Isnin, 22 April 2013

PAS Kedah mengiktiraf Malaysia Negara Islam.

Membaca konsep negara Islam disini, maka Kedah Times begitu yakin yang Malaysia yang selama ini diperintah oleh BN adalah sebenarnya negara Islam seperti yang dikehendaki oleh Islam.

Cuma mungkin Malaysia masih lagi dalam proses membentuk sebuah negara Islam yang lengkap seperti yang digariskan oleh ajaran Islam. Contoh terbaik ialah sistem muamalatnya yang mana diperkenalkan secara sedikit demi sedikit supaya rakyat tidak terkejut. Begitu juga dengan sistem pendidikan dan takafulnya. Dan tidak ketinggalan sistem perundangan dan hukum-hukum Jinayat seperti yang diberi garispanduan oleh Islam. InsyaAllah, kita akan berjaya dengan pimpinan BN sekarang dan seterusnya.

Tetapi agak menyedihkan ada kalangan umat Islam terutama dari PAS masih tidak mengaku yang Malaysia ialah sebuah negara Islam, diperintah oleh orang Islam dan berdasarkan kehendak ajaran Islam.

Mereka dalam ceramah-ceramahnya menghukum dan melabelkan kerajaan pimpinan UMNO sebagai sekular, kafir dan sebagainya.

Allah Maha Kuasa dan Maha Adil. Kelantan selepas diperintah oleh PAS hampir berpuluh tahun, masih tidak melaksanakan hukum-hukum yang mereka katakan hukum Islam. Malah hukuman lelaki menikahi budak bawah umur pun mereka tidak mampu melaksanakan mengikut apa yang mereka laungkan. Tetapi mereka melabel yang bandar mereka adalah Serambi mekah dan sebagainya. LABEL lebih dari melaksana. NO walk the talk!

Dan kini mereka diberi peluang memerintah Kedah. Diserata kampung masa mereka menjadi pembangkang dulu diletakkan banner, ditulis didinding-dinding di sekitar markaz mereka " kami sokong hudud", "Kami Sokong negera Islam", "kami sokong pemerintahan Ulama", "Hudud pegangan kami" dan pelbagai slogan lagi. Yang baru belajar ugama dua muka surat sudah ditanam dengan slogan-slogan ini. Maka letakkah kopiah putih seolah-olah sudah bertimbun-timbun kitab dipelajari mereka.

Kini apa dah jadi? Mana pergi perlaksanaan slogan-slogan yang dilaung-laungkan dahulu? Mana perginya hudud? Mana perginya pemerintahan Ulama? Mana perginya negara Islam?

Inilah sikap sebenarnya PAS. Bila dibangkit isu negara Islam dalam sidang DUN, maka jawapannya ialah ini bukan pemerintahan PAS tetapi pemerintahan PR. Jawapan dangkal sekali oleh MB dan exco Agamanya. Nampaknya pengikut PAS telah bulat-bulat ditipu pemimpin-pemimpin mereka. Tiada ulama pun dalam exco kerajaan negeri; tiada disebutpun tentang perlaksanaan hudud; tiada disentuh nak jadikan Kedah negeri Islam.

Jika projek Sulihh pun mereka dah terang-terang menipu rakyat terutama penduduk Yan, kini selepas 5 tahun seluruh penyokong PAS telah ditipu dengan kata-kata atau janji-janji manis Islam mereka. Munafik!

Apakah ini bermakna kerajaan Kedah pimpinan PAS sekarang mengiktiraf kerajaan Malaysia pimpinan UMNO adalah sebuah kerajaan pimpinan orang Islam dan Malaysia adalah negara islam?  Dan secara otomatik Kedah sudah menjadi negeri Islam?
  
Nampaknya logik sangatlah slogan Kedah Sejahtera kerana memang selama Kedah sudah sejahtera dibawah pimpinan BN. Cuma tukar orang saja dalam pentadbiran saja. Sistem, polisi dan perlaksanaan masih sama.
Ini menunjukkan yang PAS tiada berkebolehan untuk memerintah. mereka sesuai memerintah atas pentas sahaja. Suasana sebenar mereka hanya tukang celok dan tukang mengaku saja. Siap saja projek, maka pakailah kot dan baju melayu untuk upacara rasmi sahaja. Itulah tahap mereka.

2 comments:

1Melayu berkata...

Kedah Times,

Mana puak puak Pas berani menentang Murshidul Agung,Grand Ayatollah AL Sheikul Karpal Al Gelugorni.

Apa Pas mahu jadi ini negara ISLAM ,LANGKAH MAYAT SAYA, mat salleh kata'OVER MY DEAD BODY',ITULAH KATA KATA Benggali murtad tanpa serban.

Fatwa Karpal telah digazet pada tahun 2004 bertempat di dewan perniagaan cina kuala lumpur.

Tanpa Nama berkata...

Mana tau, dulu masa kita tak memerintah, kita mana tau kata tak buleh buat. La ni dah memerintah, kita tau ada yang tak buleh buat.

Biasa la.

perawi azizan

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates