Khamis, 11 April 2013

Projek Baru KHTP 2011

Memandangkan PRU13 telah hampir, mari kita lihat serba sedikit apa perancangan KTPC untuk memantapkan KHTP supaya lebih ramai pelabur besar memilih untuk datang  melabur di KHTP.

Setakat ini tiada pelabur besar yang mencecah billion RM datang ke KHTP kecuali pelaburan tambahan First Solar yang bermula pada 2007 dan mengikuti beberapa fasa pembesaran. Ini bukanlah atas usaha pengurusan KTPC serta kerajaan sekarang tapi atas daya usaha MIDA dan kerajaan sebelumnya. Yang ada pun sebuah syarikat dari Perancis Saint-Gobain Solar (SGS) yang bakal melabur sebanyak RM46 Juta. Pelaburan sebanyak ini boleh diibarat sebagai 'supporting' element kepada industri yang lebih besar seperti First Solar.

Dicanangkan oleh CEO KTPC yang projek baru mereka sepanjang menjaga KHTP adalah seperti berikut:

1. Perluasan Zon Industri KHTP Fasa 4 dimana bakal menempatkan pelabur-pelabur yang katanya semakin banyak datang bertanya di KHTP. Pengambilan tanah ini melibatkan penguncupan tanah milik Majlis Perbandaran Kulim disamping memerlukan pembayaran pampasan yang agak tinggi. Dimana duit akan diperolehi sedangkan keuntungan bersih KTPC sekitar RM17 juta saja. Itu di atas kertas saja. Persolan juga timbul apakah proses pengambilan tanah dapat dilakukan dalam masa setahun sahaja? Mungkin kalau melibatkan ongkos dan under the table ianya akan cepat!

2.Perlaksanaan KPI dan PMS untuk keseluruhan KTPC. Selepas beberapa bulan mengisytiharkan KPI dan PMS, kita masih menunggu apa KPI untuk Presiden/CEO KTPC. Ianya perlu diumum kepada awam supaya dapat dinilai pada penghujung tahun. Mungkin akan diumum pada hujung tahun selaras dengan pencapaian yang telah diketahui. Kalau macam tu tidak perlu la KPI!

3. Mempromosi KHTP sebagai tempat pilihan pertama untuk bekerja.  Untuk tujuan itu mungkin akan ada pembukaan hotel-hotel baru bertaraf 5 bintang serta pusat-pusat hiburan untuk menghidupkan KHTP pada waktu malam. Dalam masa yang pelabur-pelabur bertaraf Hitech perlu dibawa ke KHTP untuk memberi peluang kerja kepada rakyat dengan gaji yang lebih tinggi. Kelab-kelab malam  atau pusat hiburan bakal dibuka dengan pesatnya kerana polisi Kerajaan negeri membenarkan pusat-pusat hiburan dsb untuk membangunkan Kedah.

4. Penyediaan Buggy Elektrik untuk pemain golf di Kelab Golf KHTP. Projek baru yang amat hebat di KHTP. Apakah ini juga KPI Mr Presiden?

5. K-Bio bakal menempatkan projek 'Tissue Culture' yang bakal menempatkan KHTP setaraf dengan pusat-pusat pengeluaran produk-produk herba yang bakal di iklankan di Harakah mereka. Ubat kuat, ubat seks mungkin bakal dikeluarkan di K-Bio!

6. Mesin Waterjet yang telah diurus pembelian oleh THAMS yang didedahkan sebelumnya oleh KEdah Times, DKS dan Sungguhka bakal diletakkan di KTM (Kulim Tech Mgmt). Tujuan mesin ini kita tidak ketahui tetapi proses pembeliannya masih menjadi tandatanya dan isu. Kini KedahTimes diberitahu, mesin ini jadi gajah putih saja.

7.Memperelokkan versi e-Aduan juga bakal menjadi projek utama 2011. Jangan projek menaiktaraf versi applikasi memakan berjuta-juta sudah lah. Dan duit jangan pula minta kepada Unit Perancang Ekonomi Pusat. Rupanya projek e-Aduan adalah hanya wayang untuk menjustifikasikan kewujudan KIT yang mana semua kroni PAS diletakkan disana tanpa ada kerja tetapi dibayar gaji.

8. Dan projek Mega yang tidak ditinggalkan ialah Konferen Vendor SMI yang bakal menjadi KHTP dikenali di seluruh dunia. Jangan pula vendor-vendor yang dijemput semuanya kroni-kroni PAS dan PKR saja. Jemput semua.

Jika dilihat kepada projek-projek yang digariskan oleh Presiden KTPC, maka kita dapat lihat KHTP bakal menambahkan lagi era kemalapannya. Dimanakah program promosi KHTP kepada pelabur-pelabur luar? Dimanakah program membaikelokkan infrastruktur  sedia ada kepada infrastruktur bertaraf antarabangsa dan hitech? 

Banyak lagi yang boleh dipersoalkan tetapi Mr Presiden adalah seorang yang bijak yang mungkin telah memikirkan semuanya sehingga tertinggal perkara-perkara penting untuk sebuah pusat pelaburan berteknologi tinggi.

Mungkin pengalaman sebagai Engineer di Unit HR syarikat multinasional tidak memberi sebarang makna kepada Mr Presiden!

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Fasa 4=Geran/Pinjaman Federal Govt; Tissue Culture KBio=Geran Federal Govt; CNC Waterjet=Geran Federal Govt; e-Aduan=Geran Federal Govt; Konferen Vendor SMI Geran Federal Govt. Hanya golf buggy saja tinggal yang bukan di 'sponsor' oleh Federal Govt ala Kerajaan Pusat yang amat tidak disukai oleh MB Kedah, Mahfuz & PAS. Mr Presiden KHTP sekarang tengah hangat bercinta dan juga main golf tapi sekarang dah ubah location ke Penang Golf Resort di Bertam, agar orang kat Kulim tak kata Presiden ni asyik main golf jer kat KGCR tue! Kita pun ada spy merata ceruk brader

Tanpa Nama berkata...

Awat yg Presiden KHTP ni dok pi main golf kat Bertam pulak, macam mana nak promote KHTP macam nie?

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates