Rabu, 24 April 2013

PRU-13: Antara Seruan Dato’ Michelle Yeoh, Aishah dan Dayangku Intan


Kehadiran Dato’ Michelle Yeoh di dalam program BN di Pelabuhan Klang semalam nampaknya berjaya memperbaharui semangat perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia.  Seramai 60,000 dikatakan menghadiri program tersebut, sekali gus meletakkan BN di tempat yang lebih selesa dalam menghadapi PRU-13. 

Dari sudut lain, kita melihat kehadian Dato’ Michelle Yeoh sebagai memenuhi trend politik Malaysia hari ini, iaitu ‘persaingan’ antara parti-parti politik dalam meraih sokongan antara artis hiburan dengan para ulama.   

Parti PAS sering bermegah kerana parti tersebut menghimpunkan para ‘agamawan’.  Namun, hari ini kita melihat sendiri bagaimana Ulama-ulama pondok berbondong-bondong menolak PAS malah menfatwakan hukum haram menyokong PAS.   Sebaliknya, para intelektual ugama muda akhir-akhir ini pula lebih ramai memilih untuk menyertai UMNO dan menolak PAS.   

Manakala, golongan artis hiburan yang bermasalah pula dilihat begitu ‘galak’ menyertai PAS dan kemudian berlagak sebagai agamawan sambil menghukum semua pihak yang menolak PAS sebagai jahil, sesat dan kafir, iaitu mengikut ajaran PAS tulen.   

Akibatnya, ‘agamawan’ yang tinggal di dalam PAS hari ini, kebanyakannya merupakan lulusan dari Pakistan, India dan bukannya dari pusat pengajian agama tersohor dunia.   Selain mereka, terdapat ramai lagi yang merupakan para pelajar agama yang tidak lulus dan tidak mempunyai pekerjaan tetap tetapi memakai gelaran ‘Ustaz’ atau ‘Ulama’, hanya kerana pernah belajar agama.  

Pendekata, tidak kira artis atau ulama yang memilih untuk menyokong pembangkang, kedua-duanya terdiri dari kumpulan yang gagal dalam bidang mereka.   

Ulama yang menyokong UMNO kebanyakannya adalah terdiri dari mereka yang mempunyai kelulusan yang tinggi dan terbukti kerana UMNO sebagai kerajaan tidak akan mengiktiraf sesiapa sahaja sebagai Ulama berdasarkan pendapat sendiri.   Sebagai Ulama sebenar, tidak hairanlah mereka kurang menonjol dan tidak menjadi ‘selebriti’ sebagaimana golongan agama pujaan PAS.  Hanya mereka-mereka yang diberi tanggungjawab untuk membantu kerajaan sahaja yang akan ke hadapan bagi menjawab dan memperbetulkan kesesatan pembangkang yang keterlaluan.  

Begitu juga dengan golongan artis yang menyokong kerajaan, kebanyakannya merupakan artis yang berjaya dan dihormati.  Antaranya, Dato’ Michelle Yeoh yang telah menempa nama di persada antarabangsa.   Dato’ Michelle Yeoh yang pernah menjadi gadis ‘Bond’, ‘Geisha’ dalam Memoirs of a Geisha dan juga membawa watak Suu Kyii dalam filem ‘The Lady’ adalah antara segelintir rakyat Malaysia yang tidak pernah bertanya apakah jasa negara terhadapnya tetapi setia mencurahkan jasa kepada negara. Beliau tahu bahawa kedudukannya, pengiktirafan dan penghormatan yang diterimanya hari ini adalah berkat kehidupan yang baik yang dilalui di negara ini.   

Justeru, Dato’ Michelle Yeoh semalam dengan penuh semangat dan tanpa teks, telah menyeru rakyat agar terus menyokong Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri atas dasar kesungguhan dan keikhlasan kepimpinan beliau melakukan transformasi, penambahbaikan serta membawa Malaysia ke satu era baru yang jauh lebih maju.  

Sebagai seorang yang telah merantau ke seluruh dunia, Dato’ Michelle Yeoh pastinya bercakap atas dasar pengalaman selain beliau tidak perlu membodek sesiapa.  Beliau telah pun berjaya berkat keperihannya berusaha.  Dalam mengharungi dunia seni, beliau pernah beberapa kali tidak sedarkan diri ketika melakukan aksi ngeri dalam usahanya untuk menempa nama sebagai pelakon yang dihormati.   

Kegigihan dan kesungguhan beliau sepatutnya menjadi tauladan kepada semua.  Beliau tidak akan mampu berada di tahap ini jika niat beliau berlakon adalah kerana ‘glamour’ sepertimana kebanyakan artis kita.  Malah, beliau tidak pernah berputus asa atau menyalahkan sesiapa dalam jatuh bangun kariernya sebelum benar-benar berjaya.  Beliau juga tidak pernah bertindak menghina dan melupakan negara ini walaupun telah berada di puncak dalam arena hiburan dunia.  

Artis sebeginilah yang boleh kita hormati dan bukannya artis yang tidak sempat ke mana, belum pun berusaha, tetapi sudah kecewa memberontak jiwa sehingga dilanda berbagai-bagai masalah lalu menyalahkan orang lain dan kerajaan atas apa yang menimpa dirinya.   

Mereka inilah artis yang menyertai pembangkang iaitu artis yang menyalahkan kerajaan kerana anaknya tak solat, artis yang menyalahkan kerajaan kerana gagal mendapat projek dan artis yang menyalahkan kerajaan kerana dia menjadi artis.  Artis seperti mereka tidak wajar dihormati tetapi perlu dibimbing lagi.  Malangnya, PAS bukannya membimbing mereka, tetapi meletakkan mereka sebagai pemimpin dengan mencalonkan mereka menjadi wakil kepada rakyat jelata.  

Justeru, antara menyahut seruan Aishah atau Dayangku Intan, lebih baik kita menyahut seruan Dato’ Michelle Yeoh.  Sekurang-kurangnya Dato’ Michelle Yeoh punya kredibiliti untuk menasihat orang lain, beliau juga tidak mengajak kita ke arah kesesatan kerana langsung tidak menyentuh soal agama.  Berbanding yang konon berjuang menggunakan nama Islam tetapi kerjanya hanyalah memecahbelakan ummah siang dan malam.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates