Isnin, 22 April 2013

PAS Memang Sayang DAP & PKR

Pembentukan kerajaan Kedah adalah di atas nama Pakatan yang disertai oleh PAS, DAP dan PKR. DAP hanya ada satu kerusi, PKR ada 5 kerusi DUN dan bakinya adalah milik PAS dan UMNO.

Walaubagaimanapun jika beberapa kerusi PKR dan DAP beralih angin menentang PAS, maka kerajaan ini secara otomatik akan tumbang disebabkan hilang majoriti DUN.

Maka amatlah Kerajaan MB Datuk Seri Azizan bergantung nyawa kepada ADUN-ADUN DAP dan PKR ini.
Ini amat bertentangan sekali dengan keputusan mesyuarat ke 6 Jawatankuasa Kerja Agung PAS bertarikh 22 Januari 1986, yang diminitkan seperti berikut,

PERKARA 5.5 – Terdapat cadangan supaya PAS menerima kerjasama/bantuan dari orang-orang yang bukan Islam.



Setelah menerima pandangan dari Dewan Ulama’ Kelantan dan dibincangkan secara teliti, maka mesyuarat bersetuju:



5.5.1 – PAS sama sekali tidak boleh/dilarang bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang bukan Islam,



5.5.2 – PAS boleh/harus menerima bantuan/kerjasama dari individu-individu yang bukan Islam.

Nik Aziz hadir di dalam mesyuarat tersebut sebagai Ketua Dewan Ulama dan Pesuruhjaya PAS Kelantan menentang kerjasama dengan DAP dan mana-mana Parti Politik yang tidak ‘Islamik’ berdasarkan ‘ketinggian’ ilmu agamanya.

Ini amat bertentangan sekali dengan kata-kata beliau - “Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahlah DAP, Syaitan pun saya boleh terima,” – YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, 23 Januari 1999.

Inilah sikap Nik Aziz yang sanggup memperalatkan Islam dan memecahbelahkan perpaduan umat Islam yang majoritinya dianuti oleh orang Melayu demi mendapatkan kuasa memerintah.

Tok Guru Haji Lah, penentang kuat penyelewengan Nik Aziz dan PAS menulis,

‘Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam’.

Berkali-kali nasihat diberikan oleh Kesatuan Pondok Se Malaysia kepada Nik Aziz di atas kenyataan-kenyataan yang menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah, tapi nampaknya guru Agung PAS ini merasakan dia lebih betul dan enggan meninggalkan apa yang dilakukan dan diperkatakannya.

Sesiapa yang menentang Nik Aziz akan disekat dari segala segi. Nik Aziz menjadi sebagai seorang diktator dan hanya dialah yang arif dalam segala bidang ugama.

Pada Ogos 1963, Dewan Ulama PAS Kelantan mengeluarkan hukum berikut.

“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram.

Ini terang-terang bermaksud yang Nik Aziz mengkafirkan UMNO yang bekerjasaman dengan MIC, MCA dan parti-parti komponen lain dari Sabah dan Sarawak. Tambah beliau lagi:

“Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid,” kata Nik Aziz di dalam kuliahnya di masjid Kg Pulau Melaka.

Dan pada 3 Julai 1999 di Pengkalan Chepa, Nik Aziz berkata,

“Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri-ciri kafir.

Bagaimana pula yang ini:

Pada 12 Mei 1999, Nik Aziz menekankan bahawa demi memastikan hubungan dengan DAP berjaya, PAS sanggup tidak mendirikan Negara Islam.

“Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam.

Dan sahkan pada 4 Ogos 2001, Nik Aziz menekankan ketiadaan hasrat menubuhkan Negara Islam.

“Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri perlembagaan itu.

Kepakaran Nik Aziz juga ialah menjadi POKKA. Sering bertukar warna mengikut tempat dan suasana.

Pada 24 Januari 1999 Nik Aziz memberitahu khalayaknya bahawa DAP sebenarnya mahu menolong Kerajaan Islam yang diusulkan oleh PAS, kata Nik Aziz,

“Siapa yang nak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima.

Sekarang kita lihat Nik Aziz dan PAS lebih banyak menolong DAP yang belum tentu membantu mengangkat tangan dalam Parlimen untuk meluluskan hukum-hukum Islam atau negara Islam. Sebaliknya telah berlaku dimana PAS sudah meniadakan hasratnya untuk mewujudkan negara Islam serta melaksanakan hukum-hukum Islam.

Pada 25 Jun 1999, Nik Aziz berkata,

“PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu (dengan DAP), setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa…

Pada 6 November 1999, Nik Aziz berkata lagi,

“PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif.

Dan pada 12 Ogos 2009 yang lalu, Nik Aziz berkata,

“DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak itu lebih menghina Islam…

Bahkan Nik Aziz berkata pada 29 April 1999,

“Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci sesorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri.

Tok Guru Ayah Haji Lah, Pengasas Pondok Geting dan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata:

“Bagi saya, beliau (Nik Aziz) bukan lagi Musyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya.

Apakah kerajaan Kedah sekarang adalah kerajaan yang dibentuk atas kata-kata Nik Aziz di atas? Kerajaan yang bergantung kepada musuh utama Islam. Kerajaan yang tidak pernah berhasrat untuk menegakkan hukum-hukum Allah. Kerajaan POKKA yang sanggup bertukar warna mengikut tempat dan suasana.

Dan inilah kerajaan yang tunduk kepada musuh nombor wahid Islam di Malaysia dengan bersekongkol secara terang-terangan.

Kerajaan ini juga dibentuk atas kenyataan-kenyataan dan perbuatan yang mengelirukan umat Islam. Umat Islam dipecahbelahkan dengan kata-kata Mursyidul mereka yang amat menyeleweng.

Inilah kerajaan yang amat lemah kerana bergantung kepada musuh Islam untuk 'political survival'nya.

Maka wahai penyokong-penyokong yang sudah terang-terang ditipu, fikirlah.

Gambar : Kickdefella

2 comments:

SS berkata...

Islam lebih tinggi dari konsep kepartian..PAS parti khawarij, pembawa bidaah dan pencetus kekeliruan umat Islam, patut dah lama diharamkan..

1Melayu berkata...

Nik Aziz tak ada bezanya dengan Ayah Pin,kedua duanya pakar ajaran sesat.

DiKedah PKR hanya tinggal 4 kerusi DUN,ADUN Lunas sudah keluar PKR dan jadi ADUN Bebas,ADUN Bakar Arang Tukang urut kaki professional yang tak bertauliah dan berlesen sedang membilang hari nak lari tinggalkan PKR.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates