Isnin, 22 April 2013

Sampai Bila isu air akan selesai?

Merujuk kepada Muhammad Sanusi Md Nor dalam KedahLanie berkaitan kegagalan JBA Kedah atau yang terbarunya selepas dikopratkan atas nama SADA, pihak Kedah Times tertanya-tanya kenapa terlalu sensitif sangat kerajaan di bawah pimpinan PR (Bukan PAS) terhadap isu ini?

Sehingga beliau terpaksa menulis dalam Kedahlanie untuk menjawab soalan atas ajakan demontrasi depan Wisma Darulaman akibat masih gagal menyelesaikan isu-isu air semasa.

Ada dua isu sebenarnya disini.

Pertama ialah kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan masalah kampung-kampung yang masih belum menerima bekalan air atau sudah menerima tetapi airnya hanya datang dalam bentuk titikan.

Keduanya ialah kualiti air yang disalurkan kepada pengguna.

Harapan rakyat ialah dengan adanya SADA, maka bekalan air adalah lebih menyeluruh serta kualitinya bertambah baik.

Sebaliknya beliau lebih menjuruskan kepada menyalahkan orang lain. Katanya Kedah harus dibayar RM100 Juta setahun kerana berkorban dalam menakung air dan membekalnya kepada petani-petani MADA dan Perlis. Apakah SADA atau Kerajaan Negeri tidak mampu mencari dana lain untuk memperbaiki segala kemudahan infrastruktur bekalan air tersebut sebaliknya meminta Rm100 juta setahun? Sebaliknya mengulang kembali cerita lama pengorbanan rakyat Kedah kepada kerajaan persekutuan? Beritahu sajalah yang Kerajaan negeri yang berkorban dan bukannya rakyat? Kalau dah hebat sangat berkorban, kenapa tidak minta saja pampasan dari kawan baik Pulau Pinang yang hanya dapat air percuma dari Kedah?

Tidak kira apa saja sebutan yang diberi Carbon Money atau PES ka, ianya adalah amat berkaitan rapat dengan cara kita menguruskan apa yang kita ada. Bukannya mengungkit pengorbanan kita. Kalau dah minta bayaran, itu bukan pengorbanan namanya. Itu bisnes namanya.

Kedah Times tak akan berasa hairan jika timbul masalah tanah-tanah pesawah pula kelak, beliau akan mengungkit pengorbanan Kedah yang sanggup menyumbangkan tanah beribu-ribu ekar demi menyediakan sumber makanan kepada rakyat Malaysia. Ini patut kerajaan persekutuan bayar.

Katanya lagi "Kedah menjadi jelapang padi kerana tadahan air ini, Pulau Pinang berjaya mengangkat Syarikat Pengurusan Bekalan Airnya ke papan Utama Bursa Malaysia kerana sumber Air Kedah. 63% beras untuk rakyat Malaysia datang dari jelapang padi yang disalirkan oleh air Kedah. Maka, pengorbanan rakyat Kedah untuk negara harus dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan peruntukan RM100 juta setahun. Tapi tak ramai rakyat Kedah bangkit menyokong tuntutan ini. Masa BN memerintah dulupun, tuntutan ini tidak diperjuangkan sepenuhnya, walaupun dari satu bakul politik yang sama. "

Seperti yang sudah diagak, dia sudah mula bangkitkan pengorbanan Kedah menyediakan 63% beras untuk negara.

Lupakah beliau yang PAS lah menentang kuat projek pengairan MADA suatu masa dulu. Kata mereka projek ini melawan kuasa Allah. Hari ini mereka tukar kepada satu pengorbanan pulak! Padahal mereka tidak pernah membantu pun dalam projek MADA sebaliknya menentang!

Begitu cetek pemikiran Setiausaha Politik MB Kedah ini dengan mengatakan yang pengorbanan rakyat Kedah inilah yang membuatkan negara mempunyai 63% bekalan beras. Tahukah beliau berapa banyak subsidi yang kerajaan Persekutan berikan kepada petani-petani yang mengusahakan tanah-tanah sawah ini? Kalau tidak bagi subsidi, belum tentu mereka dapat bersaing dengan keluaran beras dari Vietnam, Kemboja dan Thailand. Apakah subsidi ini bukan kerana pengorbanan rakyat Kedah ini? Itu belum dikira lagi peruntukan jalanraya, perumahan, subsidi sawit dan pelbagai lagi penyediaan infrastruktur untuk rakyat Kedah demi untuk membalas jasabaik pengorbanan  rakyat kedah.
Wisma Darulaman yang siap dibina dan diduduki dengan selesa oleh pemerintah sekarang tu siapa yang beri peruntukkan. Cuba siasat. Tak elok asyik menuduh pemerintahan lama.

Begitu juga dengan kenyataan Johari Baharom Baharom yang air di Kedah tidak akan kering kerana banyak empangan. Kedah Times agak setuju dengan kenyataan tersebut walaupun tidak berapa setuju dengan beliau dari segi politik. Masalahnya kerajaan negeri tidak berbincang dengan kementerian tersebut bagaimana nak selesaikan isu air sebaliknya hanya berceramah memberitahu rakyat yang ini semua kesalahan dan kesilapan dahulu. Ingatlah, kita bukan lagi pembangkang tetapi pemerintah. Pemerintah ada tanggungjawab yang patut dilaksanakan, bukannya meletakkan tanggungjawab tersebut kepada orang lain.

Akhirnya pihak SADA memohon JS melepaskan takungan dalam Empangan Beris ke Sg Muda kerana melihat keadaan yang sudah agak teruk dan yang teruknya bila terima SMS ajak berdemo. Boleh pulak berbincang dengan agensi kerajaan persekutuan .. dibawah kementerian asas tani pulak tu!

Dulu masa BN memerintah dan tiba musim kemarau, PAS sudah bersedia dengan isu air didalam semua ceramah mereka. Heboh dan kutuk ketidakcekapan pengurusan JBA. Jangan lupa JBA sudah tiada sebaliknya SADA yang dijangka lebih cekap sudah wujud. Jangan bandingkan Syabas, atau syarikat air Johor atau Negeri Sembilan. Mereka tiada empangan sebesar dan sebanyak Kedah.

Apa yang dipertikaikan ialah pengurusan, pembaikan, pembinaan infrastruktur baru air serta penambahbaikan kualiti air yang diminta. Ingatlah dulu kita bangkang, sekarang apa yang kita asyik kata dulu telah diberi kepada kita untuk melaksanakannya. Tunjukkanlah kebolehan kita. Bukan di ceramah tetapi di pentas realiti pemerintahan!

Bila beliau berkata yang masalah air tiada bersangkut paut dengan kelemahan pengurusan kerajaan sekarang atau kelemahan 'Syarikat Air Dato Azizan' sebaliknya ianya adalah masalah kemarau panjang di seluruh negara, amat melucukan. Inikah level pemikiran seorang setiausaha politik kepada MB?

Selepas beberapa tahun memerintah, masih tidak sedarkan yang kita ada musim kemarau? Atau sengaja buat tak tahu? Mungkin kerana dulu asyik berceramah tidak kira musim kemarau atau musim panas sehingga tidak sedar wujudnya musim-musim sebegini di Malaysia.

Jika dah tahu ada musim kemarau, kenapa tiada tindakan 'backup' atau alternatif diwujudkan? Macamana nak bisnes jika asyik menyalahkan pemberian Allah SWT ?

Jika dikaji, ianya bukan isu kemarau ketiadaan air, tetapi masalah tekanan air dan juga kualiti air yang dihebohkan. Disinilah keperluan pengurusan yang baik diperlukan. Bukan pengurusan yang menyalahkan orang lain atau meletakkan kemarau sebagai penyebabnya. Air keluar tu warna hitam kerana kemarau ka?

Dia cuba membandingkan Johor dengan Kedah. Johor diperintah oleh UMNO, parti yang cekap tetapi menghadapi krisis air serta membekakan air kepada Sinagpura. Herrmm Johor ada banyak empangan ka? Ada empangan sebesar Pedu atau Muda atau Beris atau Ah Ning ka? Walaupun kita tidak setuju Johor menjual air kepada Singapura dengan harga murah, tapi sekurang-kurangnya Johor MENJUAL. Bukannya macam Kedah yang memberi secara percuma kepada Pulan Pinang, rakan se pakatan.

Begitu juga dengan Negeri Sembilan, adakah mereka mempunyai empangan seperti di Kedah? yang menjadi isu kepada mereka ialah kekurangan belakan air, bukannya kualiti air. Itupun kurang sebab tiada empangan sebesar Pedu, Muda, Ahning atau Beris.

Sebaliknya Kedah diberi Allah SWT dengan empangan besar yang tidak pernah kering kontang, tetapi Setpol MB mengatakan masalah air di Kedah adalah akbiat kemarau!

Beliau menyatakan yang kenapa semasa kerajaan BN, hutang kepada kerajaan pusat ada 1.6 bilion tetapi paip masih berkarat dan sering pecah. Nampaknya beliau mengaku kejayaan kerajaan dulu menyediakan prasarana bekalan air melalui JBA. Berapa kerat kampung lagikah yang belum sampai paip air. Cuba beritahu. Ya, mungkin Kg Kenangan, Jeneri belum dapat bekalan air sepenuhnya kerana terletak di kawasan tinggi. Ini bukan masalah tiada paip tetapi masalah tekanan air. Sebab itu dibina pusat penapisan air di Kota Bukit untuk membantu kawasan-kawasan seperti ini. Ingat! Ini peruntukan dari kerajaan pusat, kerajaan yang bertanggungjawab!
Cuma segala ciptaan manusia ada cacat celanya. Itu kita semua akui. Paip besi mestilah berkarat dan pecah bila banyak lori pasir dan balak hasil permit-permit baru yang dikeluarkan kerajaan sekarang. Tidak pernah saya jumpa lori balak dan lori pasir berselisih begitu kerap. Dari Sik mengarah ke Alor Setar atau Kuala Nerang dan dari Kuala Nerang atau Pdg Terap mengarah ke Sik atau sg Petani. Maka jika selalu di tindih benda berat, besi keras pun akan pecah. Inilah cipataan manusia. Ada hayatnya.

Maka disinilah letaknya kebijaksanaan pengurusan semasa! Dan SADA sepatutnya lebih professional dan cekap!

Maka melalutlah beliau sehingga menyentuh projek pengswastaan air Langkawi oleh katanya dilakukan oleh kroni MCA yang mendatangkan kerugian kepada kerajaan negeri. Apakah yang lebih penting bagi kerajaan negeri sekarang? Rakyat atau Pemerintah negeri? Adakah ada komplen besar-besaran orang langkawi berkaitan air?

Kedah Times pun bukannya setuju semua terutama pasai kerugian pengswastaan air langkawi tu, tetapi janganlah menuding jari kepada orang lain sehingga kemarau pun dijadikan penyebab utama kerana kegagalan menyelesaikan isu air di Kedah.

Kalau nak sebut pasai pengorbanan, inilah pengorbanan sebenar pemerintah kepada rakyat. Belanja lebih untuk beri yang terbaik kepada rakyat. Bukannya minta lebih dari rakyat tetapi pulangannya ciput.

Seperti biasa beliau mengakhiri ayat beliau dengan ayat ugutan. Datanglah berdemo jika nak tahu keburukan dan kepincangan orang dulu. Inilah pejuang Islam, nak tutup kelemahan sendiri dengan ugut untuk dedahkan kelemahan orang lain. Dan tak lupa beliau masih menuntut RM100 juta dari kerajaan pusat atas pengorbanan rakyat Kedah.

Ceritanya sama saja. Beri duit kepada kerajaan negeri, jangan bagi secara terus kepada rakyat!

Masalah air tidak dijawabnya sebaliknya berpusing untuk menyalahkan orang lain. Lain kali kalau nak jawab tu biarlah lebih fokus. Jawab la apa yang kerajaan nak buat dan sebagainya.... bukan menuding jari kepada orang lain. Satu jari kita tuding, seratus jari menuding kepada kita balik. Ingat kita bukan pembangkang tetapi pemerintah.

1 comments:

cucu azizan berkata...

Ustaz Azizan berkata pembekalan air ke langkawi menyebabkan kerajaan terpaksa menangung kerugian puluhan juta ringgit kerana perlu membayar pampasan kepada taliwork. kerugian itu atas kertas.
cuba tengok faktanya.
pulau langkawi adalah pulau pelancongan yang dipenuhi puluhan hotel dan resort dan tumpuan lebih 1.5 juta pelacong setahun. walaupun ada bekalan air dari langkawi sendiri, tetapi bekalan itu tidak cukup, oleh itu bekalan terpaksa di salur dari tanah besar. apabila penyaluran dari tanah besar sudah tentu melibatkan kos yang tinggi dan tidak ada syarikat yang mahu melaksanakan projek itu jikalau mereka rugi, sebab itu kerajaan terpaksa membuat perjanjian bayaran pampasan. dan taliwork bukan setakat bekal air, mereka juga menangung kos maintenance, JBA@SADA hanya tunggu kutip hasil sahaja di langkawi.
memanglah kerajaan rugi kerana bekal air ke langkawi tetapi kerajaan pungut balik hasil berpuluh kali ganda dari sektor pelancongan. dalam ekonomi konsep itu dipanggil kos melepas. apa pakar ekonomi ustaz azizan tak tau ka teori mudah ekonomi tu

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates