Khamis, 25 April 2013

SULIHH yang sudah tenggelam selepas 5 Tahun

Dalam beberapa posting yang lalui, kedahtimes memaparkan maklumat berkaitan Sulihh atau Zipy (Zon Industri Petroliam Yan). Ianya menyentuh jumlah pelaburan serta pertukaran dari membina zon tersebut di daratan kepada atas tambakan laut. Begitu juga dengan jumlah pelaburan yang meningkat. Baca disini  dan disini

Pelabur asal ialah Merapoh Corp, SKS Venture, Pristine Oil, dan Trans-Peninsula. Dan terbaru ialah Hijjaz Refinery.

Maka benarlah SKS venture sudah tidak lagi melabur di Yan disamping Pristine Oil yang menangguhkan cadangan mereka.

Jadi siapa lagi yang tinggal? Merapoh dan Trans-Peninsula sahaja. Dan kini Hijjaz Refinery. Tetapi benarkah jumlah pelaburan Merapoh dan Trans-peninsula serta Hijjaz sudah mencapai jumlah yang disebutkan oleh pembesar-pembesar negeri.

Jika dibaca berita dari Exco Pelaburan dibawah, maka salah satu pelaburan terbesar sudah tiada lagi di Yan tetapi berubah ke Jerlun dan Bukit Kayu Hitam.

Amat berlawanan dengan pengumuman-pengumuman yang dikeluarkan oleh Pembesar negeri.

Nampaknya betul lah apa yang dikatakan dalam artikel ini

6 April 2010 : Alasan beliau ialah laporan EIA terbaru yang dikemukakan pelabur sekali lagi ditolak JAS selain satu dari tiga pelabur asing -- Hong Kong Beijing Star Ltd., Winson Investment Ltd. dan SK Engineering and Construction Ltd. dari Korea, menarik diri.

Dua syarikat tempatan yang menjadi tunjang projek tersebut ialah Merapoh Resources Corporation Sdn Bhd dan Hijjaz Refinery Sdn Bhd, dikatakan menjana modal pelaburan luar untuk melaksanakannya.

Ini bermaksud yang Trans-Peninsula sudah tiada dalam senarai pelabur.

Exco jelaskan isu depoh minyak di Kerpan

ALOR STAR, 12 Januari - Cadangan pembinaan terminal penyimpanan minyak di Kerpan oleh sebuah syarikat swasta sudah mengambil kira kepentingan semua pihak dan sekali-kali tidak akan mengianayai penduduk tempatan, khususnya penternak udang di sekitar kawasan tersebut.


Demikian jaminan yang diberikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB. Ir Amiruddin Hamzah sebagai mengulas kebimbangan yang ditimbulkan beberapa pihak berhubung isu tersebut.

Menurut beliau, Syed Mokhtar Al-Bukhary telah membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan tanah sawah seluas 300 relong di sekitar Jerlun bagi dijadikan tapak terminal penyimpanan minyak oleh syarikatnya SKS Ventures. Minyak itu akan disalurkan ke Kota Perdana, Bukit Kayu Hitam untuk didagangkan ke Phuket, Thailand.



“Kerajaan negeri yang tegas dalam mempertahankan tanah untuk sumber bekalan beras menolak permohonan tersebut, sebaliknya mencadangkan supaya terminal itu diadakan di laut,” jelas Amiruddin.

Cadangan balas dari SKS ialah mereka mahu mengambil-alih projek ternakan udang Kerpan di mana pemegang saham terbesarnya ialah Khazanah Nasional. 

Kerajaan negeri, katanya, bersetuju berhubung cadangan tersebut memandangkan setelah sekian lama projek udang itu berjalan tetapi hasilnya tidak sepadan dengan pelaburan yang dibuat.

“Selepas berbincang dengan Kementerian Kewangan, pada dasarnya mereka bersetuju namun timbul sedikit masalah apabila anak syarikat Khazanah Holding iaitu Blue Achipelago yang mengendalikan projek ternakan udang itu membantah cadangan tersebut,” ujar beliau.

Tambahnya, mungkin ada pihak yang cuba mengambil kesempatan ‘menangguk di air keruh’ telah mengelirukan keadaan. Antaranya pihak tersebut mendakwa kononnya ramai yang akan hilang pekerjaan.

“Saya ingin menjelaskan bahawa jika berlaku pengambilalihan projek ternak udang oleh SKS, sudah pasti kerajaan negeri akan mensyaratkan supaya pekerja sedia ada tidak dianiayai,” tegasnya.

Berhubung dakwaan bahawa terminal minyak akan mengakibatkan pencemaran dan menjejaskan pengusaha kolam udang di sekitar itu, Amiruddin menganggap dakwaan itu tidak berasas.

“Kita mempunyai kriteria yang ketat bagi mempastikan semuanya terkawal. Syarat kelulusan dan pemantauan datang dari banyak pihak, ia tidak dibuat dengan sewenang-wenangnya.

“Lagipun terminal minyak itu adalah depoh penyimpanan semata-mata, tidak ada apa-apa proses pengilangan, pemprosesan mahupun pembakaran yang berlaku. Minyak dipam dari dari kapal ke terminal dan dari situ dipam pula untuk dibawa ke Bukit Kayu Hitam,” jelas

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates