Rabu, 24 April 2013

PAS – APAKAH KESUDAHANNYA ?

Memerhatikan perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan satu yang melucukan, menghairankan dan menyedihkan. Parti ini yang kononnya memperjuangkan Islam telah dengan sewenang-wenangnya membanjirkan Malaysia dengan fitnah. Sekecil-kecil fitnah seperti menuduh UMNO terlibat dengan APCO, fitnah bahawa UMNO tidak memperjuangkan Islam, fitnah bahawa ekonomi negara kita tidak pulih sehinggalah sebesar-besar fitnah bahawa Allah mencarut, semuanya diterima oleh penyokong mereka tanpa ditapis, difikir, disiasat dan disoal langsung. Fitnah itu pula disebar tanpa rasa takut, bersalah mahupun perasaan berdosa. Dan apabila berita itu dibuktikan sebagai fitnah semata-mata, penyokong mereka memejam mata serapat-rapatnya dan menyumbat telinga sedalam-dalamnya sementara pemimpin mereka berhadapan dengan orang yang mereka fitnah, berhadapan dengan dunia dan “berhadapan” dengan Allah lima kali sehari dengan selamba.

Tindak tanduk PAS dalam mencapai matlamat perjuangan mereka memang lucu kerana mereka boleh mengubah pendirian, keputusan hatta tafsiran ayat Al-Quran sekalipun asalkan ianya memberi kelebihan pada Parti mereka. Kelucuan PAS jelas terserlah apabila mereka bersekongkol dengan DAP yang menentang negara Islam, memperlekehkan kesultanan Melayu  dan menghapuskan hak keistimewaan Melayu. Begitu juga dengan bersekongkol dengan PKR yang mempromosi Islam Liberal serta bersusah payah mengemis simpati dari seorang Presiden “raja maksiat” dan juga dari beberapa pemimpin barat. Apabila bersekongkol, mereka-mereka ini menjadi bertambah lucu kerana mereka terpaksa berjuang menegakkan negara Islam dengan mempertahankan perlaksanaan hukum hudud tetapi di masa yang sama terpaksa bersetuju dengan pendirian DAP dan PKR. Akhirnya, apabila mereka memenangi pilihanraya dan berjaya memerintah Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor,  mereka mengambil jalan tengah dan sederhana iaitu jalan yang telah lama diambil oleh UMNO. Hudud ke mana, negara Islam ke mana, lesen arak tetap di situ dan ternakan babi pula yang muncul.

Kelucuan ini tidak terhenti di situ. PAS yang kononnya memperjuangkan Islam telah bertindak bertentangan dengan sikap seorang muslim sejati. Kejadian mengejek dan menumbuk penyokong dan pemimpin UMNO, mencarut dan memaki hamun dan juga menceroboh e.mail serta laman-laman web penyokong UMNO telah menjadikan mereka seperti badut. Betapa lucunya PAS ini sehinggakan dalam pilihanraya di Hulu Selangor, mereka dengan bangganya memilih seorang “Peguam kaki Arak dan Judi" sebagai calon mereka.
Hairan sekali, dalam kepekakkan dan kebutaan mereka, mereka tidak bisu dan walaupun telah dapat menambah kerusi di Dewan Rakyat, mereka memilih untuk menyebar fitnah melalui internet dan risalah bagi menyuarakan “kesalahan” kerajaan. Segala yang mereka tuduh, tak dapat diketengahkan kerana tidak ada satu bukti pun.  Kini kehebatan fitnah ini digunapakai dan digerakkan secara meluasnya oleh mereka-mereka yang berkopiah putih dan beserban.

Bertambah hairan lagi apabila mereka memfitnah YAB Dato’ Seri Najib bersekongkol dengan Amerika dan Israel. Bukan rahsia lagi yang barat begitu membenci Malaysia yang diperintah oleh BN yang menjadikan Islam sebagai tunggak kepada pembangunan negara. Barat pernah  mengecam tindakan Malaysia  dalam menyelamatkan ekonomi negara. Barat memuji penyokong pembangkang yang merusuh sebagai berani. Hampir seluruh media barat bersatu dan menghentam UMNO  dalam kes liwat Anwar.

 Justeru, penulis menjadi hairan apabila membaca tulisan-tulisan dalam akhbar Harakah yang begitu konsisten dengan tulisan-tulisan dalam media barat lain yang beria-ia dan bersungguh-sungguh memupuk kebencian terhadap UMNO dan kerajaan. Bukankah ianya menghairankan apabila sebuah Parti yang memperjuangkan Islam tiba-tiba bersuara satu rentak, senada dan seirama dengan barat? Tulisan-tulisan mereka menggambarkan betapa sekiranya UMNO iaitu parti tunggak orang Melayu dan Islam dapat ditumbangkan, maka puaslah hati mereka, sepuas hati musuh-musuh Islam di barat juga.

Sebaliknya, Malaysia dibawah UMNO terus menerus menerima sokongan dari negara Islam lain yang mengkagumi dan mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam yang maju. Bagaimana pula UMNO  yang dituduh “tidak cukup Islam” dan kadang-kadang “tidak Islam” dikagumi oleh pemimpin dan rakyat di negara Islam lain? Apakah PAS juga mengecap pemimpin dan rakyat negara Islam tersebut sebagai “tidak cukup Islam” kerana menyokong Malaysia?

Segala kelucuan dan kehairanan inilah yang kemudiannya menjurus kepada kesedihan.

Kita tidak boleh menyifatkan senario ini sebagai satu peristiwa dalam negara yang akan berlalu tanpa menjejaskan apa-apa. Kita tidak seharusnya berlengah-lengah atau ragu-ragu untuk bangun menyedarkan penyokong-penyokong PAS ini dari tidur hanya kerana tidak sanggup meninggalkan keselesaan atau segan untuk turun padang bersemuka dengan pendapat mereka samada di dalam penulisan atau di dalam dialog kerana dengan mengambil sikap begitu akan hanya membawa kesudahan yang amat sedih untuk agama, bangsa dan negara kita satu hari nanti. Kita sendiri perlu bangun sebelum kita dapat membangunkan orang lain dari tidur yang nyenyak itu.

Ada yang mengatakan bahawa untuk memenangi satu peperangan, kita perlu berfikir dan mungkin bertindak mengikut cara musuh kita. Ada pula yang mengatakan kita tidak seharusnya berfikir dan bertindak seperti musuh kita tapi perlu mencari strategi lain untuk memerangkap musuh kita. Apa pun alasannya dan apa pun caranya, yang penting ialah kita perlu bertindak dengan berkesan asalkan tindakan kita tidak salah di sisi agama, tidak salah di segi undang-undang, dan cara kita itu membuahkan hasil. Kita tidak seharusnya bertindak dengan cara yang sama jika cara itu terbukti tidak berkesan. Memetik kata seorang pakar pemikiran, Edward de Bono, “Kita tidak boleh mengharapkan yang kita dapat menggali sebuah lubang yang lain dengan hanya menggali lubang yang sama dengan lebih dalam”.

Pendek kata, kita perlu menentukan kesudahan perjuangan lucu PAS ini kerana ia pasti tidak lucu lagi apabila semuanya telah musnah.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates