Ahad, 21 April 2013

Penentangan terhadap Azizan : ahli PAS dan UMNO dan Sepupu


Kedah Times petik dari Berita Harian dan sumber-sumber dari dalaman mengenai kedudukan MB Azizan yang kesihatannya pun sudah semakin teruk, dan dalam politikpun sudah nampak goyah. 

Azizan bukan saja ditentang dari dalam PAS malah dari kalangan adik-beradik sendiri. Ini terbukti apabila dalam PRU13 ia bakal ditentang oleh calon BEBAS dari PAS dan calon BN sepupunya sendiri.

Azizan ditentang sepupunya atas tiket BN dan orang PAS sendiri atas tiket bebas.

Sebelum ini undi Azizan bukan hanya daripada orang PAS tetapi juga daripada adik-beradiknya yang terdiri dari pelbagai latarbelakang politik. Tapi pada PRU kali ini undi yang sebelum ini diberikan kepada Azizan akan berpindah kepada Fadzilah sepupu Azizan.

Sepupunya Mohd Fadzillah Mohd Ali, 55, seorang arkitek, dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerai, dicalonkan BN untuk menentang Pesuruhjaya PAS Kedah pada pilihan raya umum kali ini. 

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerai itu berkata, secara peribadi dia menghormati sepupunya itu tetapi hakikatnya Azizan gagal membawa perubahan dan pembangunan ketara sepanjang menjadi wakil rakyat di Sungai Limau sejak 1995 termasuk semasa menjadi Menteri Besar Kedah pada PRU 2008.

"Sebagai seorang arkitek profesional yang banyak terlibat dalam projek di dalam dan luar negara termasuk mereka bentuk Kompleks Sukan Nasional di Bukit Jalil, Insya-Allah saya boleh menggunakan pengalaman yang ada untuk memajukan Sungai Limau jika pengundi di sini memberi peluang," katanya selepas diumumkan sebagai calon BN di kerusi berkenaan

Menurut Fadzilah yang juga Penyelaras DUN sungai Limau, sebagai ahli UMNO, dia sedia menggalas tanggungjawab untuk bertanding di kerusi berkenaan meskipun terpaksa berhadapan sepupunya yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah.

''Sebagaimana perumpamaan Melayu, air dicincang tidak akan putus. Kami tetap sepupu dan saya memohon restu ahli keluarga yang lain untuk bertanding. Mereka memberikan reaksi yang pelbagai dan berharap mereka juga dapat melihatnya dari sudut positif," katanya yang juga adik kepada Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd. Puat


Bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Muslim Osman, semalam meramalkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, akan berdepan tentangan sengit dan mungkin kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). 

Muslim yang masih ahli PAS berkata, walaupun Azizan dikenali sebagai seorang tokoh yang berkeupayaan dan berilmu tinggi, ia tidak mampu menjamin kemenangannya dalam PRU-13 berikutan kelemahan pemimpin PAS itu menangani isu parti serta pengundi pada peringkat bawahan. 

Beliau berkata, berbanding calon Barisan Nasional (BN) yang juga sepupu Azizan, Mohd Fazillah Mohd Ali yang lebih rapat dengan akar umbi, Azizan dilihat sebagai seorang tokoh yang sukar menerima pandangan orang bawah hingga menyebabkan ramai pada peringkat akar umbi marah kepadanya. 

Katanya, Mohd Fazillah juga menepati ciri seorang calon mampu menang kerana beliau adalah anak tempatan, mesra rakyat dan yang lebih penting beliau adalah ahli keluarga Azizan. 

“Azizan lebih suka dengar pandangan orang tertentu pada peringkat atasan dan sering meminggirkan pandangan orang bawahan kerana menganggap mereka tidak tahu apa-apa. 

“Justeru, beliau dilihat kurang mesra dengan akar umbi, berbanding sepupunya Fazillah yang lebih rapat dengan kawasan sesuai dengan tugasnya sebagai penyelaras DUN. 

“Selain itu, faktor Mohd Fazillah sebagai ahli keluarga Azizan juga akan memberi kelebihan kepadanya untuk memecah undi yang selama ini dibolot Azizan,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Muslim percaya, pengundi atas pagar juga mungkin ramai yang akan beralih arah kepada Mohd Fazillah kerana berasa tidak senang terhadap layanan Azizan.

Manakala undi orang PAS yang marahkan Azizan akan berpindah kepada calon bebas.

Jika Azizan, ianya juga akan disambut meriah oleh kakitangan KUIN.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates