Khamis, 25 April 2013

SIDANG DUN KERAJAAN PAS : SATU KENANGAN

SOBRI SUDIN

1. Bila SYED SOBRI Bekas ADUN Kuala Nerang tegur karnival maki-maki pemimpin anjuran PAS Pokok Sena menyebabkan jalan dari Kuala Nerang menghala ke Langgar dan Hospital Sultanah Bahiyah menjadi sesak dan menggangu laluan ambulan dan menyusahkan orang ramai yang gunakan laluan tersebut untuk pelbagai tujuan, maka penjaga stor Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas berkelulusan SRP menjawab punca kesesakan bukan kerana karnival tetapi laluan menghubungkan Alor Setar ke Durian Burung belum siap sepenuhnya.

2. Bila dalam banyak artikel, rencana baik di akhbar mahupun dalam blog yang aku menumpang tulis seperti Kedah Times aku nyatakan attitude MB dan barisan EXCO Kedah yang suka makan gaji buta dan lebih banyak tidur dari bekerja, maka pecacai bergaji bulanan yang dibayar dari wang rakyat Kedah termasuk duit aku, SANUSI SETPOL menjawab dengan berkomentar berhubung soal peribadi aku yang dia sendiri pun tidak tahu. Lantas jawapannya tidak menjawab isu yang aku bangkitkan tetapi menyimpang dengan merawit dan mereben entah apa-apa dengan disalut pula fitnah dan pembohongan yang buatkan aku tertawa.. Apapun dosa dia pada aku akan ku tuntut di Mahsyar nanti...

3. Bila Mukhriz minta barisan EXCO PAS jelaskan dalam sidang DUN Kedah April nanti berhubung kenyataan bahawa manifesto KEDAH SEJAHTERA PADAN MUKA HANGPA sudah 80% sudah dilaksanakan, maka Azizan pula menjawab kita akan jawab dan tengok audit, tengok hasil balak kita berjaya kutip RM53 juta. 44 kali dah dia dok ulang benda yang sama.. Jangan bimbang Azizan Tok wan, Amirudin, Pahrolrozi, Ustaz Ghani dan Taulan Rasul serta spesis kaki auta yang diangkat oleh rakyat Kedah sebagai kerajaan, memang banyak soalan dari ADUN BN yang akan ditanya. Tapi berdasarkan pengalaman yang sudah-sudah, soalan lisan akhirnya diminta tangguh untuk dijawab secara bertulis dan soalan bertulis pula dijawab secara tulisan dalam hansard ibarat jawapan budak-budak darjah 6..

4. Pelbagai isu melibatkan dimensi sosial, ekonomi, dasar islamisasi, projek kuin, royalti balak, projek SULIHH, kejayaan melaksanakan manifesto dan banyak persoalan lagi sebenarnya sudahpun disoal dan ditanya oleh 14 ADUN BN dalam sesi sidang DUN yang lepas-lepas. Namun bila aku teliti dalam hansard,  cukup menyedihkan terutamanya jawapan barisan EXCO termasuk Azizan sendiri. Tidak ada seriousness, dan jawapan ibarat kata orang lama melepaskan batuk kemudian masuk bilik lena. The spirit to implement apa yang dijawab pula hampir tiada. There's no political will at all to gear up economic development and confront issues related to the Kedahan.

5. Justeru itu, sidang DUN Kedah sebenarnya hambar dan telah dimenyampahkan oleh penyokong PAS sendiri. Apatah lagi kerajaan PAS bukan berani nak buat sidang lebih pada sehari, sidang DUN IKUT KATA STANDARD SEPEKER sekadar untuk memenuhi jadual dan rutin sahaja.. Maknaya syarat dah bersidang dah buat.. Justeru bagi memenuhkan kerusi pemerhati pada kelazimannya kerajaan PAS akan membayar pada pengusaha bas untuk mengangkut kumpulan tertentu termasuk kolej pengajian Islam milik PAS untuk datang menjadi pemerhati..

6.Dan golongan ini pula bila masuk ke Dewan tidak tahu adab-adab dalam DUN. Termasuk etika pakaian, kalau boleh puak ni dia nak buat style gedehoq jugak, pakai kain pelekat dengan baju pagoda dan kopiah putih, bila bentara (penjaga Dewan ) tak bagi masuk depa dengan selamba boleh kata, 'USTAZ AZIZAN dengan SPEAKER DAN TIMBALAN SPEAKER suruh kami mai dan masuk'. Kalau macam tu sidang DUN Kedah elok dibuat di kedai kopi hijau pekan langgar lah, atau kedai kopi depan masjid pantai Johor, port puak PAS dok main dam dan tikam ekoq, senang, hangpa pakat boleh bawak mai rokok daun, celapa tembakau lepas tu tanya soalan, boleh dengaq jawapan standard ustaz hangpa dan cerdik pandai ir  HANGPA dengan jawapan standard , 'TAK TAU' dan nanti 'KITA SIASAAT DULU'. Tapi tak apalah sebab lepas PRU13, sidang DUN InsyaAllah akan berubah.

7.Kendatipun, berdasarkan penyaksian yang aku sendiri sering lalui dengan menghadiri sidang dewan, persidangan cukup lesu, tidak boleh menukilkan apa jua rumusan yang jelas dan hasil yang pasti dilaksanakan.. Sebab itu ramai yang apabila berada dalam Dewan akhirnya akan mengambil keputusan melepak di kafe WISMA.. Penyakit ini juga sudah berjangkit kepada barisan pegawai KCS.. Mereka tidak sampai hati melihat the art of spinning jawapan basi yang mual lagi memalukan diberikan oleh golongan bertaraf EXCO.. Puncanya mungkin panel yang menyediakan jawapan untuk MB dan barisan EXCO terdiri dari kalangan yang serba tak tahu tentang sosio ekonomi, budaya, pembangunan, perancangan, plan tindakan dan pelbagai sudut dimensi yang lain melibatkan negeri KEDAH..

8.Sebabnya mungkin (telahan aku saja) panel itu bukannya terdiri dari barisan pegawai KCS yang cukup komited selama ini, namun jawapan ini mungkin aku rasa direka dan disediakan oleh kalangan bertaraf MKK di kampung dengan diketuai panelnya oleh SANUSI SETPOL. Tuan.. Dan TUAN SANUSI SETPOL kita yang ada darah pahlawan ini jugalah yang secara pakej merangka soalan bagi ADUN-ADUN PAS, dia takut satgi kalau soalan dari ADUN puak dia sendiri tanya yang pelik-pelik. Nanti bos dia naik angin tercabut pulak gigi palsu, pakai tak boleh elaun lebih la dia bulan tu.. Takpa tuan, ana faham, ente kena jaga bos, nanti miss syoru.. habis tinggal tumpuk-tumpuk taik unta, instalment kereta bini TOYOTA ESTIMA tergendala pulak.. JANGAN MARAH.. AA.. Marah nanti kena jual..!!!!

9. Hakikatnya tanyalah soalan apa pun pada kerajaan PAS Kedah.. jawapan standard mereka hanya satu.. 'TAK TAU', TUNGGU KITA MESYUARAT DULU' dan 'TUNGGU PENJELASAN AKAN KITA BERIKAN'. KITA AKAN.. AKAN.. AKAN. AKAN AMBIL  TINDAKAN.... Mampus.. mahfus.. PUNGGAH.. PUNAH..

1 comments:

Susah hati berkata...

Mesyuarat DUN Kedah Kerajaan PAS aku rasa samalah dengan mesayuarat UMNO cawanagan hari ini.Kosong je.Notis meayuarat elek.Laporan elek.Penyata kewangan elek.Laporan aktiviti elek. 2x5 je.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates