Khamis, 11 April 2013

MUHONG.. JANGAN TAK MUHONG..!!!!!!


SOBRI SUDIN

1. Kekayaan, harta benda, anak-anak, pangkat, kuasa dan jawatan yang kita perolehi di atas dunia, dari satu sudut adalah anugerah Allah s.w.t. Namun jika gagal ditangani dengan baik dan berkesan bakal menimbulkan fitnah.

2. Sebab itu bila ramai-ramai kawan bertanya, "hang tak takut ka puak pokka PAS hijau dok hentam hang keliling"? Aku jawab, "nak takut apa, hidup, mati, rezeki, ajal, untung baik buruk Allah yang tentukan". Bukan mudah bila kita secara individu yang tak dak kepentingan apa-apa nak jadi perhatian pada puak yang kini bergelar kerajaan.

3, Bercakap bab PAS jadi kerajaan di Kedah ibarat kata CCZ dalam blognya SANGGUL MELAYU, "PAS PARTI GHEBANG DERAS" memang masih belum berjaya keluar dari stigma pembangkang dan kepembangkangan".

4. Sebab tu dah nak masuk 3 tahun memerintah depa masih dok buat kelaku lama. Patut merancang dan menjana kemajuan negeri, tingkatkan kebajikan rakyat, tangani isu kemiskinan, moral dan peluang pekerjaan rakyat.

5. Namun dek kerana sebati dengan imej PARTI GHEBANG DERAS, maka kerja mereka tak putus dengan ceramah, manipulasi, dan berarak rata bila tengok pek ho ka atau jentolak dok korek parit mai maka MKK depa pun menyalaklah serata kampung kununya,"'INILAH PROJEK KERAJAAN PAS".

6. Tak cukup ghebang deras, dan pembuhong puak pokka dan spesis haramjadah PAS dan rakyat marhein di kampung sebelah Kedah, depa lajak sampai ke Perlis. KUNUNYA NAK realitikan teori DOMINO agar PERLIS turut tumbang dalam PRU akan datang.
7. Habis diangkut segala ADUN, EXCO, DAN MP PAS pi dok muhong kununya depa berjaya tabir Kedah.. Alhamdulilah, nampaknya orang Perlis setakat tinjauan yang aku buat nampaknya lebih matang dan cerdik dari segelintir puak pokka hijau di Kedah.
8. Tahun lalu, aku masih teringat tatkala balik makan kenduri di Jabi, bila lalu depan markas PAS di Langgar, maka terdengar la aku satu ceranah oleh MP PAS, pompuan, antara lain dia kata, "tahniah di atas kejayaan kerajaan PAS di Kedah, kejayaan menganjurkan EKSPO pada hari ini adalah bukti kemampuan PAS mentadbir Kedah" lalu disambut laungan takbir oleh puak malaun di bawah pentas.

9. Memang benar, skala kejayaan ekonomi dan kemampuan aktiviti PAS diukur dengan kebolehan buat EKSPO, lepas tu jual ubat kuat, gambar Nik Aziz dan VCD ceramah.. Jika kejayaan buat EKSPO jadi ukuran, maka toke EKSPO yang dulunya dok buat ekspo Kedah di KOMPLEKS KANCHUT dan didepan lorong rumah aku di Lorong TITI SIAM, layak untuk dinobatkan menjadi MB Kedah.

10. Dan kemuncak KPI PAS buat ekspo maka depa cuba himpun 30 ribu pemuda PAS seluruh negara baru-baru ni di Batu 9, malangnya yang mai ada la kot sekitar 10 atau 15 ribu tu pun jenuh kena kerah pemuda PAS dari dalam Kedah, kunun untuk pertahan kuasa di Kedah. Maka betullah kata Tun Mahathir tujuan PAS atau Nik aziz hanyalah nak menang pilihanraya bukan sangat nak daulatkan Islam.

11. Sebab tu la bila minta bukti apa yang PAS telah berjaya dakwahkan pada DAP dan PKR PAS tak boleh bagi. Yang aku tau PAS selama ini jadi alat dan barua pada DAP dan PKR dimana-mana saja, setiap masa, setiap ketika. Sebabnya bagi PKR dan DAP, depan belakang sama rasa sama sahaja.

12. Dan nak cerita bab kuasa dan amanah yang PAS dapat untuk perintah Kedah tapi gagal tunai amanah memang banyak. Gagal bukan nak mengaku, tapi dengan ayat power disulam dengan petikan nas dan hadis maka mereka saban hari dok mengelembong rakyat laksana penjual ubat yang mahu menukarkan taik kambing menjadi makjun kuat.

13. Hangpa pakat telitilah kenyataan dibawah dan nilailah dengan akal minda, panduan iman dan bukanya berfikir pakai kepala lutut sepertimana amalan sejati pokka hijau.

a. Seorang exco pas di kedah, bila jalan luar bandar merentasi kawasan MADA, siap satu projek dibawah koridor utara biaya kerajaan persekutuan, lalu si EXCO tadi pun pi pacaklah khemah dan dia pun panggil penyokong pokka hijau ada la kot dalam 20 orang lalu dia bersyarah dan berkata nista, "tuan-tuan tengoklah kejayaan PAS Kedah, buat jalan kampung untuk tuan-tuan, padahal BN perintah lebih 50 tahun depa tak boleh buat".. Tengah si EXCO tadi dok bersyarah, ada seorang puak PAS yang terang sikit iman dia tegur "USTAZ PROJEK NI KORIDOR UTARA PUNYA, AWAT USTAZ MUHONG?" Lalu si EXCO yang bertitle USTAZ tu kata, "MAMPUIH PI LA AKU NAK MUHONG". Hangpa nak tau EXCO tu sapa? Aku jenis tak takut punya, EXCO berkenaan adalah USTAZ GHANI AHMAD, ADUN AIR HITAM.. Kalau berani mai saman.. jangan sampai aku pulak pi cari hangpa di WISMA... Buruk padahnya!!!!! SB rekod kenyataan aku.. Sobri Sudin tidak takut bermandi darah!!! Kalau hanya nak menentang PAS parti pembohong rakyat..

b. PROJEK SULIH, kilang menapis minyak di YAN hangpa ingat dak lagi? Dizaman Det Khalid nak buat projek tu, AZIZAN bukan main lagi menentang, siap sanggup nak berparang lagi.. Kununya kampung halaman dia.. Awat ingat Yan, Sungai Limau tu mak bapak dia punya ka.. Arwah mak aku pun orang Yan, tak bising pun..!!!! Adik beradik aku ramai di Sungai Limau Dalam, Luar, Sedaka. Tapi tak kecoh pun... Hangpa tau projek tu la jadi apa.. Al-Quraisy toke kilang minyak yang nak buat kilang tapis dah pindah projek tu di Pulau Hainan China, la ni 45% projek kilang tu dah nak siap. Tapi AZIZAN dengan angkuh terus muhong rakyat Kedah kata projek itu tetap akan dilaksana, tunggu masa nak pecah tanah, walhal aku bagai nak pecah perut dengaq pembohong dia dan kuncu kuncunya. Akibat kegagalan nak pastikan projek tu dibuat di Kedah, rakyat Kedah kehilangan hasil berjumlah RM130 juta setahun untuk tempoh selama 40-50 tahun.. SIAPA BODOH??? PAS.. SIAPA BENGAP.. AZIZAN.. SIAPA KAKI KELENTONG??.. pokka hijau..

C. Projek pelaburan terakhir yang masuk ke Kulim High Tech adalah kilang yang nama FIRST SOLAR, dibawa masuk oleh BN.. Sejak PAS perintah, pelaburan baru di KHTP tak dak, yang tutup dan keluaq ada.. Tapi Presiden KHTP, cucu menakan AZIZAN dapat gaji berpuluh ribu sebulan, makan angin di luar negeri tok sah kira, atas nama misi pelaburan walhal misi kehancuran. Tapi tak semena-mena pentadbiran PAS di KEDAH boleh kata pelaburan di Kedah dah jangkau 1.9 bilion, kalau depa iktiraf pelaburan luar tu hasil usaha MITI dan kerajaan pusat tak pa jugak, tapi depa dengan muka tak tau malu boleh claim kata depa punya usaha.. Benarlah kata HHALEM dalam blog dia, kalau bincang kelaku puak PAS, kita boleh tension dan kena darah tinggi mengenangkan betapa hebat dan tingginya penipuan depa ini.. Tapi kemungkaran, pembohongan kita kena selongkar, kita kena fahamkan rakyat bahawa nak jadi umat Islam sejati tak perlu jadi ahli PAS.. PUN..

d. Peruntukkan kerajaan pusat untuk bantuan bulanan OKU, anak yatim, orang miskin dan banyak pihak lagi kepada JKM Kedah berjumlah RM100 juta setahun.. Kerajaan negeri hanya bagi sumbangan RM12 Juta setahun. Tapi pentadbiran PAS Kedah bila cakap bab JKM seolah-olah semua peruntukan JKM mai dari depa... Inilah PAS, kat rakyat biasa, profesional pun dia pembohong, hak anak yatim, OKU, anak miskin pun dia boleh muhong.. Anak yatim dan balu MEMALI patah lagi.. Depa jual dua seduit saja... Tu pun hangpa boleh dok percaya lagi.

e. samalah macam kata kata AZIZAN dulu, 'air takkan naik,sapa kata bil air nak naik di KEDAH? TAU TAU 1/10/2010 TARIF AIR naik antara 27-44%.. Bila tanya dia, dia muhong lagi kata, "kerajaan pusat suruh bagi naik".. Inilah spesis haramjadah, bila pembohongan sudah jadi satu ketagihan..

f. AZIZAN dan puak kerajaan PAS kata lagi, kami belanja berhemah, kereta rasmi EXCO pun kami akan tetap guna PERDANA, tau tau CAMRY dan FORTUNA depan mata.. Kelepap kelepop, depa ludah ke langit kena biji mata depa..

g. Kenyataan macam mana lagi yang kita mau?? Buka mata, pikiaq, teliti tengok.. Inilah PAS, beraja dimata bersultan dihati, Islam jadi alat, pembohongan jadi matlamat, kuasa politik diraih dengan menipu rakyat.. Bukankah ini khianat namanya?.. Jadilah manusia yang berjiwa merdeka, merdeka fikiran, merdeka sikap dari mudah dipengaruhi oleh tukang jual ubat.. Selayaknya PAS hanya boleh menjadi tukang jual ubat kuat tenaga batin, sepertimana yang banyak diiklan dalam HARAKAH HARAMJADAH.. Nak jadi kerajaan yang cekap dan efektif, aku rasa tunggulah sampai kucing bertanduk dulu.. JADI MARILAH KITA PAKAT PAKAT memainkan peranan untuk kembalikan fungsi PAS SEBAGAI PEMBANGKANG DI KEDAH.. Barulah happening sikit!!!!.

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

salam,
apa nak dikata lagi. nasi dah jadi bubur. benarlah kata tuan, kalau masih ada masyarakat yang terpesona dengan pembohongan mereka, mereka sesungguhnya bernasib malang kerana hati mereka ini telah dibutakan oleh syaitan2 yang bertopengkan manusia. i am speechless.

Tanpa Nama berkata...

Apa nak buat hari ni dengaq pulak Bob Lokman join puak depa ni. Apa punya analisis yang dia buat aku pun tak tau. Sepatutnya dia kena baca Kedah Times dulu, barulah buat keputusan nak join hamPAS ni. Pilih pulak serah borang dia depan Ustad Azizan yang tak tau apa tu

Tanpa Nama berkata...

kalau hang ajak aku bergasak dengan puak pas munafik ni bila2 aku sanggup...
aku tak risau puak2 haramjadah ni...
yang buat aku tak lalu makan ialah puak2 puaka dalam umno sendiri...
selagi beberapa ekorq bewak2 makan bangkai dok dalam umno kedah dan tak reti2 nak berubah maka selagi tu lah masaalah umno kedah tak selesai.
aku tak sokong mana2 puak pun...asalkan mereka umno..aku terima depa sebagai pemimpin..
tapi depa kenalah jadi manusia yang bermaruah...
5hb lepas aku tengok tok det kat rumah kenuri...
rasa2 nak berdepan dengan dan tanya apa rancangan bahagian pdg terap.
tapi bila ada 2 orang wanita kalut nak jumpa dan tok det kata kena pi jumpa sat...takut nanti depa tak undi aku.
masa tu juga aku naik meluat...

Tanpa Nama berkata...

memang puak ni kuat muhong dan menempek kat program orang lain.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates