Selasa, 23 April 2013

Mustafa Ali - Minum arak dan Beromen

Di Malaysia, Pakatan Rakyat menggunakan politik seumpama lesen besar mereka untuk bercakap apa saja tak kira peringkat umur, jawatan, pegangan, isu, sahsiah, iman atau lain-lain.

Mustafa Ali dilihat terlalu biadap dalam membuat pertuduhan di sidang akhbar PAS, yakni pertuduhan kepada orang yang telah mati (meninggal dunia) hanya semata-mata kerana beliau ingin "mempertahankan" seorang manusia yang masih hidup yang menjadi calon Pakatan di Hulu Selangor.


Quote dari laporan Malaysiakini : Mustafa Ali berkata "Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak."


Ini bermaksud Mustafa Ali telah memburukkan arwah-arwah mantan PM yang telah meninggal dunia yang mana dosa pahala mereka hanya berhak dihisab oleh Tuhan yang menciptakan mereka.

Mustafa Ali mahupun mana-mana ulama terompah PAS / Pakatan Rakyat tiada hak langsung untuk bercakap tentang perlakuan arwah-arwah tu semasa hidup mereka! Walhal belum pasti 100% mereka melakukan perbuatan buruk seperti yang "didedahkan" oleh Mustafa Ali tu ...

Imam Nawawi dalam kitabnya Riadhus Solihin menyatakan ulama berpendapat bertaubat daripada setiap dosa yang dilakukan hukumnya wajib. Jika dosa itu berkaitan dengan Khaliq (Allah) dan dengan manusia. Ia terangkum dengan empat syarat taubat utama iaitu:
  • Berhenti daripada melakukan kemaksiatan kepada Allah.
  • Menyesali perbuatan yang sudah dilakukan.
  • Berazam tidak mengulangi perbuatan itu selama-lamanya.
  • Jika dosa itu berkaitan dengan manusia perlu diselesaikan seperti mengembalikan harta diambil dengan cara salah kepada tuannya. Jika barang sudah hilang atau habis digunakan perlu diminta halal daripada tuannya. Jika menuduh atau memfitnah wajar memohon maaf atas segala perbuatan.
Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Abu Darda’ menceritakan bahawa ia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : 'Janganlah kamu mengutuk orang yang sudah meninggal dunia nanti kamu akan menyakiti orang yang masih hidup dengannya.'


Hanya tinggal seorang mantan PM sahaja lagi yang masih hidup untuk beliau mohon keampunan sesama insan (itupun jika Tun Dr.M mahu memaafkannya). Tuduhan/dakwaan melulu beliau kepada arwah 3 lagi bekas PM yang sudah meninggal, hanya boleh diampunkan oleh arwah/mahupun keluarga terdekat arwah sahaja ... Ingatlah bahawa Allah tidak akan mengampunkan dosa yang dilakukan terhadap sesama insan kecuali insan tersebut memohon keampunan kepada insan yang dilakukan dosa terhadapnya.

Maka, KedahTimes membuat kesimpulan bahawa Mustafa Ali yang telah diangkat menjadi salah seorang antara pemimpin tertinggi dalam Parti (kononnya) Islam di Malaysia adalah merupakan seorang yang Busuk Lagi Membusukkan ! .... Memang Haprak ! Tambahan dengan kes spenda  yang tersebar luas yang disebarkan oleh orang PKR sendiri.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates