Rabu, 24 April 2013

PAS Guna Duit Rakyat - Melancong Ke Rom

Sebuah anak syarikat kerajaan Negeri Kedah telah menghantar agak ramai deligasi untuk misi Pameran di Hannover, Jerman (Hanoover, Masse)yang berlangsung dari 19 hingga 23 April 2010. Wang perbelanjaan ini ditanggung oleh rakyat yang mengharapkan kerajaan baru ini lebih berwaspada dalam menggunakan wang rakyat sebagaimana kempen-kempen mereka sebelum berkuasa.

Malangnya, ditakdirkan Allah, letusan gunung berapi di Iceland telah menyebabkan semua penerbangan ke Eropah di batalkan diatas sebab-sebab keselamatan. Pihak Penerbangan Malaysia juga turut menggantung penerbangan ke Eropah dan menawarkan pilihan untuk membayar kembali tambah penuh, menangguh kemasa hadapan atau ke Rom sebagai ganti memandangkan Rom masih belum diselubungi abuk gunung berapi.

Oleh kerana urusan pemeran tersebut adalah di Hannover, Jerman dan tidak mungkin delegasi ini sampai kesana melalui jalan darat dari Rom memandangkan semua perkhidmatan darat telah penuh ekoran pembatalan penerbangan, sepatutnya delegasi ini memilih untuk tidak pergi, dan menuntut kembali wang rakyat yang boleh diselamatkan.
Tetapi panggilan benua eropah sungguh menggiurkan. Mereka memilih untuk melencong ke Rom, dan mudah diketahui bahawa tujuan delegasi ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk tujuan melancong ke bandar pelancongan tersebut kerana tiada pameran yang diadakan di Rom.

Sedang mereka bercakap tentang amanah kepada rakyat, mereka pula yang gunakan wang rakyat untuk tujuan melancong, sedangkan wang tersebut patut didapatkan kembali daripada Malaysia Airlines. Begitu juga dengan penempatan dihotel yang sepatutnya dibuat di Hannover, telah ditukar ke Italy untuk memenuhi nafsu melancung pemimpin PAS.

Disebabkan aggapan bahawa Ustaz Azizan selalu tertidur, maka ada kemungkinan Ustaz Azizan juga tidak menyedari perkara ini, malah tanpa pengetahuan mendalam, Ustaz Azizan akan jadi tukang nafi dan tukang taichi.

Rakyat bolehlah melihat betapa amanah dan betapa prihatin mereka ini kepada rakyat dan wang rakyat. Inilah perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, iaitu perjuangan makan angin ke Rom.

4 comments:

Kuda Perang berkata...

Kita tunggu kebenaran yang akan dibongkar...

SS berkata...

apa diharap pimpinan pas temberang, kedah sejahtera, tumpang boleh, sapu apa sahaja yang ada", ingat kepimpinan satu amanah..diakhirat esok jawablah hang azizan oooooooi!

Tanpa Nama berkata...

MB comment....
" Memang la duit rakyat...Kita sbg pemerintah kalau x guna duit rakyat, duit sapa lagi nak pakai. gaji x cukup..kalau hampa jadi pun tenpu guna duit rakyat.."

Amsyahril Syahril berkata...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates