Selasa, 2 April 2013

Pas Buang RM500,000 Dalam Longkang.

Dalam masa 5 tahun pemerintahan Kedah, Jutaan Ringgit wang rakyat telah dibazirkan disebabkan sikap ego dan sombong pemimpin PAS Kedah yang menerajui kerajaan Kedah.

Kami akan mendedahkan satu per satu bagaimana wang rakyat dicampak kedalam longkang kerana kebodohan Pemimpin PAS.

Kami mulakan dengan wang pemberian kerajaan Pusat yang diberikan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi (MOSTI) bagi membangunkan dan melaksanakan Pelan Pembangunan ICT negeri.

Bantuan tersebut, termasuk pelancaran yang dianggarkan bernilai Setengah Juta Ringgit disia-siakan apabila Pelan yang telah siap tidak diambil peduli oleh Exco yang terlibat, bermula ditangan YB Abdullah Jusoh sehinggalah digantikan dengan YB Dr. Ismail.

Kerugian yang lebih besar dan tidak ternilai tentulah kerugian rakyat Kedah yang dijanjikan dengan peluang peningkatan taraf hidup dan pekerjaan dengan terlaksananya pelan pembangunan ICT negeri.

Akibat kehebatan dan kesibukan Exco-exco berperang sesama sendiri dan juga melancarkan perang dengan YAB Menteri Besar, maka kerja sebenar yang diamanahkan rakyat tidak dipedulikan.

Petikan dari The Star.

Kedah Science, Innovation, ICT, and Entrepreneur Development chairman Abdullah Jusoh said the state government was working with MDEC to identify the economic sectors that could benefit from the development of ICT infrastructure in the state.

”For example, ICT can help boost the agriculture sector by helping authorities to disseminate information related to market demand and government objectives for agriculture to the farmers,” he said at a press conference after officiating at the MSC Malaysia industry briefing and dialogue at the Kulim Hi-Tech Park recently.
“The state also aims to give more people accessibility to the Internet.”

Abdullah said the blueprint was scheduled for completion by the end of this year.

”We have set a five-year target to complete the enhancement of ICT infrastructure in Kedah,” he said.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates