Rabu, 10 April 2013

Pelaburan di KHTP Tidak pernah turun.

Jika dilihat dengan teliti, Mr Presiden of KTPC hanya melapor perkara-perkara yang boleh menaikkan namanya sahaja.

Ini serba ringkas pengamatan Kedah Times semasa Mr Presiden membuat perentation terkini berkenaan KHTP. Kedah TImes bentangkan dalam bentuk graf kerana salah satu graf memang Presiden jaja kemana saja ada presentation beliau.

Kita lihat dua graf dibawah.

Graf 1: Jumlah kemasukan Pelaburan Tahunan
di KHTP
Graf 1 memaparkan jumlah kemasukkan pelaburan setiap tahun ke KHTP. Jumlahnya adalah dalam RM million. 1999, 2001 dan 2004 adalah kemasukan yang amat besar dan ketara. 2007 adalah permulaan kemasukkan First Solar ke KHTP. Itu pelaburan permulaan atau fasa 1. Fasa seterusnya berlaku pada tahun-tahun berikutnya. Ini bermakna kemasukkan pelaburan asing atau tempatan adalah agak minimal pada 2008-2010. Jumlah besar dalam billion RM itu adalah pelaburan 'expansion' yang telah dijanjikan oleh First Solar bila mereka menandatangani perjanjian untuk melabur di KHTP. Konklusinya, tiada syarikat High tech baru yang datang melabur ke KHTP secara besar-besaran di bawah kendalian Presiden Hj Sobri.

Graf sebegini tidak pernah beliau tunjukkan di dalam mana-mana 'presentation' beliau samada kepada Exco Pelaburan dan Industri atau pihak-pihak berkaitan dengan pelaburan di Kedah. Jika ditunjuk, maka akan ada soalan siapa yang melabur berbillion-bilion tu. Jawapan yang terpaksa beliau jawab ialah " syarikat solar panel First Solar". Secara otomatik semua akan faham yang First Solar ini sudah masuk pada 2007 dan ini hanya lanjutan dari penambahan kapasiti kilang seperti yang diumumkan pada 2007. 

Graf 1 ini tidak memberi maklumat yang menguntungkan Mr Presiden. Tetapi ianya maklumat tepat jumlah pelaburan pada setiap tahun di KHTP.

Graf 2 : Jumlah kumulatif Pelaburan masuk KHTP
Dari 1996 sehingga 2010
Graf 2: Jumlah pelaburan bermula dari 1996 sehingga 2010. Graf sebegini tidak akan menunjukkan penurunan kerana:
1. Kumulatif bermaksud jumlah keseluruhan pelaburan untuk semua tahun termasuk tahun-tahun lepas. Jumlahnya sentiasa akan meningkat walaupun ditambah RM10 sahaja.

2. Jumlah pelaburan yang keluar tidak pernah dimasukkan ke dalam graf ini kerana ianya hanya jumlah pelaburan masuk, bukan pelaburan keluar.

3. Pelaburan Keluar atau pengurangan pelaburan seperti yang berlaku di Intel Kulim tidak diambil kira.

Maka dari segi 'performance', ianya menunjukkan senantiasa meningkat atau stabil. Berbanding dengan graf 1 yang senantiasa ada turun naik.

Akan tetapi inilah graf yang senantiasa dijaja oleh Presiden dalam mana-mana presentation beliau. Mungkin dia boleh kelentong serba sedikit orang politik, tetapi orang bisnes/pelabur dapat tangkap dengan cepat kebodohan Presiden ini.

Jika kita lihat ada pelaburan pada 2008-2010, itu adalah expansion pelaburan First Solar yang telah diumum pada 2007.

Kalau diambilkira dari segi performance, Mr PResiden GAGAL. Tetapi kalau dilihat dari graf disebelah, nampak excellence lah beliau.

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 malaysia

MB Kedah memang tahi tidur dan semuanya itu mudah bagi pelakon mereka memainkan peranan. Mengikut perkiraan puak-puak ini jangka hayat PAS memerintah sudah sampai penghujungnya. Jadi mereka terpaksa percepatkan proses secepat mungkin untuk mengaut kekayaan seberapa boleh dan kalau boleh hingga bergenarasi merasainya.

Yang rugi ialah rakyat Kedah. Yang bodoh ialah rakyat Kedah. Yang untung termasuklah MB TAK TAU cukup bulan masuk dalam akaun dan masuk malam dia labuh tirai. Itukan mudah baginya sedangkan penderitaan rakyat baginya senang TAK TAU.

Memangdangkan keadaan anak syarikat Milik Kedah semuanya dalam gawat. Jadi perlulah tindakan segera yang perlu diambil. Mereka ini tiadak masalah kerana kantong mereka dah melimpah tetapi yang sensara ialah kakitangan yang bertungkus lumus dalam syarikat GLC kerana mereka ini perlu beri makan anak bini.

Bagi MB sepuluh genarasi dah tak habis mkan apa yang mereka kaut. Kesan yang mendalam ialah rakyat Kedah banyak dipermainkan dan dipersedakan. Apakah ini perjuangan kejalan yang diredhai Tuhan. Jika dilihat dari percakapan mereka ini terlalu alim dan boleh dipercayai. tetapi bila diberi kepercyaan lebih daripada penyamun seolah-olah harimau sedang lapar habis dibaham tanpa segan dan silu.

Apapun rakyat Kedah harus insaf dan kembali semula kepada UMNO dan BN kerana perjuangan BN selama ini banyak menguntungkan rakyat. Tak dinafikan pemimpin BN juga mahukan kesenangan duniawi tetapi tak sehebat PAS dan sekutunya. dalam dunia ini siapa nak susah sedangkan mereka bertungkus lumus berjuang takkan anak bininya kelaparan dan kehausan. Biarlah menang-menang dan sama-sama menikmati dan jangan seperti PAS yang mebolok sendiri malah mempersenda keislaman. bagi mereka perjuangan Islam hanyalah mainan bibir dan penuh bersendiwara.

Kita lihat di Kedah penuh dengan pengemis semenjak PAS memerihtah bahkan pengemis ini bertambah hari demi hari akibat ajaran PAS yang sentiasa mencari jalan mudah dengan mengutip derma. Budaya dan peberapan PAS menjadikan rakyatnya malas bekerja dan tiada ada harga diri dan perasaan malu. Bagi mereka yang penting cara mana nak kaut wang dan kuasa. Secara tak langsung ini menunjuakkan bahawa Kedah amat dhoih kerana harta kekayaan diboloti oleh pemimpin PAS dan membuatkan rakyatnya banyak merana dan sengsara seperti pengemis.

Shahrul Azman Bin Alang Saidi berkata...

Saya membaca artikel ini, bagaikan tidak percaya sebuah State's GLC diterajui sebegini gaya. Jika begini alamatnya terkuburlah satu projek berprestasi tinggi di Utara tanahair dan sia-sialah usaha orang yang terdahulu. Terima kasihlah kerana membongkar kisah yang sebenar.

Tanpa Nama berkata...

Semua bukti di sini adalah benar dan nyata, hanya kita minta penyokong PAS tolong print, dan bila Tn Hj ni mai bagi ceramah di masjid dan surau sekitar Sg Petani, minta ahli tolong tanya betoi ka seperti apa yang dilapor oleh Kedah Times ini. Jika tidak PAS boleh minta Kedah Times buat permohonan maaf kepada Hj Sobri atau balas semula semua yang diceritak disini melalui Kedahlanie atau pun blog tajaan PAS. Terutamanya tentang seseorang yang dulunya di MIDA dan sekarang di MMU yang begitu rapat dengan Tn Hj Sobri. Itulah dulu kata sangat kat Datuk Shukri, nak siasat sampai ke lubang cacing. La ni orang pulak dok siasat Tn Hj sampai ke lubang cacing. Saya mengalu-alukan pembaca setia Kedah Times mengulas lagi pelbagai cerita KHTP dan KTPC agar tertegak kebenaran apa sebenarnya berlaku disitu sejak diambil alih oleh PAS. Untuk penyokong PAS dan Sanusi SetPol, bacalah dengan hati yang terbuka sebab Kedah Times menulis dengan fakta dan bukan auta. Aku boleh confirm kat puak PAS bahawa Kedah Times ni bukan Sobri Sudin, tetapi seorang pejuang yang ingin menegakkan kebenaran. Tu la hampa puak PAS ni kira main tuduh saja, siasat pun tak berapa nak reti. IT lagilah tak tau, tapi mengaku macam expert dan profesional. Last-last klentong saja lebih. Keep it up Kedah Times, bongkar semua kemungkaran, aku harap ada pulak cerita yang expose Kulim Golf & Country Resort dibawah Bakri (kawan surau Hj Sobri Taman Sejati)

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Kedah Times kerana berani bersuara mendedahkan kejahilan PAS di KHTP walau pun kini terdapat satu operasi pembersihan penyokong BN di KTPC di bawah Tn Hj Anuar Safar bersama dengan orang IT Dept yang kerja tiap-tiap hari scan komputer dan laptop staf, dengan tujuan menngampu Hj Sobri dengan harapan cepat naik pangkat macam HJ Fitri dari DVP sekarang dah VP, walau pun skop kerjanya adalah tahap Manager saja iaitu jaga Maintenance dan sewa bangunan. Ada banyak lagi cerita yang aku harap dapat didedahkan setiap minggu kerana memang banyak cerita, dari bayar zakat kat YIKED (bukan Pejabat Zakat) hinggalah ke penyakit gatal mengorat pompuan dan penyakit berbohong yang sudah sinonim dengan Tn HJ

Tanpa Nama berkata...

Itulah pengajarannya kalau tak berapa cerdik jgn nak tunjuk ceredik. Inikah calon korporat paling baik yg pentadbiran PAS boleh cari? Tu sebab KHTPC lingkup bila injinier kilang yang tak perform dan bertahun2 kena cold storage kt kilang tu diambik jadi CEO. Bukan itu saja pegawai kewangan yang diambik pun hanya pegawai bank biasa yg tak reti nak baca balance sheet dan P&L. Habih nak jadi lagu mana??? Memang resepi paling baik utk hancur! Setakat nak belagak pinjam presentation KPI org dari kilang lama tu sapa2 pun boleh buat. Ni hat yang perkara basic bisnes nak respond kepada email investor pun tak buat jgn dok hebat nak cakap pasai KPI, 5S lah dan apa2 lagi inisiatif hangat2 taik ayam bagi mengabui kelemahan diri mentadbir sesebuah organisasi la Pak Haji ooiii....HANGPA JELAS GAGAL.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates