Rabu, 24 April 2013

PAS pertikai apa saja hatta bidang kerja KDYMM

ADUN PAS Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa mengemukakan dua soalan bertulis berkaitan bidang kuasa Sultan dalam sidang DUN yang diadakan kelmari (26/04/2010).

Soalan:

(a) ialah Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat dan

(b): Setakat manakah tahap tidak boleh campurtangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh berkenaan.

Inilah sikap ADUN yang merasakan dirinya pandai tetapi malas membaca.

Soalan (a) menunjukkan betapa cetek dan malasnya beliau mengkaji dan membaca. Jika beliau membaca undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, sudah tentu beliau dapat menilai dan mengukur penghormatan yang diberikan oleh kerajaan Pusat kepada DYMM Sultan Kedah. Segala-galanya termaktub dalam undang-undang tersebut dan Kerajaan Persekutuan dalam semua tindak-tanduknya berdasarkan undang-undang tersebut.

Soalan (b) menunjukkan kemalasan beliau membaca dan mengkaji. Segala kemudahan dan maklumat dapat di akses dengan senang tetapi dek kerana sifat ego dan mentaliti pembawaan pembangkang, beliau membawa juga soalan itu ke DUN.

Dan seperti biasa Speaker juga mungkin juga terpengaruh dengan soalan bersifat mengenakan Kerajaan Persekutuan, melepaskan soalan itu utk dibawa ke dewan. Sikap itu menunjukkan betapa tebalnya sikap kebencian pemimpin-pemimpin PAS terhadap kerajaan Persekutuan yang ditunjangi UMNO.

Allah Maha Kuasa. Dengan sifat Pekuasa Nya, soalan tersebut memakan diri. Diri si penanya soalan dan diri Speaker. Si penanya dengan sikap ego dan malas membaca dan mengkajinya dan speaker dengan sikap 'ketidak telitian'nya serta mungkin ada sedikit sikap untuk mengenakan DUN UMNO dan kerajaan persekutuan.

Dan ini juga menampak yangkan MB juga seorang yang tidak dapat mengawal ADUN-ADUN nya. Maka tercalitlah sedikit arang di muka MB Azizan.

Motif sebenar soalan tersebut tidak kita pasti, tetapi mungkin menyedari akibatnya, soalan-soalan tersebut ditarik balik.

Beginilah jika pemerintah masih merasakan mereka adalah pembangkang. Banyak soalan dan tindakan mereka itu menunjukkan keadaan sebenarnya mereka. Confuse, ego, gembira dan bodoh.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates