugak duit kerajaan persekutuan.. huhuhu

Tanpa Nama berkata...

Dulu bini kita yg segak.Dah takdir jadi janda.Kemudian dapat kat keling botoi.Cemburu yg amat sangat.Begitulah hal hitech kulim dengan UMNO.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates