Isnin, 22 April 2013

Negeri Islam Kedah!

Dalam PRU12 dan sebelumnya kita sering didendangkan dan dijanjikan dengan pelbagai janji-janji dan lagu-lagu yang enak kepada rakyat Negeri Kedah. Ini demi untuk mendapatkan kuasa yang sementara dan sedikit ini.

Janji yang paling ketara ialah Negara Islam, Hukum Hudud dan tidak lupa juga negara Kebajikan.

Apakah ini hanya janji di bibir mulut atau mereka benar-benar serius dalam hal ini?

Selepas 5 tahun memerintah, janji-janji ini rupanya hanyalah ting kosong. Di Ketuk bunyinya kuat tetapi isinya tiada. Sebenarnya mereka (pemimpin-pemimpin) PAS tahu apa yang penyokong mereka suka dengar terutama yang serbannya besar di atas kepala. Janji-janji tersebut adalah ibaratkan janji syurga kepada mereka.

Ini yang membuatkan penyokong-penyokong mereka ini menutup telinga serta memejamkan mata daripada mendengar orang lain walaupun banyak perkara yang diperkatakan itu benar dan ditunaikan.

Exco Agama sehingga kini tidak pernah menyentuh untuk menjadikan Kedah sebuah negeri Islam hatta nak 'declare' Kedah sebagai Serambi Kelantan pun tidak berani. Hukum-syariah sedia ada pun masih dikekalkan, tiada yang diubah untuk memperelokkkan lagi. Janji Hukum Hudud sudah dilupakan!

Jawapan standard yang diberi bila ditanya samada oleh media atau di DUN ialah ini negeri pemerintahan PR. Sekali lagi penyokong PAS ditipu! Atau kita tunggu Kelantan laksana dulu.

Kedah Times sehingga hari ini masih tidak mendengar sebarang komen atau ceramah PAS yang secara terang-terang tidak menyokong penggunaan nama Allah oleh Kristian dalam bible mereka. Jangan harap nak dapatkan komen dari Exco Agama atau MB sendiri. Apa sudah jadi dengan kerajaan ini sebenarnya.

Dalam kes-kes melibatkan Agama Islam pun mereka tiada 'stand' sebaliknya hanya diam diri macam orang terkedu kena pukulan dari belakang!
Inilah belang sebenarnya Pemimpin-pemimpin PAS, janji syurga kepada pengikutnya walaupun mereka sendiri tahu yang mereka tidak mampu untuk memberinya.

Tetapi apa yang berubah dan bertambah ialah pusat karaoke, pub serta rumah urut yang semakin bertambah di Alor Setar dan Sg Petani. Inilah Negeri Sejahtera sebenarnya. Lesen Arak di Langkawi semasa ceramah dulu berbuih-buih mulut nak dihapuskan tetapi nampaknya yang ada masih kekal dan yang baru dikeluarkan. Kulim Golf Club tanpa segan silu hidang arak kepada pelanggan. Kelab Sg Petani dah jadi macam nite clube di Thailan. Jalan Alor mengkudu sudah ada nite club terbuka.

Program-program mengimarah Masjid sudah berkurangan kerana mereka cuba memasukkan unsur-unsur politik kepartian mereka ke dalam masjid. Orang naik benci dan masjid jadi kosong.

Adakah ini balasan Allah atau ujian Allah. Sudah tentu PAS kata ini ujian Allah.

Tetapi kalau dikaji secara terperinci, inilah balasan Allah kepada orang Munafik yang suka menabur janji-janji yang mereka tidak pernah dan boleh tunaikan.

1 comments:

CCZ berkata...

Dan jika diungkit-ungkit ditanya tentunya jawapan al biasa wal dijangka ialah PAS baru saja mememerintah..patutlah negeri Kedah jadi sampah sebabnya pemimpin dan exco-exconya kaki mengeji sebelum dan selepas berkuasa..

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates