Khamis, 25 April 2013

SULIHH - realiti atau fantasi?

Wow! MB Kedah Al Ustaz Azizan berkata sebuah projek MEGA bernilai RM 35 Bilion yang dinamakan SULIHH atau Sungai Limau Hydro Carbon Hub dalam Daerah Yan akan bermula pada hujung tahun ini, apabila siap kelak ianya akan memberi peluang pekerjaan kepada 30,000 orang dan akan mengutip cukai berjumlah RM 400 JUTA.

Bunyinya cukup hebat, Daerah Yan akan menjadi sebuah Daerah yang paling canggih dan terkaya sekali didalam Negeri Kedah. Daerah Kuala Muda yang telah lama maju dengan berbagai bagai jenis kilang, kecil, sederhana dan besar akan tengelam begitu saja apabila projek raksaksa ini mula beroperasi.
Tiba tiba hari ini 6 April 2010 ,Dato Mukhriz Tun Mahathir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata beliau ragu-ragu samada projek ini akan dapat dilaksanakan. Laporan lengakap berita ini terdapat didalam berita Bernama dan Malaysian Insider.

Kenapa projek ini tidak mampu dilaksanakan ?

Ada maklukmat mengatakan Jabatan Alm Sekitar tidak meluluskan laporan EIA yang tidak lengkap dan telah dipulang semula kepada Kerajaan Negeri Kedah. Kedua pelabur terbesar dari Hong Kong dan Korea telah menarik diri, nama syarikat ini ialah Hong Kong Beiging Star Limited, Winson Investment Ltd dan South Korea's SK Engineering and Construction. Pelabur yang tinggal ialah syarikat ikan bilis tempatan iaitu Merapoh Resources Corporation Sdn Bhd dan Hijaz Refinery Sdn Bhd. Dimana wang sebanyak RM 35 bilion akan dicari, mungkin dari Pak Man Telo ?

Mengikut Dato Mukhriz, MITI tidak tahu apa apa berkenaan dengan projek ini dan Projek ini tidak termasuk didalam senarai MITI,kalau projek yang begini besar tiada didalam senarai MITI. Macammana projek ini nak' take off'.

Laporan dari penduduk kampung Sungai Limau setakat hari ini tiada sebarang kerja kerja dilakukan oleh mana mana syarikat didalam kawasan tersebut. MB Kedah dalam keadaan mamai atau sedang bermimpi ?

1 Melayu

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Pasal SULIHH ni, kita suka naka tanya Dato Fuad Ali, apa jadi SULIHH ni. Namanya buakn main lagi, Sungai Limau Hydro Carbon (SULIHH).

Entah ka Dato Fuad Ali sua mu DO Kubang Pasu yang kontrovasi dengan Ahli MDKP tu pun depa tghajang dah. Sebab Dato Fuad ni, oghang kuat Dato Det dulu.

Macamana niiii...? mola2 Ustaz Azizan buat kenyataan masa tandatangan Agrimen dengan pelabur2 cabok yang kaki pembohong semua niiihhh... macam nak jadi sangat dah. Lepas tuuuuu... puak ni tuang, mana nak letak mukaaaa.... rakyat dah tahu dan mengharap, tiba2 dengan pembohongan Ustaz Azizan YANG BODOH, rakyat jadi tenganga macam tu jeerrrr...

Ustaz Azizan, awat hang pembohong niiii..., kat hang ulamak. Jadi pemimpin parti Islam(PAS) PULAAAAAK..... La ni hang tunjuklah mana SULIHH ni.

Dato Fuad, awat diam jeerrrr.... dah kena teghajang dah koooottt... La ni buat keghja KCS lagi bagus lah.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates