Selasa, 9 April 2013

NDEC KHTP

Sebagaimana Projek ZIPPY yang ditentang hebat sebelumnya oleh PAS yang kemudiannya di tukar nama kepada SULIHH untuk mengabui mata rakyat kononnya idea PAS, satu lagi projek yang hebat yang dilancar oleh YB Amiruddin pada Ogos 2008 ialah projek NDEC yang dikatakan berkelas dunia.

Setelah 4 tahun dilancarkan, projek tersebut sunyi sepi tanpa berita. Peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Kedah dan teknologi tinggi yang dijanjikan nampaknya tidak tertunai.
Rakyat Kedah ingin bertanya kepada YB Amiruddin apakah perkembangan projek ini? Adakah masih dalam pengetahuan YB, atau hanya dilancarkan dulu sebagai gula-gula untuk rakyat semata-mata? Atau YB Amiruddin hendak mengatakan bahawa beliau tumpang bergambar saja, projek tersebut asalnya hasil perancangan kerajaan BN?

Mungkin YB Amiruddin sendiri pun sudah lupa pasal projek ini. Mungkin kerana terlalu sibuk dengan Golf.

Oleh OPAT RATTANACHOT

KULIM 22 Ogos - The Northen Data Exchange Centre Sdn. Bhd. (NDEC) hari ini melancarkan pusat data berkelas dunia yang pertama di wilayah utara, dengan pelaburan sebanyak RM135 juta.

NDEC yang merupakan pembekal perkhidmatan sokongan penyenggaraan data membangunkan pusat data seluas 130,000 kaki persegi itu di bangunan tiga tingkat di Pusat Perniagaan 2, Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), dekat sini.

Pengarah Pembangunan NDEC, Hanif Yon berkata, pusat tersebut yang dibangunkan bersama pihaknya dengan Kumpulan CSF Sdn. Bhd. itu akan turut dilengkapi dengan teknologi terkini bagi menyediakan perkhidmatan pusat data generasi kedua.

"Pelaburan terbaru ini juga mengesahkan komitmen kami terhadap projek pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di samping menggalakkan kemasukan lebih ramai pelabur di KHTP dan negeri Kedah, amnya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran pusat data itu yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains dan Inovasi Kedah, Ir. Amiruddin Hamzah di KHTP, dekat sini.

Petikan dibawah adalah status projek tersebut sehingga 2011.

Projek Northern Data Centre (NDEC) yg dilancarkan pada tahun 2008 bersama dengan seorang penyokong UMNO, tetapi telah tiba-tiba beralih arah menyokong PAS bernama Encik Hanif Yon (kat mana dia la ni Yusrin Zakri Adnan…?).  Sehingga kini tiada langsung berita mengenai NDEC ni walau pun bangunan yg dicadangkan untuk menempatkan NDEC iaitu bangunan Business Centre 2 telah pun siap sepenuhnya di KHTP.  Sebenarnya projek ni gagal kerana mereka (Yusrin & Hanif Yon) merancang menaikkan kos projek tersebut dari kos asal RM6 juta kepada RM10 juta, dan ni dapat dihidu oleh satu blog picisan juga pada tahun 2008 (cerita detail akan menyusul, siap dengan diagram nak renovate).

10 comments:

Tanpa Nama berkata...

Mendengar ceramah mereka seolah-olah kalau esok mereka memerintah maka segala-galanya akan jadi indah, tiada maksiat, tiada judi, tiada arak, tiada pusat karaoke. tapi bila Allah bagi izin memerintah, tak satupun mereka mampu selesaikan malah ada yang semakin teruk. yang mereka tahu semua salah orang. semua salah BN. semua buruk UMNO. tapi mereka tak tahu malu pula pi mengaku projek kerajaan BN sebagai projek mereka. ini berlaku berulang kali. Mereka tak merasa bersalah pun tak berbuat apa-apa. Kalau dulu kes maksiat dituduhnya kerana BN tak laksana Islam. Sekarang nak tuduh kerajaan sendiri tak laksana Islam malu tapi tuduh pula mak bapak tak tau didik anak. Satu dua isu kecil mereka jaja satu dunia seolah-olah tiada langsung nikmat yang mereka terima selama BN memerintah sedangkan orang berakal tahu betapa banyakknya (tak terkira) jasa BN yang dinikmati mereka. tapi mereka pejam mata buat-buat tak nampak. sedang Allah nak letak dalam syurga neraka pun ditimbang dulu dosa pahala. SEMOGA MEREKA SEDAR BAHAWA NAK BERCAKAP MEMANG SENANG TAPI NAK BUAT TAK SEMUDAH BERCAKAP DI PENTAS CERAMAH POLITIK.

Tanpa Nama berkata...

itulah namanya demokrasi kebebasan dan hak bercakap.jangan marah.semua parti ada hak dalam peruntukan perlembagaan malaysia.jangan bodoh sangat.dalam umno pun demokrasi tinggal separuh sahaja.macamamna nak bungkus pas.meriam buluh sahaja hampa.semut pun tak lari.

Tanpa Nama berkata...

Demokrasi tak la sampai menjual agama untuk sesuap nasi.

Tanpa Nama berkata...

Kebebasan bercakap dan bercakap bohong adalah dua perkara yang berbeza.

Tanpa Nama berkata...

sama-sama umno pun depa cakap bohong.demokrasi la tu.

Tanpa Nama berkata...

Yang bohong kata nak buat hudud tu Umno ka? Yang bohong kata nak telus sana telus sini tu Umno ka? Yang bercita-cita nak buat itu, nak buat ini sebelum dapat memerintah tu Umno Ka? Dan yang paling penting, MB Kedah yang dok bohong la ni tu Umno ka?

Anti Bohong

Tanpa Nama berkata...

Saja nak bagi tau company yang nak joint venture tu iaitu CSF dari Cyberjaya adalah satu-satunya syarikat data centre management yang berjaya disenaraikan di bursa AIM di London dan amat berjaya dalam perniagaannya di Cyberjaya. Jadi yang gagal di sini ialah Kerajaan Negeri Kedah yang tidak langsung tahu bagaimana cara untuk menjadikan projek ini sebagai satu projek yang apabila siap akan menarik pelabur masuk ke KHTP

Man on The Silver Mountain

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya tuan2 semua, projek ni tak jadi kerana Syarikat telah bayar RM5 juta kepada Kerajaan Umno/BN masa nak mula2 proposed projek ni sebab MB Det Khalid minta. So, Since that kerajaan PAS/Pakatan tak minta duit apa pun Syarikat tak boleh nak teruskan sebab dah tak ada duit nak teruskan projek ini.

Kalau tak percaya, tanya la sapa2 yang pernah buat projek zaman UMNO/BN dulu.. kita cakap pasal projek.. UMNO/BN cakap pasal minta duit.

Jangan la ko orang semua jadi bodoh.. selidik dulu la siottt.

Syburi Times berkata...

Untuk Makluman Tanpa Nama 24 Ogos,1:27pm:
Projek NDEC ini tidak ada kena mengena dengan Mahdzir Khalid atau mana-mana pemimpin politik Barisan Nasional, segala perjanjian dan persetujuan dibuat semasa Yusrin baru-baru dilantik menjadi penasihat GLC Kedah.

AloQStaQ berkata...

Tanpa Nama 24 Ogos,1:27pm elok la undi pakatan sebab puak dalam pakatan semunya bongok2 belaka ! dan Tanpa Nama 24 Ogos,1:27pm adalah spesis bongok mangkaq hayun piang semaun !!!!!!!!! ...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates