Khamis, 25 April 2013

Projek SULIHH - Penipuan Atas Penipuan

Projek SULIHH di war-warkan Kerajaan Negeri sejak 5 tahun lalu untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa Kerajaan PAS juga mampu menarik pelabur ke Negeri Kedah.

Tapi apabila menyedari bahawa rakyat sudah dapat mengesan penipuan PAS tentang projek tersebut, maka sekarang ini dicipta satu lagi penipuan untuk mengaburi mata rakyat. Kononnya projek tersebut belum dilaksanakan disebabkan oleh masalah teknikal dan Laporan EIA.

Sudah-sudah la menipu pun, mana ada orang buat EIA sampai 5 tahun tak siap-siap, apatah lagi EIA sepatutnya dimulakan sebelum pelancaran atau projek diumumkan lagi.

Sebenarnya, pemodal sudah lari bila kerajaan PAS ambil alih Negeri Kedah kerana tidak yakin dengan kemampuan pimpinan PAS yang memang kuat menipu bersarung agama. Pemodal ni apabila dia lari, dia akan cakap tangguh la, takkan dia nak cakap "aku dah lari".

Kalau Isyarat sebegini dari pelabur pun pentadbiran Kedah tak faham, malang bagi rakyat Kedah.

Malah ada cakap-cakap orang PAS yang duit sudah ada tapi kerajaan pusat tahan kerana tak mahu projek dilaksanakan. Tak tahulah apa lagi sebab yang nak diberi. Kalau perintah lima tahun lagi maka 5 sebab baru bakal dicari.

1 comments:

Detguaq berkata...

Bro...CnP na...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates