Jumaat, 12 April 2013

Tu dia Aih, Lonjakan Pelaburan Di Kedah..

Oleh: SemutMerahXX@xxxmail.net

KHTP dan FDI: MARI KITA BELAJAR MENGENAL APA ITU ‘FOLLOW-UP SALE’ DAN ‘NEW SALE’

Apabila puak PAS begitu riuh rendah dengan kejayaan Presiden mereka membawa pelaburan Panasonic ke KHTP seperti yang diwar-warkan dalam kedah la dan kedah la nie, ada baiknya kita sebagai rakyat Malaysia yang dikenali sebagai rakyat yang berpengetahuan luas di seluruh dunia ini mempelajari serba sedikit bidang ‘sale’ atau penjualan iaitu belajar mengenai terma dan tidak buta huruf mengenai makna penjualan bagi menilai prestasi atau pun KPI seseorang.  Satu elemen penting ialah mengenal dan membezakan antara ‘new sale’ dan ‘follow-up sale’ dalam konteks pembangunan Kulim Hi-Tech Park (KHTP), yang tiada bezanya dengan mana-mana industri lain bagi mengukur prestasi kerja/KPI seseorang individu. 

Apa yang penting untuk ditekankan bagi prestasi seseorang individu baru  dalam bidang jualan adalah keupayaan membawa jualan baru dan bukannya bergantung kepada jualan hasil dari kerja dan titik peluh orang lain bagi menaikkan prestasi kerja kita.

Bagi  mereka yang mengenal dan mengikuti pembangunan KHTP pasti arif dengan perkembangan taman teknologi ini.  Baru-baru ini, sebuah syarikat terkenal dari Jepun, Panasonic  telah membuat keputusan melabur di KHTP untuk kilang solar panel HIT.  Maka Presiden KHTP, Tuan Haji Muhamad Sobri Osman, dengan bangganya memaklumkan kepada pihak akhbar akan kejayaan terbaru beliau setelah 4 tahun memegang jawatan tersebut.

Sukacita diingatkan disini, syarikat Panasonic telah pun tersebut telah pun membuat penelitian kawasan (site survey) di KHTP sejak tahun 2007 lagi, dan maka dengan itu, termasuk dalam kategori ‘follow-up sale’ untuk KHTP.  Begitu juga dengan pembesaran kilang First Soar, Infineon, Fuji Electric, pelaburan St Gobain (juga telah datang ke KHTP untuk meninjau pelaburan dalam tahun 2007) ini semua berada dalam kategori ‘follow-up sale’.

Memang ditangan beliau syarikat2 ini telah membuat keputusan untuk melabur dan berkembang di KHTP, tetapi ianya masih tergolong dalam ‘follow-up sale’ sahaja, bermakna yang bekerja keras untuk menyediakan maklumat lengkap, melobi dan mempromosi KHTP masih sebahagian besar adalah kerja pihak pengurusan terdahulu (BN/UMNO).

Jadi, kalau kebanyakan FDI di KHTP sekarang ialah dari ‘follow-up sale’; apakah yang boleh dikategorikan di KHTP sebagai ‘new sale’?.  Jika kita lihat dari statistik pelaburan KHTP, hanyalah satu sahaja iaitu ‘Whizz Systems’, satu pelaburan baru bernilai RM15 juta ke KHTP pada tahun 2011.

Apa pula impaknya kepada KTPC, iaitu syarikat yang menguruskan KHTP? Ianya HANYA melibatkan pemajakan tanah berjumlah RM1.6  juta.  Bermakna dalam nilai pelaburan RM15 juta, hanya RM1.6 juta sahaja keuntungan yang diperolehi oleh KTPC.  Jadi jika ingin menganalisa sejauh manakah kemampuan Hj Sobri selama 4 tahun (2008-2011) mengurus KHTP, inilah tanda aras yang patut kita ketengahkan kepada mata rakyat.  Inilah KPI sebenar Hj Sobri, yang beliau sendiri membuat kerja ‘sale’ atau jualan, iaitu hanya RM1.6 juta jualan sahaja sepanjang penglibatan selama 4 tahun sebagai Presiden KTPC.

Ia bukannya RM4 billion atau pun RM6 billion seperti yang dibanggakan oleh YB Datuk Hj Amiruddin, yang hanya berbangga dengan statistik pelaburan dan tidak melihat dengan teliti prestasi kerja Hj Sobri yang sebenarnya.

Umum perlu faham, pelaburan masuk tidak sama dengan apa yang diperolehi oleh KTPC.  Sebagai contoh, pelaburan Whizz System sebanyak RM15 juta hanya melibatkan pemajakan tanah dan keuntungan RM1.6 juta sahaja kepada syarikat dalam masa 4 tahun Hj Sobri memegang jawatan tertinggi di KHTP.  Itulah tanda aras yang patut digunakan oleh rakyat Kedah untuk menilai prestasi KHTP dibawah pemerintahan PAS.

Disiarkan dibawah petikan perjanjian dengan Whizz System:

2.1       Payment Of Consideration Sum

                        The land premium or the consideration for the Offered Lot shall be Ringgit Malaysia ONE MILLION FIVE HUNDRED NINETY THREE THOUSAND FOUR HUNDRED TWENTY FOUR AND SEN EIGHTY (RM1,593,424-80) only calculated at RM15-50 per square foot (hereinafter referred to as “the Consideration Sum”). The schedule of payment of the Consideration Sum is as follows:      

                        (a)        10% to be paid upon acceptance of this        RM  159,342-48
            letter of offer (“the Deposit”)

(b)        20% to be paid nine (9) months from             RM  318,684-96
            the date of the Lease  Agreement

(c)        20% to be paid within nine (9) months            RM  318,684-96
            from the date of payment (b) above

(d)        50% to be paid within nine (9) months            RM  796,712-40
            from the date of the payment of (c) above    ______________

                                                                                    RM1,593,424-80

                                                                                    =============

Persoalan kepada PAS Kedah (sila jawab kalau ada jawapan yang bernas & jangan tiru jawapan Lim Guan Eng untuk Pulau Pinang):

1.      Wahai Hj Sobri & YB Datuk Amirudin, apa sangat yang nak dibanggakan dengan nilai pelaburan yang tinggi di Kedah jika yang bekerja keras menarik pelaburan ialah MITI, MIDA dan Kerajaan Pusat?

2.      Sat-sat claim RM6 billion pada tahun 2011 untuk KHTP dengan cara memasukkan pelaburan Panasonic untuk tahun 2011, tapi Panasonic hanya tandatangan perjanjian pemajakan (lease agreement) pada tahun 2012 bukan? Jangan cuba tipu rakyat Kedah; nanti tahun 2012, masukkan juga angka pelaburan Panasonic (double counting).

Dalam pada itu, terlalu banyak masalah seperti tiada bekalan air, kenaikan tarif air, bekalan elektrik terganggu, penutupan sekolah antarabangsa ELC dll yang telah berlaku di KHTP dan tidak boleh ditangani dengan cekap oleh Hj Sobri dan pengurusannya.

Jangan hanya syok sendiri mengatakan diri sendiri dah berjaya, sedangkan yang buat kerja kuat dan rajin ialah orang lain, termasuklah kakitangan sendiri.


KOMEN:

Biasala PAS ni, bila Kedah terima banyak pelaburan, depa mula la claim depa yang buat, tapi bila berita yang kurang baik , contohnya pasai tariff air kena naik, depa tuduh UMNO atau kerajaan negeri dulu yang dah buat perjanjian (dan depa tak buat apa2) serta macam-macam lagi yang tak kena.  Langsung tak tau nak ucap terima kasih pada Tok Pa, Datuk Mukhriz, MITI, MIDA dan Kerajaan Persekutuan atas bantuan geran, insentif cukai dan usaha berterusan MIDA Kedah dan KL.

Sebab tu la bila buat majlis pecah tanah Panasonic pada 2 March 2012 lalu, langsung tak jemput Tok Pa, atau tak pun Mukhriz mai, tapi hanya jemput Datuk Taulan Rasul, Exco Agama & Kerajaan Tempatan Kedah, gantikan tempat MB Kedah yang dilanda demam sekepoi tak kebah2.

MEMANG DASAR PAS DI AJAR UNTUK TIDAK MENGENANG BUDI DAN TIDAK TAHU UNTUK BERTERIMA KASIH LANGSUNG.; AYUH TUMBANGKAN PAS PADA PRU13 DI KEDAH

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates