Khamis, 25 April 2013

PROJEK ZON INDUSTRI YAN (ZIPY) DITERUSKAN TANPA LIBATKAN PERPINDAHAN PENDUDUK

KEDAH, 1 APRIL (tvpas)-Kerajaan Kedah bakal meneruskan Projek Zon Industri Petroleum Yan, yang melibatkan pembinaan paip gas sepanjang 300km dari Yan hingga ke Bachok, Kelantan. Projek berkenaan walaubagaimanapun tidak melibatkan perpindahan penduduk, sebaliknya menggunakan system penambakan bagi menjayakan projek berkenaan.

Menurut Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak, ini secara langsung akan menyelamatkan 3 ribu ekar tanah rakyat, selain menguntungkan kerajaan negeri sebanyak 5 peratus berbanding rancangan asal kerajaan BN Kedah, sebelum ini.

Ujar Azizan lagi, sebelum ini kerajaan negeri telah berbincang dengan 5 syarikat yang terlibat dengan projek berkenaan, antaranya Merapoh Resources Sdn Bhd, Hijaz Refinery Sdn Bhd, Trans-Peninsula Petroleum Sdn Bhd, Pristine Oil Malaysia Sdn Bhd dan SKS Devolepment Sdn Bhd.

Projek ini bakal menarik pelaburan sebanyak RM 83 billion, diatas tanah seluas 360 hektar.

Dalam sidang media berkenaan juga, Azizan turut ditanya mengenai fungsi penghulu dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Menurut Azizan, kerajaan negeri akan menguatkan peranan penghulu dengan lebih berkesan.

Projek ZIPY (Zon Industri Petroliam Yan) telah dimulakan pada zaman pemerintahan BN. Ianya melibatkan pembinaan pusat simpanan minyak mentah dan paip laluan ke pantai timur untuk tujuan pemindahan kepada kapal-kapal minyak untuk pelanggan di Jepun, Cina, Korea dan lain-lain. Ini secara otomatik menjimatkan kos dan masa penghantaran minyak mentah ke negara-negara tersebut. Sumber minyak mentah adalah kebanyakan dari Timur Tengan terutamanya Iran.

Projek ini pada mulanya disertai oleh 3 syarikat utama iaitu Trans-Peninsular, Merapoh dan SKS Development. Pristine Oil hanya muncul selepas ketiga-tiga syarikat sebelumnya telah menyerahkan cadangan mereka.

Pada peringkat awalnya, cadangan adalah penambakan laut disepanjang pantai YAN. Tetapi hasil kajian terperinci, kos amat tinggi untuk tujuan tersebut. Tambahan pula, kerosakan ekologi marin amatlah teruk.

Maka cadangan seterusnya adalah pembinaan didaratan yang sedia ada. Rundingan serta proses pengambilan tanah di terajui oleh Kedah Invest.

Ini bermakna Daerah Yan yang diduduki mungkin dipenuhi dengan pusat simapanan minyak, bangunan perniagaan dan komersial dan juga kawasan-kawasan perumahan yang bakal menempatkan penduduk-penduduk serta pekerja loji simpanan minyak dan pusat komersial di sekitarnya.

Selepas tampuk pemerintahan jatuh kepada PR, Pristine Oil menangguhkan cadangan mereka. Yang ingin meneruskannya adalah Merapoh, SKS Dev dan Trans-Peninsula. Hijaz Refinery mungkin timbul selepas pemerintahan berubah.

Walaubagaimanapun satu syarikat telah mengubah cadangan mereka iaitu dengan membuka pusat simpanan minyak di Kuala Sg Jerlun, parlimen Jerlun dan seterusnya memindahkan minyak mentah ke pusat penapisan di Bkt Kayu Hitam dan seterusnya mengembalikan hasilnya ke pusat penyimpanan di Jerlun. Baki minyak mungkin dihantar terus ke Thailand melalui saluran yng bakal dibina.

Ini bermakna hanya dua sahaja syarikat yang masih berminat untuk memajukan ZIPY dan yang terkini Hijaz. Tapi Hijaz akhirnya menarik diri kerana sebab-sebab tertentu.

Dan seperti yang diperkatan MB, projek ini perlu penambakan laut yang pada awalnya telah dicadangkan tetapi diubah kerana kos yang tinggi dan kerosakan marin. Mungkin inilah salah satu sebab Pristine Oil menangguh projek tersebut kerana kos sudah tentu meningkat berkali ganda. Dan mungkin juga salah satu syarikat mengubah lokasi kerana kos lebih murah.

Tetapi yang sahnya, tiada apa-apa kerja-kerja struktur secara besar-besaran dilakukan setelah kerajaan PR memerintah selama 5 tahun. Perkara yang besar yang berlaku ialah penukaran nama projek dari ZIPY ke SULIHH. Itu saja!

 Kita masih menunggu 83 bilion pelaburan yang dijangkan di atas laut yang bakal ditambak. Peliknya kerajaan negeri hanya mengharapkan orang lain melakukan kerja-kerja infra asas. Walhal itu adalah tugas mereka.

Nampaknya kempunanlah orang Sungai Limau menunggu durian runtuh dari Kerajaan PAS. Atau menunggu bulan jatuh ke riba!

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates