Rabu, 10 April 2013

Satu masa dulu Kisah Ayaq di KHTP

Kedah Times mengajak pelawat untuk mengikuti perkembangan berkaitan KTPC yang menguruskan KHTP disini.

Dulu Kedah Times telah banyak mendedahkan kisah kerugiaan MNCs yang beroperasi di KHTP akibat kegagalan pihak berkaitan untuk membekal air yang berkualiti disini dan juga disini. Air yang mempunyai karbon yang tinggi amat tidak sesuai untuk kilang-kilang Hitech yang terlibat dengan pembuatan Chip dan sebagainya. Tetapi dek kerana jahil dalam menguruskan sebuah taman industri, pihak pengurusan baru KTPC menyalahkan pengurusan lama dalam kes ini dengan membawa cerita peralatan penapisan dan pengepaman air yang usang serta tidak lupa menuduh pengurusan dahulu rasuah. Typical Reason yang PAS selalu diberikan.

Kalau dulu proses pembelian peralatan berkaitan pembersihan air boleh dilakukan terus oleh residen engineer Air, tapi selepas diambilalih oleh kuncu-kuncu PAS, semuanya sudah dikawal ketat oleh orang tertentu. Maka itulah sebabnya MNCs rugi 53juta. Kita lihat gelakkan Gunung Mat Cincang disini berkaitan air.

Maka sapa bakal membayar ganti rugi? ....

Ini sambungan pendedahan dari apa yang sering Kedah Times sebut sebelum ini di Dulu Kini dan Selamanya ...

Masalah tender di KTPC (2010) masih lagi dok bermain dan berlegar menunding mencari penyelesaian yang tak kunjung tiba. Masing-masing cuba menutup pekung. Teringin aku nak mengintai beberapa permasalahan yang ada. Antarannya:

1. Di mana berlakunya kelewatan memasang peralatan disebabkan masalah kerana dokumen tender tidak menyebut dengan jelas skop kerja syarikat pembekal tender. Isu CCTV Tender juga terdapat masalah dan ditegur oleh MoF.

2. Dahulu terdapat Audit Committee untuk menyemak tender di KTPC, tetapi telah dihapuskan oleh Anuar Safar (rujuk disini). Syarikat terlibat AsianAutotec juga syarikat yang ada hubungan dengan Anuar Safar (syarikat kroni). Kontrak CNC Waterjet tu dipercayai mereka ini menggunakan syarikat Singapura Bystronic (equipment supplier) untuk sebarang urusan memasukkan wang ke poket mereka sendiri.

Perkara ni kena sabaq sat pasai nak korek maklumat ni susah sikit. Tambah pulak baru-baru ni 19 Januari 2011, Jabatan Audit Negara turun membuat siasatan ke atas KTPC. Kita dedah pelan-pelan.

Kedah Times telah menemui satu blog berkaitan Anuar Saffar. Sila lawat blog ini untuk maklumat lanjut mengenai personaliti ini di http://annuarmohdsaffar.blogspot.com/

Beliau kini menjadi orang kuat Presiden KTPC.





2 comments:

dks berkata...

PAS di KHTP yang telah berjaya merugikan kilang-kilang di KHTP sebanyak RM53 juta pada tahun 2009. Mengikut sumber dari SADA, surat tuntutan gantirugi telah dihantar kepada MB, tapi hingga sekarang tiada berita mengenai tuntutan tersebut. Ini tidak pernah berlaku sewaktu pemerintahan BN sepanjang pembangunan KHTP selama lebih 15 tahun.

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Terima kasih kerana saudara dapat membukti kebodohan pemimpin PAS Kedah. Bukan sahaja air dibekalkan kepada Kawasan Perindustrian Kulim Hitech saja bahkan Daerah Kota Setar juga menimpa nasib yang sama. Air yang dibekal berkelopok lumpur hitam. Bagi pengguna yang tak prihatin dan mengambil kisah mereka tak peduli. Tetapi hakikatnya adalah menjadi satu masalah kepada pengguna air basuhan dan dijadikan air minuman kerana ianya mendatang bahaya kepada kesihatan. Jangan asyik mengejarkan keuntungan dan kualiti air dibuat tak endah.

Sepatutnya tarif air Kedah perlu dikurangkan 50% kerana kualitinya terlalu teruk. Perkara ini terjadi kerana ketamakan dan kebodohan pemimpin yang terlalu sombong dan belagak pandai. Hakikat ini berlaku kerana ketamakan mengejar wang untuk menjadi orang tengah atau agen. Akhirnya barangan tersebut terus meningkat harganya. Bagi menimbangan faktor harga mereka terpaksa membekal barangan kurang kualiti dan akhirnya pengguna menanggung resiko dan yang menenguk keuntungan diair keruh ia broker2 yang ada syer dengan Pemimpin PAS Kedah. Harapkan kopiah puteh saja diatas kepala tetapi hatinya memang pekat dan busuk hijau.

Sebenarnya mereka ini tahu bahawa peluang mereka hanya sekali ini sahaja. Justeru itu mereka akan cuba bolok seberapa banyak yang boleh sehingga untuk cicit ciut mereka bersenang-lenang. tetapi ingatlah bahawa Allah itu Maha Mengetahui dan Ingat Bahawa Kamu semua akan mati dan akan dipersoalkan setiap amalan dan tingkahlaku kamu sebagai pemimpin PAS Kedah.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates