Selasa, 16 April 2013

Tu Dia, Depa Dok Mengaku Projek Belanda Timur Depa

MENGAPA NCIA MEMBIARKAN EXCO WAKIL KERAJAAN NEGERI KEDAH MERASMIKAN PROJEK YANG DIBIAYAI OLEH KERAJAAN PUSAT?

Sungguh hairan apabila terbaca di laman kedahla iaitu Kerajaan Negeri Kedah yang berhasrat menjadi Belanda Timur mengaku projek yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan melalui Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) berjumlah RM4 juta untuk Makmal Tissue Culture adalah merupakan realisasi salah satu dari hasrat Kerajaan Negeri Kedah.

Sungguh tidak malu PAS mengaku mereka yang buat semua ini.  Haji Sobri, selaku peneraju utama KTPC, syarikat pengurusan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) juga telah menyalurkan maklumat salah kepada pihak atasan Kerajaan Negeri Kedah, iaitu Exco Negeri.

Apa yang gagal diberitahu ialah idea ini sebenarnya datang dari sebuah syarikat bernama Orchid Life Sdn Bhd, dari KL, yang telah berbincang dengan Kerajaan Negeri dan Kedah BioResources, dan berusaha membuat kertas kerja kepada NCIA dan seterusnya diberi geran berjumlah RM4 juta.

Yang menghairankan lagi ialah mengapa Y.Bhg Datuk Redza Rafiq, CEO NCIA atau pun wakil tidak dijemput sebagai salah seorang wakil untuk memotong riben seperti dalam gambar dalam laman kedah la, malah tak nampak pun batang hidung pegawai NCIA dalam gambar di atas.  Yang nampak potong riben hanyalah YB Taulan dan rakan2 iaitu Dr Zhari Ismail, USM (Pengarah KBio Corp), Hj Sobri dan Datuk Hj Amirudin, tapi takkan towkay (NCIA) yang kasi duit kat KTPC tak jemput langsung kot?

NCIA sepatutnya mengambil iktibar dari Malaysia Productivity Centre (MPC) yang menjemput Datuk Mukhriz merasmikan majlis penyerahan sijil 5S KTPC kerana MPC adalah agensi kerajaan pusat.  NCIA juga agensi kerajaan pusat, jadi mengapa tak jemput sekurang-kurangnya Menteri EPU, YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, yang berada berdekatan iaitu di parlimen Tasek Gelugor ke majlis perasmian Makmal Tissue Culture ini?.  Inilah masanya untuk tunjuk kepada PAS siapakah towkay sebenarnya di KHTP dan Kedah.  Towkay ialah selalunya orang yang mempunyai wang manakala PAS pula ada hati nak jadi towkay KHTP, tapi tak ada wang, hanya mampu mengharap ehsan Kerajaan Pusat melalui MITI, NCIA, MoF, EPU dan MIDA.

Oleh: SemutMerahXX@xxxmail.net

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

awat rakyat kedah x bayar cukai ka..??
kalau projek dr krajaan pusat pun still pakai duit rakyat..hang igt pkai duit pak najib ka..??
dpa makan duet ada la..bodo piang betui admin ni..
ckap pakai otai cipan lgu ni la jdi dia..puuiihh.!

Tanpa Nama berkata...

>masalahnyer hak org...dok dekler kata hak kita!!!.
>pas buat prjek tambah bini n prjek tarah bukit n tebang balak boleh ler..hehehe

Tanpa Nama berkata...

HARAP MAMU KITA TAN SRI NOR BOLEH TANYA KAT DATUK REDZA DAN MINTA PENJELASAN MENGAPA TAK ADA WAKIL DARI KERAJAAN PERSEKUTUAN ATAU PUN TAN SRI SENDIRI YANG RASMIKAN.

BRADER YG TANYA BAYAR CUKAI TU, TAK SEKOLAH KOT, BELAJAQ LA DULU MENGENAI CUKAI TU, COBALA TANYA SOALAN BERNAS SAHAJA. MASALAHNYA CUKAI PENDAPATAN TU BUKAN CUKUP PUN NAK BAYAQ GAJI CIKGU2 PUN YG RAMAINYA DOK SOKONG PAKATAN RAKYAT. CUKAI KORPORAT DARI SYARIKAT2 ADALAH PENYUMBANG UTAMA CUKAI NEGARA, BUKANNYA CUKAI PENDAPATAN RAKYAT

Tanpa Nama berkata...

Untuk YB Taulan, kalau nak ngaku Kedah Belanda pun, agak2 la sama, takkan dlm speech langsung tak ucap tima kasih pasai yg agihkan geran tu NCIA, dan bukan dari kerajaan negeri. Anon yg first tu cakap dgn emosi. Asyik2 PR ni guna alasan itu adalah wang rakyat dari hasil bayar cukai, sebenarnya berapa kerat rakyat Msia yg bayar cukai pendapatan? sikit sahaja. Apabila Kerajaan Pusat bagi BR1M kata jugak wang rasuah pilihanraya la, mcm2 lagi. Jgn tulis guna emosi, sebaliknya gunal otak

Tanpa Nama berkata...

nak tergelak dgn exco pakatan ni.. lawak sangat2.. guna duit rakyat buat poster/banner azizan buleh pulak.. yang nizar bodo tu guna duit rakyat beli camry buleh pulak.. pakatan oh pakatan..

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates