Rabu, 3 April 2013

PAS yang amat Taksub

Alhamdulillah, pemimpin sebegini yang perlu kita baiah dan angkat. Pemimpin yang disukai ramai, waima dimana jua beliau berada.

Sempena pembubaran Parlimen hari ini 11.30 pagi tadi, Kedah Times menyeru rakyat Kedah tidak kira apa fahaman politik supaya bersatu. Kikis sifat taksub kepada pemimpin-pemimpin tertentu. Marilah kita berfikir secara waras supaya kita boleh membawa Kedah ke satu era baru yang gemilang samada dari segi fizikal atau rohani.

Kita semua perlu keluar dari kepompong ketaksuban kepada pemimpin tertentu. Kita cari satu titik pertemuan demi untuk rakyat negeri Kedah.

Maka dengan itu Kedah Times amat berharap sangat terutama Presiden UMNO supaya memilih Datuk Mukhriz sebagai panglima perang Kedah dan seterusnya mengetuai dan memacu Kedah ke era Gemilang jika mendapat kemenangan kelak.

InsyaAllah.


SUNGAI PETANI 29 Mac - Majlis Perundingan Melayu (MPM) mengajak umat Islam melakukan muhasabah diri termasuk mengikis sikap fanatik dalam politik kepartian yang mengagung-agungkan pemimpin tertentu.

Setiausahanya, Dr. Hasan Mat berkata, sikap tersebut perlu dibendung bagi mengukuhkan perpaduan ummah dan menjaga kepentingan orang Melayu.

"Sehubungan itu kita sedia memberi penerangan kepada masyarakat dalam menangani perkara tersebut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Istighasah Al-Kubra dan Bacaan Yasin peringkat Kedah di Masjid An-Naim Kem Lapangan Terbang di sini hari ini.

Kira-kira 1,000 anggota tentera di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani mengikuti majlis bermula 4 pagi itu yang turut diadakan ceramah Permasalahan Ummah Masakini oleh Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad.

Pada majlis itu, mereka mengadakan solat tahajud, solat hajat, berzikir dan berdoa beramai-ramai untuk memohon pertolongan dan perlindungan Allah bagi mengelak negara dan rakyat daripada ditimpa bala dan bencana.

Yang turut hadir ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir dan Penyelaras Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain.

Hasan berkata, pihaknya bersedia menganjurkan lebih banyak majlis berkenaan di masjid-masjid di seluruh negara kerana usaha itu mampu menimbul semangat baharu dalam kalangan umat Islam.

Beliau berkata, beberapa program yang diadakan sebelum ini termasuk di Shah Alam, Selangor, Ipoh, Perak mendapat sambutan amat baik dan meningkatkan keinsafan dalam kalangan umat Islam.

"Kita mahu pastikan semua 280 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara melibatkan orang Melayu dengan ahli seramai 3.5 juta dapat menghadiri majlis anjuran MPM itu," katanya.

Sementara itu, Mukhriz pula berkata, disebabkan terlalu banyak berpolitik, pelbagai masalah timbul dalam negara tanpa disedari oleh orang Melayu sendiri.

"Usaha MPM amat baik kerana boleh meningkatkan kesedaran umat Islam agar sama-sama mematuhi perintah Allah," katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates