Ahad, 21 April 2013

Nik Aziz di puja Tahap Pemimpin Syiah


KedahTimes merasakan yang pengikut-pengikut PAS sudah jauh terpesong dibawa oleh Nik Aziz dari ajaran Islam yang sebenar.

Banyak kenyataan Nik Aziz yang secara langsung atau tidak langsung boleh membawa kepada perpecahan yang amat dahsyat terhadap orang-orang Islam. Apakah ini tujuan sebenar Nik Aziz?

Di Kedah, tidak kurang ramai jugak yang mengidolakan Nik Aziz sehingga ketahap menjadikan gambar Nik Aziz sebagai pujaan mereka. Di cermin kereta, motosikal, rumah, topi keledar dan sebagainya ditampal dengan gambar Nik Aziz. 

Ajaran taksub kepada pemimpin adalah datang dari ajaran Syiah. Syiah mengangkat pemimpin mereka ke satu taraf yang sama dengan nabi atau malaikat. Mungkin ini yang cuba disampaikan oleh PAS kepada ahli-ahli mereka.

Apakah mereka akan berterusan sebegini jika Nik Aziz meninggal kelak?

Doa KedahTimes supaya pengidolaan tahap maksima terhadap pemimpin dapat dihapuskan kerana pemimpin tersebut bakal mengambil peluang ke atas pengikutnya .... contoh terbaik ialah ayah Pin.

Nik Aziz Bangga PAS Gagal Bina Masjid

Ramai penyokong PAS geleng kepala pening mengenang pelbagai kenyataan yang keluar dari mulut Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sering menjadi kontroversi dan memudaratkan PAS.

Baru-baru ini Menteri Besar Kelantan itu mendakwa ibadah solat yang dikerjakan oleh orang Islam yang menyokong UMNO tidak akan mendapat sebarang pahala. 

Maksud tersiratnya, sokong PAS baru dapat pahala, itu tujuan sebenar yang nak disampaikan oleh Nik Aziz. Biasalah bila musim pilihan raya, isu pahala, dosa, syurga dan negara silih berganti untuk kepentingan politik kepartian PAS.

Sebelumnya yakni pada November 2012, Nik Aziz pernah memberi bayangan kononnya orang UMNO telah murtad kerana menolak Islam. Jika dakwaan karut ini dijadikan sandaran, maknanya hanya orang PAS sahajalah yang Islamik, yang lainnya dah jatuh kafir.

Belum pun reda kedua-dua kontroversi itu, tiba-tiba Nik Aziz mempertikaikan pula pembinaan masjid oleh Kerajaan Pusat pimpinan UMNO & BN. Kata Nik Aziz, UMNO bina masjid tak dapat pahala.

Tujuan Nik Aziz menimbulkan isu ini tak lain tak bukan untuk mengelakkan rakyat dari mempertikaikan kegagalan PAS melaksanakan tanggungjawabnya membina rumah ibadat untuk umat Islam khususnya sepanjang 23 tahun memerintah Kelantan di mana hanya sebiji dua sahaja yang mampu dibina oleh PAS.

Terbaru Nik Aziz bangga memberitahu umum yang Kerajaan PAS Kelantan pimpinannya sengaja tidak membina masjid kononnya untuk memberi peluang rakyat menyumbang ke arah pembinaan Rumah Allah. 

Macamlah tradisi menyumbang wang ringgit, tenaga dan lain-lain sumbangan ikhlas untuk pembinaan masjid hanya kini baru dilakukan oleh orang Islam termasuk di Kelantan. Entah siapa yang Nik Aziz nak perbodohkan, tak tahulah.

Tak perlu PAS memerintah Kelantan, dah lama orang Islam di negeri ini hatta di negeri-negeri lain sudah biasa menyumbang bakti dalam pembinaan masjid mahu pun surau. Hatta golongan jutawan dan usahawan saban tahun melaksanakannya.

Baik mana pun tradisi itu, selaku Kerajaan Negeri, suka atau tidak kenalah tahu tanggungjawab membina masjid keutamaannya terletak di tangan pemerintah dan bukannya diletakkan pada rakyat. 

Tak malukah mengaku sebagai Kerajaan Negeri paling Islamik tapi tak mampu nak membina masjid?

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates