Selasa, 16 April 2013

PRU 13: Kedah Kemukakan Calon berwibawa

Dengan pengumuman calon-calon bagi BN Kedah untuk PRU 13, maka berakhirlah segala kerunsingan atau kerisauan memikirkan siapa calon yang bakal ditonjolkan.

Ada calon baru dan ada yang lama. Ada dari kalangan professional dan ada dari kalangan pentadbiran dan sebagainya.

Kepada yang tidak dicalonkan, kita perlu ingat yang RAZQAN yang diberikan adalah atas kehendakNya. Kita perlu terima rezeki tersebut. Semua ini adalah atas PerancanganNya yang Maha Hebat. Sejak azali Allah berkehendak yang semua calon PRU 13 BN untuk Kedah adalah mereka-mereka yang diumumkan.

Jadi, bersabar dan bersyukur atas apa yang berlalu. Mungkin ada hikmah atas apa yang berlaku. Mungkin Allah ingin melihat atau mencuba kita samada kita sabar atau tidak, samada kita memang ikhlas berjuang atau tidak, samada kita sentiasa mengingatiNya atau tidak.

Kepada yang terpilih, masih ada beberapa hari lagi untuk mengekalkan bahawa anda semua memang layak dan dipilih Allah untuk bertanding. Jangan sesekali bersifat EGO merasakan yang kita layak atau sebagainya. Jika kita layak, ada yang lebih layak tetapi Razqan Allah Taala diturunkan kepada anda semuanya untuk bertanding kali ini.

Ajaklah semua sahabat handai, kawan dan lawan untuk bersatu padu, menyerang musuh yang kita sanggup menggadaikan Kalimah Allah demi kuasa, musuh yang bersubahat dengan musuh Allah untuk merampas kuasa, musuh yang terang-terangan melawan perintah Allah.

Ayuh kita satukan hati dan tenaga. Musuh kita amat besar dan lebih berbahaya dari jawatan YB. Musuh kita adalah musuh Allah. Apakah kita hendak berkelahi hanya dengan sedikit cubaan dari Allah Taala?

Ayuh... Ayuh ...Ayuh bangun semua. Tolak PR. #SAVEKEDAH

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates