Selasa, 9 April 2013

Soalan Untuk Kerajaan PAS/PR KEDAH

Yang jelas memang begitu yang terjadi. Berlaku perlantikan kroni dan buang yang bukan kroni PAS/PR. Memang begitulah yang di lakukan oleh Kerajaan PR/PAS semenjak memerintah Kedah mulai Mach 2008.

Orang-orang yang pertama sekali dibuang oleh Ustaz Azizan, ialah semua Pengarah-pengarah syarikat SLC Negeri Kedah termasuk CEO-CEO nya. Diantara yang pertama sekali dibuang ialah Pengarah dalam Amanah Saham Kedah. Dan baru-baru ini CEOnya pulak dibuang, sedangkan CEO ASK ini bukan orang kuat mana-mana parti dalam komponen BN. Yang tidak terlibat dalam proses pembuangan yang di lakukan oleh PAS/PR ini hanya CEO PKNK. Beliau terus memegang jawatan, kerana beliau adalah Pegawai Kerajaan.

Pembuangan orang-orang tersebut tiada sebarang alasan, hanya kerana mereka bukan kroni PAS/PR. Yang kroni tidak di buang, diantara mereka ialah bekas-bekas KCS. Jika alasan kerana Pengarah-Pengarah dan CEO-CEO SLC ini tiada peningkatan kerja atau tidak memberi keuntungan kapada SLC, sekarang pun setelah CEO kroni PAS/PR di lantik menjadi CEO baru pun tiada juga SLC yang benar-benar mendapat keuntungan. Jika ada, kita cabar Kerajaan PAS/PR, sila tunjuk salah satu daripada GLC yang untung lebih daripada zaman BN menjadi Kerajaan.

Malah, peforman syarikat-syarikat SLC Kedah sekarang semakin menurun. Sebagai contoh BDB, ASK, PKB, Yayasan Islam dan PKNK sendiri. Apa tah lagi KTPC, apabila Dato' Hj Shukri dibuang dan diganti dengan cucu saudara Ustaz Azizan keadaan SLC ini menjadi semakin kritikal,sehinggakan banyak pelabur-pelabur asing yang akan menutup kilang masing-masing dan keadaan akan menyebab beribu-ribu pekerja di KHTP akan hilang pekerjaan mereka. Kenapa sampai terjadi begini? Jawab.

Lagi, Ladang PKNK Bukit Perak, keadaan menjadi lebih pelik. Mengapa pengurusan ladang ini membawa beratus-ratus PATI bekerja secara haram di situ? Sehingga terpaksa diambil tindakan oleh pihak Polis? Jawab.

Semua kelemahan, keburukan yang berlaku dalam SLC Kedah sejak akhir-akhir ini kesemuanya kerana Pengurusan baru, kerana CEO kroni PAS/PR.

Dahulu, dalam Dewan Undangan Negeri YB Amiruddin ADUN Anak Bukit pernah menegur Kerajaan BN kerana melantik CEO yang kurang bijak mengurus SLC, kononnya ini menyebabkan SLC tidak maju. Sekarang adakah dengan CEO baru kroni PAS/PR, SLC Kedah telah benar-benar maju? Adakah YB Dato Amiruddin yang juga Exco Kerajaan Kedah sekarang telah menegur CEO-CEO yang baru di lantik ini?. Jawab.

Jadi pembangkang senang, tapi bila jadi Kerajaan, PAS/PR 'baru tahu langit tinggi rendah'. Kerja meningkatkan SLC tak setara mana, mereka pelingkup lagi ada. Duit SLC dibawa melabur ke Papua New Gunea, hilang begitu saja, tiada pemimpin PAS/PR pun yang tampil memberi jawapan. Macam ini kah pemimpin parti Islam?. Bila jadi Kerajaan, mereka lebih penyangak daripada penyangak.

Sekarang pulak, pengambilan pekerja dalam SLC hanya mengambil kroni-kroni PAS/PR saja. Yang tak cukup kelulusan, asalkan orang mereka, kroni mereka, di ambil bekerja.

Sikap ini sama saperti 'BELANDA DAPAT HAGHTA MEGHEDAK OGHANG KATA HAGHTA MEGHEDAK DIA'.

Itulah dia Kerajaan PR/PAS yang memerintah Kedah sekarang dengan hanya majoriti beberapa ADUN.

Artikel ini adalah sumbangan pelawat yang memberi komen. Sedikit pembetulan ejaan dilakukan. Kandungan adalah tanggungjawab pemberi komen "Tak Bernama"

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates