Jumaat, 26 April 2013

Penyakit Tiga serangkai - Gerakan Sistematik

Jika manusia amat takut kepada penyakit TIGA Serangkai, maka rakyat Malaysia amat patut sekalu takut kepada GERAKAN TIGA SERANGKAI.

Kalau penyakit TIGA Serangkai membabitkan jantung, kencing manis dan darah tinggi, GERAKAN TIGA SERANGKAI melibatkan PAS, PKR DAN DAP.

Apa yang cuba diketengahkan oleh Kedah Times ialah apakah PAS benar-benar memperjuangkan Islam.

Ini disebabkan PAS bersekongkol dengan DUA pihak yang membawa kepada kerosakan besar Islam di Malaysia.

Pertamanya PAS sanggup bersama DAP yang terang-terang ANTI - ISLAM. OVER MY DEAD BODY.

Yang keduanya ialah PAS sanggup bersama penyebar dan penaja Pluralisma Agama iaitu PKR dan Anwar.

Dan Umat Islam perlulah sedar sudah wujud TIGA elemen untuk menjahanamkan Islam dan umatnya di Malaysia.

Elemen Pertama ialah DAP - Menentang habis-habisan Malaysia sebagai negara Islam

Elemen Kedua ialah PKR - Diwaktu DAP menentang Malaysia sebagai negara Islam, PKR bersama Anwar membawa masuk idealisma agama baru iaitu Pluralisma Agama untuk menyesatkan mereka-mereka yang jahil dengan Islam. Kita tidak heran jika bukan Islam menerima konsep ini tetapi agak menyedihkan ada pihak yang mengaku beragama Islam sudah menerima baik konsep ini.

Dan seterusnya PAS sendiri - Didalam DAP menentang Negera Islam dan PKR membawa masuk konsep pluraslima agama, PAS memilih kerja untuk menghukum dan menghina saudara-saudara se agamanya.

Ketiga-tiga ini secara teorinya melengkapkan kerja-kerja menjatuhkan satu tamadun Islam yang dibina di Malaysia. DAP menentang Perlembagaan, PKR membawa Idealisma baru tentang agama dan PAS menghukum penganut-penganut agama Islam.

Maka perlulah semua penganut Islam di Malaysia menyedari gerakan yang wujud sekarang ini di Malaysia. Gerakan memusnahkan Perlembagaan yang menyatakan Islam Agama Rasmi; gerakan memporak-porandakan agama Islam serta pemikiran penganutnya dan akhirnya gerakan menakut-nakutkan penganut-penganut Islam yang Islam mereka adalah tidak betul.

Jika Penyakit TIGA SERANGKAI boleh membunuh manusia, maka GERAKAN TIGA SERANGKAI boleh menghancurkan Malaysia dan kedudukan Islam.
Marilah kita tentang mereka ini.

Petikan dari Gerakan Anti PKR ...
Pentingnya persidangan pluralisme itu, sehinggakan Anwar sanggup meninggalkan sidang parlimen yang sedang berlangsung ketika itu semata-mata untuk memenuhi undangan Barat itu.

Disebabkan kepercayaan Anwar itu dalam ucapannya Anwar telah mengkritik umat Islam yang didakwanya jumud dan takut dengan idea Pluralisme Agama.

“Sebagai umat Islam, ia akan terus menjadi masalah orang-orang yang menolak nilai kebebasan bercakap, kebebasan berpesatuan, demokrasi, dan kebebasan hati nurani.

Mereka melihat budaya pluralisme agama sebagai sebahagian daripada konspirasi besar oleh ‘orang lain’ terutama orang Kristian untuk memurtad dan menukarkan akidah kelompok Muslim. Pluralisme juga merupakan taktik penyeludupan demokrasi gaya Barat melalui pintu belakang.” sindir Anwar.

Pelbagai persoalan dibangkitkan Anwar. Dari soal kebebasan beragama, hukaman rotan kepada Kartika Sari, model yang minum arak, isu kalimah Allah hinggalah peraturan hukuman syariah.

Anwar juga telah memanipulasikan makna ‘Maqasid Syariah’ (Objektif Perundangan Islam) untuk membuktikan idea yang dilontarkannya adalah selari dengan tuntutan Islam. Walhal, Anwar memperalatkan ‘Maqasid Syariah’ untuk mencapai agenda Barat yang lebih besar iaitu Pluralisme Agama.

Sebagai respon daripada gagasan idea Anwar itu, Dr. Osman Bakar, Presiden Muafakat menggesa umat Islam di Malaysia berusaha membendung Pluralisme Agama dan Pemurtadan Agama yang bakal berlaku di negara ini.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates