Selasa, 9 April 2013

PAS - Parti Ajak Sembang, Kerja Tak Payah Buat

Kalau sebelum PRU12, kita semua belum tahu bagaimanakah caranya PAS memerintah. Sekarang sudah masuk 5 tahun, tak ada pembangunan lain selain tumpang bangga dengan Kolej Insanniah yang didirikan Kerajaan BN sebelum ini dan menganjurkan ceramah, ceramah dan ceramah.
Punyalah banyak kelemahan yang telah Kedah Times dedahkan tetapi langsung tak dijawab samada dalam Harakahdaily.net atau ceramah khas menjawap isu KHTP, premis arak, pelacuran dan sebagainya.
Marilah kita memeriahkan program Sembang-sembang ala kedai kopi yang akan diprofesionalkan oleh beberapa tokoh PR. Kedah Times harap peserta yang hadiri Sembang-sembang Perlembagaan ini tanyalah seberapa banyak soalan sebabnya Ustaz Azizan pun ada di situ.
PAS memang lemah. Bila tak tahu nak jawab apa, mereka akan gunalah seberapa banyak ayat-ayat Al-Quran, hadis, pernyataan-pernyataan yang berbentuk keagamaan dan sebagainya yang akan menjadi penutup segala keluh kesah dan amarah penduduk. Contohnya 'Redha dengan segala macam kesusahan dan kepayahan adalah satu sifat terpuji'.
Seronokkan rakyat Kedah? Tak payah kerja berat. Hari-hari kalau boleh PAS buat dan ajak rakyat Kedah dengar ceramah. Bila tang buat kerja, rakyat buat sendiri, Kerajaan PAS goyang kaki. Nanti datang tau ke program di bawah ini. Banyak benda nak tanya pada Azizan..


Harakahdaily 
  
ALOR SETAR, 13 Julai: Orang ramai dipelawa menghadiri Majlis Pelancaran dan Forum Kempen Perlembagaanku Peringkat Negeri Kedah pada 18 Julai ini, bermula jam 2.00 petang.
Majlis yang diadakan di Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kolej Universiti Insaniah itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.
Berucap sebelum itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Peguam Kedah/Perlis, Ahmad Taufiq Baharum dan Setiausaha Majlis Peguam Malaysia, George Varughese di samping tayang video ‘Pesanan Khidmat Rakyat’.
Sembang-sembang Perlembagaan bertajuk ‘Hubungan Persekutuan dan Negeri’ yang membariskan Datuk Zaid Ibrahim, Haji Sulaiman Abdullah dan Prof Dr Aziz Bari diadakan selepas itu.

3 comments:

putera gunung jerai berkata...

sepatutnya umno terlebih dulu anjurkan majlis sembang-sembang ini untuk mendedahkan kelemahan pas dan pakatan rakyat.jemput orang pas bersama.kenapa kita nak suroh orang umno bersama dengan majlis pas.umno selalu tinggal dibelakang.kenapa umno kita slow dan lembab.bangkit laaa.

Tanpa Nama berkata...

Pabila puak PAS menjelajah ka merata kampong dan desa bercakap bercakap bercakap memberi khabar segala-galanya Kerajaa BN/Persekutuan ni buruk buruk buruk belaka. Maka pabila melihat orang kampong yang kena tipu menganggukkan kepala, maka mereka yang berceramah pun merasa lega hati, kononnya PAS di terima orang ramai.

Berceramah tidak sepadan dengan kerja mereka untuk rakyat. Yang nampaknya perjuangan mereka meperkuatkan Islam adalah betul. Dimana betulnya.

Bila orang bercakap dan bertanya mengenai isu2 yang dibangkitkan oleh media, samada dalam blog atau feacbook, pemimpin mereka dia seribu bahasa.

guru umno berkata...

putera gunung jerai.betul sangat.umno bahagian dah lena.pemuda dah patah kaki.wanita dah semput.puteri dan masuk hantu.aggerasif lah wahai pemimpin umno.modal aktiviti umno yang aku nampak bagi elaun jkkk,beri beras gula kopi.orang kedah kata pi mai pi mai tang tu.tidak ada usaha membuka dan melebarkan pengaroh umno.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates