Jumaat, 12 April 2013

SYARIKAT AIR DARUL AMAN SDN BHD.

Ini jawapan Pak Dee Jantan terhadap artikel yang disiarkan dalam Kedah Times. Walaupun artikel itu bukan Kedah Times sendiri yang menulisnya, tapi Kedah Times berpendapat yang Kedah Times perlu menjawabnya. Sebelum itu, Kedah Times siarkan beberapa maksud yang boleh digunapakai sebagai pengkorporatan dan penswastaan. Walaubagaimanapun Kedah Times sedar penggunaan swasta adalah kurang tepat.

Tetapi mengatakan bahawa keseluruhan artikel adalah maki hamun, menghina dan memperlekehkan pihak Kerajaan PAS adalah tidak tepat sama sekali. Hanya tajuk saja yang berjodol Kepala Hotak tidak semestinya membawa maksud maki hamun tetapi sebagi untuk menyedarkan atau menarik perhatian pembaca supaya mengkaji penulisan tersebut.

Kedah Times ingin memperbetulkan ayat Pak Dee  - (semoga Allah AWT memberi taufik hidayah kepada mereka untuk meninggalkan kerja terkutuk itu).  Allah AWT tu sepatutnya Allah SWT.  Mungkin Pak Dee menulis dalam keadaan tertekan atau kemarahan. Isytifar banyak-banyak Pak Dee.

Lagi satu Kedah Times nak jawab juga walaupun skop komen atau jawapan Pak Dee jauh lari dari isu sebenar .... Kedah Sejahtera dan Business Process Outsourcing.

Maka dengarlah penjelasannya baik-baik (tanpa sebarang maki hamun dan penghinaan terhadap pihak penuduh):

Kedah Times nak komen juga tentang ayat di atas. Ayat di atas membawa maksud yang semua penulisan Pak Dee selama ini adalah dalam bentuk maki hamun dan penghinaan. Betul tak?

1) SADA tidak diswastakan tetapi dikorporatkan dari sebuah jabatan kerajaan (Jabatan Bekalan Air Kedah - JBAK). Tanggungjawab sosial bagi sebuah badan korporat adalah jauh lebih tinggi dari syarikat swasta yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Untuk dapat lebih kefahaman elok KT study perbezaan antara pengkorporatan dan pengswastaan.

Jika kita ikut maksud (1), maka  kedua-dua boleh digunapakai untuk SADA.
Untuk maksud ke 2 dan 3, maka SADA adalah dikorporatkan, bukan diswastakan. Tetapi konsepnya adalah sama. Korporat kerana ianya masih dimiliki Kerajaan, swasta kerana ianya dimiliki oleh pihak bukan kerajaan samada individu atau sekumpulan pakar-pakar yang membentuk satu syarikat.

Maka dalam hal ini Syarikat Air Darulaman Sdn Bhd adalah sebuah syarikat diserahkan bagi menguruskan/menjalankan operasi pengurusan/pentadbiran air di Kedah yang mana dimiliki oleh Kerajaan Negeri. Namun cara pengurusan/pentadbiran adalah sama dengan syarikat swasta yang lain. Caranya ialah menguruskan Sendirian Berhad atau Berhad. Cuma pemilikan saham saja yang berlainan.

Jika kita lihat dari segi accounting pun, kerajaan negeri tidak boleh mencampur-adukkan pendapatan atau perbelanjaan SADA dengan pendapatan/perbelanjaan Kerajaan Negeri. 

Semua Sendirian Bhd atau Berhad berorientasikan keuntungan. Itu adalah value sebenar sesebuah syarikat. Tidak terkecuali Syarikat air Darul Aman Sdn Bhd.

CSR atau tanggungjawab sosial adalah bergantung kepada sesebuah syarikat. Jika SADA terasa sangat ia mempunyai tanggungjawab sosial yang besar, maka langkah pertama ialah JANGAN NAIKKAN HARGA AIR. Ini bertentangan dengan jawapan Pak Dee diatas. 

2) Kerajaan negeri bukan 'pemegang saham' SADA tetapi SADA adalah milik kerajaan negeri ataupun milik rakyat Kedah 100 peratus. SADA tidak pernah membuka saham untuk dijual kepada sesiapa.

Untuk pengetahuan Pak Dee, apabila tertubuhnya Sendirian Berhad atau Berhad, ROC akan bagi nombor pendaftaran syarikat. Semasa pendaftaran dilakukan, Setiausaha syarikat perlu mengisi maklumat peribadi pengarah dan pemegang saham didalam borang pendaftaran syarikat baru dengan lengkap dan tepat. Jadi Pak Dee kata tiada pemegang saham kerana SADA tidak mengeluarkan atau menjual sahamnya adalah salah sama sekali. Untuk pengetahuan Pak Dee, saham SADA dimiliki 100% oleh Kerajaan negeri, mungkin dibawah MB Incorporated. Lagi satu nak beritahu Pak Dee bahawa semua syarikat Sdn Bhd yang ditubuhkan, perlu ada pembentukan saham didalamnya, walaupun satu unit saham!

Apabila pemilik syarikat merasakan ianya memerlukan kecairan atau tunai, ia boeh menjual sebahagian dari sahamnya dengan cara mengapungkan di BSKL atau menjual secara terus kepada pihak yang berminat. Kita percaya satu hari nanti kerajaan negeri mungkin memerlukan tunai, maka mungkin saham SADA bakal ditawarkan kepada yang berminat dengan harga yang sesuai. 

Jika tiada saham dalam syarikat macamana nak buka peluang kepada rakyat untuk terlibat dalam SADA? Serta jika kerajaan negeri membuat keputusan untuk dapatkan tunai melalui SADA, nak jual apa? Itu saja yang kerajaan negeri ada. Paip, air serta asset lain bukannya milik Kerajaan Negeri!

3) Menaikkan tarif air bukan keputusan yang dibuat oleh SADA tetapi keputusan Kerajaan Pusat (BN) setelah SADA tertakluk di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang diikat di bawah Akta Parlimen. SADA terpaksa menjelaskan hutang urusan air kepada Pusat setelah menjadi 'hamba hutang' akibat hutang yang dibuat oleh BN dulu iaitu sebanyak RM1.83 billion. Dengan menaikkan tarif air 2 sen untuk 1 tong dram tu, SADA hanya dapat mengurangkan anggaran kerugian bukan mencatatkan keuntungan lagi.. walaupun rugi yang penting SADA dapat menunaikan tanggungjawab sosial terhadap rakyat. Kebanyakan hutang dibuat kerana kerajaan negeri BN dulu menolak pemberian geran pusat (urusan air) di mana negeri tak payah bayar balik, sebaliknya mahu pemberian distatuskan sebagai pinjaman (kena bayar balik). Sebabnya, jika pinjaman Negeri boleh tentukan sendiri kontraktor... boleh pilih kroni depa...? (wallahuaklam).

Jawapan ini membuatkan Kedah Times gelak keras perut. Meh sini Kedah Times nak explain secara terperinci. Kerajaan Pusat (BN) tidak akan memberi kebenaran untuk kenaikan tarif air jika tiada permohonan. Jadi siapa pemohon disini Pak Dee? Adakah BN atau kerajaan Negeri bawah pemeritahan PAS? Jika kelulusan diberi pun oleh kerajaan Persekutuan, adalah menjadi pilihan Kerajaan PAS Kedah melalui SADA membuat keputusan samada menaikkan tarif tersebut atau tidak. Tetapi Kerajaan PAS Kedah memilih untuk menaikkan tarif.

Kerajaan Persekutuan (SPAN) memberi kelulusan ke atas tarif sahaja.

Sapa sebenarnya yang buat keputusan? Kalau benarlah kerajaan pusat yang menaikkan tarif, kenapa negeri yang mengumumkan? Jika ini adalah mileage politik untuk PAS Kedah, biar kerajaan Pusat saja umumkan kenaikan!

Lagi satu, kenaikan yang diputuskan oleh kerajaan negeri amat bertentangan dengan statement Pak Dee di atas. Tanggungjawab Sosial yang tinggi tetapi tarif air yang dinaikkan pada awal penubuhan SADA. 

Kini baru kerajaan negeri faham yang bila jadi Sdn Bhd, keuntungan adalah perkara pertama yang perlu dilihat. Kalau Pak Dee pi tanya CEO SADA, sudah tentu dia kata kita perlu untung dalam bisness. 

Dalam Syarikat, ada CAPEX dan OPEX. Semua ini adalah berkaitan dengan duit. Tak payah lah JBAK di SADAkan jika keuntungan bukan keutamaan! Kenapa Dato Adzmi Din awal-awal lagi sudah umumkan yang SADA akan untung RM16 Juta pada 2011?

Menuduh SPAN sebagai suruhanjaya yang mengawal SADA adalah tidak tepat. Kerajaan Negeri melalui SADA perlu membuat permohonan kenaikan tarif air dengan memberi justifikasi yang SPAN rasakan baik untuk memberi kebenaran kenaikan tarif. Pak Dee, memberi kebenaran atau kelulusan kenaikan tarif bukan bermaksud menaikkan tarif air! Keputusan menaikkan tarif air adalah keputusan Kerajaan negeri.

Pak Dee kata JBAK ada berhutang sebanyak 1.83 bilion, ini soalannya. Apakah JBAK jabatan yang membuat keuntungan atau hanya khidmat sosial kepada rakyat? 


Ini pula kriteria serba sedikit bagaimana geran boleh dikeluarkan oleh Persekutuan. Kedah Times kena cerita juga walaupun tiada disentuh dalam artikel asal tetapi Pak Dee ada sebut pasal isu ini.

Geran Persekutuan di Malaysia diagihkan berdasarkan kepada garispanduan di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

1. Di dalam Perkara 9 Perlembagaan ini, butiran terperinci mengenai pengagihan kuasa dan tanggungjawab di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, boleh didapati.

2. Perkara 10 Perlembagaan ini pula menjelaskan tentang pengagihan hasil. Mengikut Perkara 10 ini, cukai pendapatan, hartanah, hakmilik terhadap cukai perolehan modal, cukai perdagangan antarabangsa dan juga cukai pengeluaran dan penggunaan, semuanya disalurkan kepada kerajaan persekutuan.

3. Kerajaan negeri dibenarkan untuk mengutip hasil cukai dari sumber semulajadi contohnya dari tanah, hutan dan lombong (Kecuali hasil petroleum, dibawah Akta Pembangunan Petroleum, 1974).

4. Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga menerangkan bahawa kerajaan persekutuan dipertanggungjawabkan untuk memberi 2 geran utama kepada kerajaan negeri, iaitu geran permodalan (capitation grant) dan geran jalan negeri (state road grant).

Geran permodalan diberikan berdasarkan saiz populasi sesebuah negeri manakala geran jalan negeri pula diberikan berdasarkan saiz geografi sesebuah negeri.

5. Selain daripada 2 geran yang disebutkan ini, kerajaan negeri juga berhak kepada lebih kurang 10 jenis cukai perkongsian bersama dan levi.

Jadi Geran bukannya sewenang-wenang boleh diminta. Permohonan geran PKNK untuk KHTP  pun sudah terlalu banyak. Itu belum kira yang lain lagi. 

Jadi tak perlu lah Pak Dee nak hebohkan pasal 1.83 bilion kerana ianya diantara anak dan bapa saja. Bukannya berkaitan dengan Bank atau institusi pemberi pinjaman!

Lagi satu, Kedah Times nak sarankan kepada kerajaan PAS Kedah sokongan Pak Dee supaya mulai dari hari ini jangan pohon pinjaman dari persekutuan, pohon geran. Geran jalanraya, geran bina longkang, geran bayar gaji dan bonus, geran pembinaan infra KHTP, dan pelbagai geran lagi.

Tetapi kalau semuanya adalah geran, PAS tak perlu perintah Kedah lagi sebab Kedah Times pun boleh jadi MB. Tak payah cari duit, minta duit poket bapa saja. hahah

Lagi satu, yang ini saja nak bagi Pak dee tahu saja. Kerana komen pak dee lari jauh dari isu asal yang ditulis dalam Kedah Times ... heheh

4) Kontraktor pembaca meter iaitu BPO Innovation bukan baru dilantik di bawah SADA, ia adalah kontraktor yang dilantik sewaktu JBAK, di zaman BN dulu.. hok tuu lah tak tukaq pon. Macam Exco PR Kedah yang tak buang PA... bekas PA Exco BN dulu, sebab tak mau depa hilang mata pencarian. Pak Dee pun tak siasat BPO-I tu sapa punya, yang pasti dia bukan syarikat kroni PAS kerana adalah mustahil kroni PAS boleh dapat kontrak waktu BN jadi kerajaan. (Tapi ingat.. kroni BN boleh dapat projek kerajaan negeri sekarang.)

Seperti biasa inilah standard jawapan penyokong PAS. Semuanya dari zaman BN dulu. Soalan kenapa terimapakai? Kenapa tak cari yang lebih baik dimata kerajaan negeri PAS? Bukankah SADA mempunyai tanggungjawab sosial kepada rakyat! Kedah Sejahtera!

Nak tanya Pak Dee, kenapa caj baca meter RM1.20 diterimapakai oleh kerajaan negeri padahal moto utama kerajaan ialah Kedah Sejahtera. Dan jangan lupa cuba check bila outsourcing agremeent dibuat.

Inilah jawapannya apabila disentuh sikit saja. Kerana tujuan utama artikel nak test Pak Dee dan Kerajaan Negeri yang kenapa tarif air meningkat dengan mendadak sedangkan operasi melalui buisness processing outsource ini sepatutnya menambah revenue SADA dengan kecekapan dalam ketepatan membaca meter. Masa JBAK dulu, untung rugi tidak kira sebab jabatan.

5) Bacaan meter dibuat berdasarkan anggaran? Ini adalah fitnah semata-mata. SADA tak bodoh untuk untuk membenarkan perbuatan tidak professional itu dilakukan. Semua pembaca meter yang dengar tuduhan ini 'tepuk dahi'... kreatif sungguh KT mereka-reka cerita. Mudah saja nak buktikan.. waktu pembaca meter mai ke rumah, check tengok bacaan tercatat dalam bil dengan bacaan sebenar pada meter. Jika tak sama laporkan perbuatan curang pembaca meter itu dekat SADA, buat bukti video pun boleh sebab ni bukan kes hudud. Tapi kalau KT tak dapat buktikan, jangan buat fitnah dan tuduh BPO/SADA buat 'kerja gila'. Fitnah satu dosa, maki orang tambah lagi satu dosa...

Hahah Pak Dee kena tengok sendiri bil. Ada bil yang negatif. Apa maksud tu? hahah pelanggan terlebih bayar la. Kenapa? Pak Dee tak percaya ka ada anggaran dalam pembacaan meter? Bayangkan jika ada anjing cenge mcm MB Azizan di rumah pelanggan, boleh tak pembaca meter membaca secara tepat? Bayangkan jika pintu pagar dikunci dan meter berada dalam pagar. Boleh baca tepat ka Pak Dee?

Mungkin Pak Dee kena pi tanya SADA atau Meter reading company tu, adakah atau pernahkah anggaran pembacaan ini berlaku? hahah bayangkan pembaca meter membuat bacaan pada waktu kerja sebelah pagi. Dah la pagar berkunci, tiada siapa pulak dirumah. Yang ada mungkin anjing cenge ...

6) Kontraktor kroni PAS di SADA? Pak Dee nak minta secara elok (bukan nak cabar) KT senaraikan kroni PAS yang dapat projek SADA, bidang apa? Kemudian senaraikan juga semua projek-projek SADA, sapa kontraktornya? Buat permulaan Pak Dee nak bantu KT senaraikan kontraktor besar projek SADA/JBAK:

a) Haji Husin Pronas (ahli UMNO) dapat projek bina loji air Jeniang RM100 juta
b) Dato' Yusof Usima (Naib Ketua UMNO Bhg Alor Setar) bina loji air Pinang Tunggal RM100 juta
c) Dato' Seri Mahdzir Khalid Syarikat Air Kedah bina loji Padang Sanai RM155 juta

Semoga jawapan ini dapat menjelaskan segala kekaburan dan semoga KT diberi taufek dan hidayah oleh Allah SWT untuk menghentikan perbuatan memfitnah atau memanjangkan fitnah yang mungkin dilakukan secara tidak sengaja itu. Wallahu'aklam.

Yang ini Pak Dee dah lari jauh sangat dari tajuk, yang artikel dok sebut ialah pasal BPO Innovation, syarikat yang membuat business Process Outsourcing. Pak Dee faham ka apa BPO tu? Dalam kes ini BPO Innovation buat kerja baca meter. Mungkin ada lagi BPO yang SADA oustource. Itu Pak Dee kena pi tanya sendiri. heheh 

Syarikat di atas dipilih (jika benar) sudah tentu mereka ada keupayaan. Ada komitee pemilihan yang disertai oleh jurutera-jurutera JKR dan sebagainya. Kerajaan hanya menerima recommendation dari komitee ini. So apa salah kalau mereka dapat kerana mereka ada merit dan dipersetujui komitee pemilihan?

Untuk Pak Dee dan Kerajaan Negeri Kedah, Kedah Times nak sarankan yang fokuslah kepada apa yang PAS perjuangkan selama ini ... hudud, negara Islam dan pelbagai lagi janji yang selalu disebut atas pentas. Jika ini dapat PAS laksanakan seperti yang dijanjikan di pentas ceramah, Kedah Times dan kawan-kawan tidak pertikai sangat perkara dunia spt SADA ini. Sistem muamalat pun PAS masih meraba-raba. haha

7 comments:

Tanpa Nama berkata...

Bodoh sungguh puak Paih ni. Dok pusing rata ceruk, tapi pasal BPO Innovation, tak pula dia komen.walhal isu RM1.20 satu meter, dan 100% bacaan meter dibuat pada Jan - Mac 2009 oleh BPO innovation tu ada ka logik? Takkan semua meter diseluruh negeri Kedah dia boleh baca?

Kalau kerja mula Jan 2009 tu apa maknanya? Sapa yang lantik? Sapa memerintah Kedah pada 2009?

Katanya kerajaan terbuka, mana keputusan tender-tender yang dibentang kepada rakyat semenjak Mac 2008? Tak nampak satu pun!,

Adakah bermakna semenjak 2009, takdak satu pun kontraktor baru dilantik.

Hangpa ni paih, kalau nak pemohong pun agak-agak laa. Tinggal pentaksub PAS saja la yg percaya kat hangpa, tu pun sebab hangpa dah suruh tutup fungsi otak, dan malaih membaca.

Tanpa Nama berkata...

OrangTunjang,
Kedah La kata, kerajaan BN dulu tolak geran, tapi minta jadi pinjaman. Aku nak cabar PAS dan Kedah la, kalau hangpa boleh bagi bukti kata kerajaan BN dulu tolak Geran, aku dan seluruh keluarga aku akan pangkah PAS sepanjang hayat kami.

Tapi tolong la bagi bukti, dalam bentuk surat atau video ka sebagaimana gesaan hangpa apabila dituduh.

Kalau tidak, memang sah hangpa yang paling kuat fitnah. Main tuduh saja,Fitnah seperti makanan harian. Tapi kalau perkara benar tentang hangpa menindas rakyat dihebahkan, bukan main lagi hangpa minta bukti.

aku berkata...

'beza' sungguh bila jadi 'pentadbir' dengan yang 'ditadbir'.....

masa 'ditadbir'....macam2 pertikaian...perdebatan....cadangan tu cadangan ni....bla bla bla...

bila jadi 'pentadbir' plak...macam2 alasan....macam2 'cerita yg tenggelam timbul' didendangkan...mcm2 bentuk penafian....bla bla bla...

tapi yang samakan si 'pentadbir' dengan yang 'ditadbir' tu (walaupun berlainan masa...dan berlainan negeri)tetap akan gunakan 'agama' untuk 'lepaskan' diri dan kengkawan 'sehidup semati' depa daripada bertanggungjawab....atau dipertanggungjawabkan....(dalam masa yang sama teruih sabitkan org lain plak)...bila depa 'berdepan' dengan apa2 'pendakwaan'...atau paling 'koman' pun bile 'disoalsiasat'....

n by the way...pasai hudud..atau isu agama...sila2 lah suruh wakil usulkan kat dewan rakyat ka atau dewan undangan negeri ka...almaklumlah 'suara' PAS n pakatan 'setiakawan' yang telah 'ditarbiyyah' (esp kafir harbi DAP tu) kan da makin 'lantang' dan semakin 'muafakat'...nanti mesti depa bukan setakat 'menyokong' malah akan 'persetujui' lagi......

Tanpa Nama berkata...

Tak payah dok melayan statement orang bodoh dan bengap macam blog Kedah La dok tulis..Tak dak apa pun aku tengok, sekadar merapu, membohong dan menganjingkan orang saja. Dasar pun puak LEMBU HIJAU HARAMJADAH.puak ni kalau kita debat atau hurai secara jelas pun depa takan terima, sebab depa dah mengketedarah BABI DAP dan terikut kitab jingga DEWA AMBIGA..

ghumah takda ayaq berkata...

Maaf cakap sejak di bawah pemerintahan PAS, kawasan perumahan saya kerap terputus bekalan air. Harga air juga dah makin meningkat tapi servis terhadap pengguna adalah lemah. Sehingga pada ketika saya menaip komen ini, kawasan perumahan saya sudah 2 hari terputus bekalan air tanpa di beri sebarang notis. Minta kerajaan yang di amanahkan rakyat lebih bertanggungjawab dan prihatin.

Tanpa Nama berkata...

Almaklumlah kita kena terima walaupun kini kami yang tinggal ditaman perumahan Alor Setar terpaksa membayar kenaikan air membayar kenaikan air secara mendadak tetapi bekalan airnya keruh kehitaman. Itulah namanya keberkatan sebagai pemerintah Islam PAS Sejahtera.

Sejahtera bagi pemimpin PAS terutama MB kerana dapat elaun dan bonus berlimpat ganda dan merananya kami rakyat kerana yang dibekal kehitaman. Anehnya kami dikatakan dibekal dengan bekalan air bersih dan dicaj harga air bersih. Apa nak buat kalau kita bagitau tahu asyik2 depa salahkan kita.

Nak buat apa biarkan kerana dunia nir mereka yang punya kerana kini mereka gagah bersekutu dengan PKR dan DAP. Tapi ingat masa untuk rakyat akan menjelma kalau tak PRU13 akhirat nanti akan terjawab jua.

Harap MB Kedah dan anak buahnya ternmasuklah Ahli2 PAS kaut banyak2 sebelum keadilan Allah menjelma nanti.

Tanpa Nama berkata...

Kpada pengurusan sada,sila cari dimana asa kebocoran air,ini kerana kem sahara tempat anggota keselamatan bg mnjaga smpadan sudh berbulan tidak dpt menikmati bekaln air,walaupun dh lame tp tindakan utk penyelesaian tidak ada,mohon baiki semula dibulan ramadhan yg mulia ini,ini memudahkan anggota untk menjlnkn ibadah puasa dan menyambut shawal yg akn tiba

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates