Rabu, 24 April 2013

Sembang-sembang di Kedah (Siri 1)

Lokasi: Kedai kopi di Shahab Perdana,  20 Mac 2010

Secara kebetulan bertemu member lama, Azman, dari Sik.

KT: Apa habag? Lama tak nampak? Pi mana?

Man: Sihat aih. Nak pi kendughi(kenduri) sat, lepas tu nak pi Jeghelun (Jerlun) sat. Ni dok tunggu oghang pompuan (isteri) pi beli baghang budak-budak sat.

KT: Tu dia, sibok la ni no?

Man: Sibuk sibuk pun nak kena balik awai, ayaq (air) takdak sapa nak pi tahan.

KT: Ayaq apa tu?

Man: Ayaq la, lori ayaq mai round hantag ayag. Sapa lambat terlepaih (terlepas) la.

KT: Ooo...la, ayaq tak dak sampai la ka?

Man: Ghasa-ghasa ada, tapi pressure tak sampai. Jenoh petang-petang pi bebaghih (berbaris) ambik ayaq, kala dak satgi, nak mandi, nak kencin beghak kalau takdak ayaq macamana?

Man: Pelik sungguh, ayaq kat pedu (air di empangan pedu) tak pernah tughun, ohgang penang dok guna ayaq kita, bayaq mughah (murah) pulak tu, tak putuih putuih, yang putuih ayaq, oghang kedah.

KT: Kan keghajaan (kerajaan) kedah habag kata kemaghau (kemarau)?

Man: Kemaghau apa? Depa ingat oghang kampung la ni bodo ka? Kot depa pikiag (fikir) dengan punkog anwar kot? Memang tiap2 taun kemaghau, ayaq kat pedu besa tughun rendah, tapi ayaq paip tak peghenah putuih pun! Oghang nak buat kendughi pun jenoh pi cari ayaq. Tu takpa lagi, tu masa oghang meninggai ghetu(haritu), sampai nak mandi jenazah pun problem.

Man: Ghetu masa nak election, depa kata kerajaan lama zalim la, jahat la, rasuah la, tak peduli kat ghakyat konon...ha...la ni depa dah jadi keghajaan, ayaq pun jadi masalah. Tak payah la nak cerita pasai pas hina Islam, benda asas pun tak boleh settle, yang tau nak pekena oghang, kemaghau konon!

KT: Gang exco ka, state punya oghang tak pi melawat ka?

Man: Mana depa berani mai? Dulu mai dah kena jeghekah sedaih (dijerkah se-das). Ada ka? Mai mai dok mengata pasai kerajaan dulu ayaq takdak, nak bagi selesai tu dak jugak. Kami pun habag kat depa, kami tak peduli pasai hangpa nak mengata sapa, kami nak ayaq ada balik, depa pun cabut, tak mai mai dah.

KT: Tak pa la, depa dok pebaik kot la ni?

Man: Pebaik ayaq tak tau la, tapi kalau habag balak, laju la depa ni.

KT: Balak?

Man: Balak. Takkan tak ingat kot? Kan masa pas kempen dulu, depa dok kata oghang umno dok ambik balak. La ni lepaih pas menang, tengok utan-utan belah naka pun dah nak botak dah. Kalau jalan belah sik dengan naka, bulih selisih lori balak saja saja.

KT: State punya kot?

Man: Haih! Kalau state punya, kedah kaya dah la, ni paip ayaq, pam ayaq semua tak bulih pebaik, punya banyak tempat takdak ayaq, jalan pun koi teghuk tak pebaik-pebaik sampai la, kaya tang mana? Duit balak masuk poket sapa tak tau la...?

Man: Hah, oghang pompuan mai dah. Tak pa la, nanti kalau jumpak lagi, kita sembang panjang. Mai la ghumah, pekena kopi o kampung ka?

KT: Insya'Allah, bawak bekbaik.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates