Khamis, 25 April 2013

SULIHH SUDAH LINGKUP

Drama projek SULIHH di Yan, yang kerajaan PAS duk canang sejak 2008, tapi tak pernah direalisasikan pun, sudah sampai ke penghujungnya.

Mungkin projek itu, yang menjadi idaman sangat di hati ustaz Azizan untuk menjadi kemegahan beliau, telah lingkup begitu sahaja kerana pelabur yang menjanjikan seribu bintang masih belum buat apa-apa.

Kempunanlah Azizan untuk bawa projek tu dalam kawasan dia supaya nanti dia boleh gebang kedai kopi kata itulah satu-satunya projek yang aku buat masa jadi Menteri Besar sepenggal.

Dalam satu persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Exco Amidruddin, yang berstatus engineer tu, memberi kenyataan bahawa sekiranya pelabur gagal melaksanakan sebarang projek fizikal di tapak berkenaan sehingga hujung tahun 2011, maka kelulusan kepada pelabur berkenaan akan ditarik balik.

Kata Amiruddin lagi, syarikat tunggal dari China dalam projek SULIHH itu duk main tarik tali tentang komitmen pelaburan mereka kerana kos pelaburan yang tinggi.

“Sekiranya kelulusan pelaburan yang sedia ada di tarik balik, kerajaan negeri mengalu-alukan mana syarikat yang berminat meneruskan pelaburan di SULIHH itu,” kata engineer yang maha bijaksana itu masa menjawab soalan ADUN Bakar Bata Dato Ahmad Bashah.

2011 telah berlalu dan PRU13 bakal menjelma pada 5 may nanti..

Jadi ending drama itu PROJEK ITU GAGAL. TIDAK ADA LAGI PELABUR BARU YANG AKAN DATANG.

PROJEK ITU HANYA TINGGAL KENANGAN.

Bukankah selama ini orang berkata kerajaan negeri tidak mampu melaksanakan projek skala besar macam tu, ditambah lagi dengan pelabur yang entah betul atau tidak ada duit nak buat pelaburan berbilion ringgit itu.

Jadi cerita ketidak upayaan kerajaan negeri buat projek itu bukanlah lagi fitnah tapi bakal menjadi kenyataan.

Masa BN dulu dah ada pelabur komited nak buat, tapi Azizan ego dan nak buat “my way’ sekarang waynya adalah projek lingkup dan kerajaan negeri juga bakal lingkup.

3 comments:

Megat Alam Gempita berkata...

Lepas ni golongan pak lebai kepiah putih berjanggut dan mak jubah mulut capui taliban PAS akan kata semua salah UMNO/BN. Itulah PAS gila kuasa tapi banggang memerintah. take bir!!

Tanpa Nama berkata...

kalau sykt china tu pandai,pi la pacak bakau buang dua tiga batang,simen sekampit,batu & pasiaq selori menandakan kerja-kerja preliminary telah bermula...heeee...

muhammad berkata...

negeri berkebajikan kena kat dia....
p/s= ampa tau mana?(dgn penuh amarah)

hahahah3

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates