Selasa, 30 April 2013

Naik Bagi wifi Percuma, Caruman Wanita ... akibatnya ...

Seperti biasa apabila muncul isu yang bakal memberi persepsi negatif terhadap kerajaan PAS Kedah, yang tampil menjawab adalah dua tiga orang pegawai Dato Seri Azizan Razak, dan bukannya jawapan daripada Azizan Razak mahupun Exco-Exco beliau yang dikatakan berpelajaran tinggi belaka.

Kenapa ya, sering kali apabila timbul isu dua tiga orang itu sahaja yang menjawab dengan penulisan mereka. Adakah mereka tidak yakin Azizan dapat menjawab dengan baik kerana gelaran Menteri Besar yang tidak tahu apa-apa yang dimilik Azizan itu.

Exco-exco kerajaan negeri lagilah tak ambil peduli langsung nak pertahan Azizan kerana mereka seronok melihat Azizan nampak bodoh bila jawab sesuatu isu – supaya senang mereka nak bagi tau penyokong PAS Azizan tidak layak jadi Menteri Besar.

Yang layak jadi Menteri Besar adalah Amirudin, Phahrolrazi dan Taulan Rasul.

Berbalik kepada penulisan yang duk mempertahankan kerajaan PAS itu, kali ini mereka berkhutbah dengan dalil dangkal bagi mempertahankan tindakan tidak berhati perut Kerajaan Negeri menaikkan harga air.

Maka diciptakan alasan kenaikan itu diluluskan kerajaan pusat @ arahan kerajaan pusat.

Inilah tahap alasan yang paling bodoh. Selama ini mereka bercerita konsep federalisme sekarang apabila kena batang hidung sendiri mereka lupa konsep itu dan menyalahkan kerajaan persekutuan.
Inilah sikap paling tidak bertanggungjawab. Kerajaan negeri jenis apakah ini yang tidah reti memikul tanggungjawab.

Kalau tidak reti memikul tanggungjawab tak payah menjadi pemerintah kerajaan negeri, serah kepada mereka yang layak mentadbir kerajaan Kedah.

Memanglah peraturannya kalau hendak naik tarif kena dapat kelulusan pusat, tetapi dah kerajaan negeri minta, maka kerajaan pusat lulus, kalau kerajaan negeri tidak minta tak kan kerajaan pusat pandai-pandai suruh kerajaan negeri naik harga.

Kalaupun benar kerajaan pusat suruh (sebenarnya tidak adapun arahan kerajaan pusat), kenapa ikut juga, beranilah membuat keputusan sendiri.

Habaq mai negeri manakah yang tidak dapat kelulusan dari kerajaan pusat apabila mereka nak naik harga air.

Segalanya terletak kepada kerajaan negeri, mau naik atau tidak mau naik adalah keputusan kerajaan negeri, kerajaan pusat hanya meluluskan permohonan kerajaan negeri sahaja.

Pasal apa gedik minta naik harga, awat hangpa tak fikir cara lain dulu nak atasi masalah kenaikan kos pengeluaran dan operasi. Kalau hangpa tak minta, laa nie orang tidak ceritalah pasal Azizan Razak yang menyusahkan hidup rakyat Kedah sekarang.

Satu lagi alasan mereka kata negeri-negeri diperintah BN juga naik harga air.

Kenyataan itu kalau dibaca secara tersirat membawa maksud kerajaan PAS mengakui negeri-negeri yang diperintah BN memang ditadbir dengan bijak sebab itu mereka mengikut jejak langkah tindakan yang diambil negeri diperintah BN.

Satu lagi sudut ia juga mencemuh kembali PAS yang selama ini bercakap sombong kononnya mereka akan menjadi kerajaan yang lebih dari BN dan akan memberi kesejahteraan kepada rakyat dan tidak akan melakukan apa yang dilakukan kerajaan BN.
Tetapi akhirnya mereka mengikut juga apa yang dilakukan kerajaan BN.

Sekiranya kerajaan PAS Kedah hebat, kenapa tidak mengambil langkah songsang menurunkan harga air semasa negeri lain menaikkan harga air.

Atau perkenalkan beberapa insentif seperti beri air percuma kepada golongan yang susah mahupun turunkan kos pemulaan bagi memasukkan air ke rumah.

(Ada berita di dalam akhbar melaporkan sebuah keluarga terpaksa gali perigi kerana tidak mampu bayar kos pemasangan meter air yang berjumlah beberapa ratus ringgit ke rumah mereka).

(Perlu juga disebut dengan tarif baru itu, kadar minimum setiap bulan telah dinaikkan 100 peratus iaitu daripada RM3 sebulan kepada RM6 sebulan. Sama ada guna atau tidak, setiap isi rumah perlu membayar minimum RM6 setiap bulan. Syabas kepada idea bijak kerajaan negeri ).

Lihat bagaimana Tun Dr Mahathir menongkah arus memperkenalkan kawalan matawang semasa ringgit diserang oleh penyanggak mata wang. Dasar yang ditentang pakar ekonomi itu ternyata telah menyelamatkan ekonomi Malaysia dari runtuh.

Itu baru dinamakan tindakan yang hebat.

Tersirat juga PAS mengakui mereka gagal menguruskan Kedah dengan baik, mereka gagal memberikan apa yang dijanjikan dalam manifesto.

Sebaiknya PAS Kedah mohon maaf sahaja kepada seluruh rakyat Kedah atas pemerintahan mereka yang mengecewakan rakyat.

Sekiranya elektrik juga diletakkan di bawah kerajaan negeri Kedah, pasti dengan mudah mereka akan mengambil keputusan menaikkan kadar tarif kerana pemimpin mereka tidak mempunyai daya pemikiran yang mahu memberi kesejahteraan rakyat.

Sumbangan Abu Nawas.

2 comments:

dubaque berkata...

adeh...!!!

mendengar jawapan yang asyik nak menyalahkan orang lain nie...makhluk jenis aper la yang masih boleh menyokong juak puak nie...

takder wawasan takder hala tuju...

sedar-sedarlah warga malaysia...

Lebai pondok berkata...

Isu kenaikan tarif air oleh Sada adalah perkara biasa sahajalah.Ini adalah kaitan dengan pentadbiran.Masa BN perintah dulu pun macam-macam bayaran perhidmatan naik seperti letrik,insuran,tol, petrol,cukai jalan,cukai tanah,saman trafik,.Aku rasa rakyat pun faham betapa pentingnya kenaikan tarif air.Janganlah dijadikan isu.UMNO/BN pun akan buat benda dan alasan yang sama bila terpaksa menaikan tarif air.Barangkali orang umno punya pandai cakap ekonomi serta pengurusan tapi tak peka tentang perkembangan kenaikan kos.Puncanya bila kerajaab pusat menaikan harga petrol maka dengan sendirinya lain-lain aktiviti ekonomi yg ada kaitan kaitan turut terlibat.Katakan kalau kerajaan BN /UMNO pusat menurunkan semua cukai persekutuan.Maka tiada asalan Kerajaan PAS kedah untok menaikan haknya di Kedah.Puncanya ialah Kerajaab UMNO /BN persekutuan yg juga turut memainkan peranan menghalang apa jua kenaikan tarif.Jangan salah PAS Kedah sahaja.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates