Khamis, 18 April 2013

Pentadbiran KHTP Cuai, Lagi Pelaburan Lari..

Sebagaimana kita maklum, pelaburan di Kedah khususnya di Kulim Hi-Tech terjejas teruk semenjak diambil-alih oleh cucu saudara ustaz Azizan, Haji Sobri bersama Dato' Ir Amiruddin.

Kedua-dua mereka yang terkenal dengan ayat-ayat retorik power bukan sekadar tidak mampu membawa masuk pelabur baru, malah gagal mempertahankan momentum pelaburan kerajaan BN terdahulu.

Semenjak 2008, pelaburan yang terus dijaja oleh Ir. Amiruddin sebagai berbillion ringgit adalah pelaburan semula dan pembesaran kilang-kilang yang telah lama wujud di Kulim.

Pelaburan baru diera PAS hanya sekadar RM95 juta, jika Panasonic yang telah diusahakan semenjak sebelum 2008 benar-benar diambilkira sebagai bukan pelaburan dibawah pentadbiran baru.
Walaupun tiap-tiap tahun, Dato' Amiruddin tidak pernah gagal menyenaraikan kononnya lima hingga tujuh pelaburan baru akan masuk ke KHTP, namun kenyataan beliau sering ditertawakan oleh industri di KHTP kerana mereka yang berada di KHTP tahu, tidak wujud kilang baru, melainkan LMA (RM35 juta) dan Saint Gobain (Vendor First Solar) sepanjang lima tahun memerintah.

Mungkin Dato' Amiruddin menganggap rakyat Kedah buta, maka beliau akan jaja lagi bahawa beberapa syarikat baru akan masuk ke KHTP. Tetapi apa yang Dato' Ir Amiruddin tidak akan beritahu rakyat ialah bagaimana kilang seperti Panasonic sudah mengugut secara bertulis mahu keluar dari KHTP walaupun kilang mereka sudah separuh siap.
Puncanya adalah masalah bekalan air yang tidak mampu diselesaikan sehingga kini. Lebih memburukkan keadaan, Fuji Electric pula sudah berura-ura membatalkan pelaburan yang sudah dirancangkan, dan bakal mengembalikan tanah seluas 50 ekar yang telah di beli.

Pelaburan bukan saja tidak datang, malah yang ada didalam KHTP pun berura-ura lari keluar.  Memburukkan lagi keadaan, pihak industri sudah meluat melihat muka Dato' Amiruddin dan Haji Sobri, menjadikan usaha memujuk industri semakin mustahil.

Apa tidaknya, bila harga air dinaikkan, Dato Amiruddin menyalahkan SPAN yang kononya menaikkan harga Air di Kedah. Sedangkan pihak Industri tahu bahawa harga air hanya diluluskan oleh SPAN atas permohonan oleh kerajaan negeri.

Kesannya, peluang pekerjaan baru bukan sekadar tidak disediakan, malah yang dikendong pun bakal berciciran. Melainkan beberapa kerat pekerja dikilang di KHTP yang totok PAS, kebanyakan mereka sedar bahawa ancaman kehilangan pekerjaan adalah realiti yang akan datang menjemput kehidupan mereka, samada suka atau tidak.

Jika ingat melihat realiti dan tidak mahu terus ditipu, berkunjung lah ke Kulim Hi-Tech Park, dan lihat sendiri berapa buah kilang baru yang PAS berjaya wujudkan.

Jika ingin terus ditipu, hanya perlu rujuk buku Kedah Sejahtera dan jangan melihat realiti.

Rakyat Kedah, tidak kira Umno, PAS atau PKR, jangan tertipu lagi dengan pembohong tegar yang mencari makan dengan menipu rakyat.

KATAKAN TIDAK KEPADA PAKATAN RAKYAT.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates