Khamis, 4 April 2013

SAPI juga dapat NAMA..

Pelbagai jawapan diberikan PAS Kedah demi menjustifikasikan apa yang mereka katakan 'Islam Berdaulat' di Kedah dengan pembinaan 12 buah masjid oleh mereka.

Hasilnya mereka mencetak beribu-ribu buah buku yang mengatakan 12 buah masjid dibina mereka demi mendaulatkan Islam di Kedah. Dan beribu-ribu orang Kedah terutama JK MKK mereka ditipu bulat-bulat oleh PAS Kedah.

Bagaimana mereka boleh membina 12 buak masjid bernilai jutaan ringgit sedangkan untuk melaksanakan Enakmen 1997 Akta Tubuh Kerajaan Negeri dengan melarang pusat hiburan beroperasi pada bulan Ramadan pun mereka gagal kerana disergah oleh DAP.

DAP hanya tidak akan sergah PAS Kedah jika pembohongan sebegini dilakukan. Malah mereka menggalakkan PAS melakukannya. Maklumlah Parti Islam yang serbah boleh dalam ehwal berbohong.

KedahTimes telah menyenaraikan perbelanjaan kesemua 11 masjid yang diberi peruntukkan oleh kerajaan pusat atas usaha wakil-wakil dari UMNO atau BN pada artikel lepas disini. Dan ini membuktikan bahawa PAS Kedah melalui Majlis Agama Islam Kedah sign atas sekeping kertas meluluskan pembinaan masjid walhal peruntukan kerajaan negeri tidak pernahpun disalurkan kepada JK Masjid-masjid tersebut.

Maka jadilah mereka sapi .... Lembu punya susu, sapi dapat nama... berbohong demi mendapat kuasa. 

#SAVEKEDAH

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates