Khamis, 18 April 2013

Tumbangkan PAS di Kedah


Kedah ada pemacu Transfomasi, Kedah ada Penggerak penghapusan Syiah, Kedah ada pakar Innovasi dan pelbagai lagi.

Apa yang perlu ialah kita pakat-pakat tumbangkan PAS di Kedah.

BN Sedia Tawan Semula Kedah - Mukhriz

Oleh SUSAN ALBERT KASSIM

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional negeri Kedah berada di tahap persediaan tertinggi dalam misi merampas kembali negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, persediaan tersebut sudah di peringkat akhir dengan kira-kira 90 peratus senarai calon parti itu telah disiapkan.

"Kita sudah bersedia untuk menghadapi PRU-13 bila-bila masa saja tarikh itu diumumkan Perdana Menteri (PM) demi memastikan kemenangan BN di Kedah.

"Walaupun ada orang cakap sikit-sikit mengenai masalah dalaman parti, saya yakin dalam tempoh kempen pilihan raya semua itu akan diselesaikan dengan baik. Kita tak terlalu bimbang soal itu," katanya selepas mengumumkan mengenai penganjuran Himpunan Anak Kedah di sini, Khamis.

Beliau berkata, siapa saja calon yang dipilih untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Kedah tidak penting kerana apa yang menjadi keutamaan adalah menawan semula negeri itu.

"Kita nak dari awal-awal lagi senarai calon di atas kertas pun dah boleh menang. Kita tak nak bagi sebarang alasan untuk kita tewas di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri Kedah," katanya.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut memberi impak besar kepada persiapan BN dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Kehadiran beliau di Kedah dalam banyak perjumpaan yang dianjurkan pelbagai pihak termasuk BN negeri itu sendiri, memang berkesan. Bukan saja di kalangan orang lama tetapi pengundi muda suka mendengar komen beliau.

"Sebagai orang lama, (Tun Mahathir) boleh berkongsi mengenai sejarah, pemikiran disebalik keputusan yang kita buat sebelum ini, harapan beliau untuk negeri Kedah dan bagaimana kita boleh selesaikan masalah yang dihadapi dan paling penting saranan beliau agar kali ini kedah kembali ke tangan BN," katanya.

Ketika ditanya mengenai wujudnya unsur sabotaj yang menyebabkan BN gagal mempertahan negeri Kedah pada pilihan raya umum 2008, Mukhriz berkata;"Kita menangani masalah ini dengan mencari punca, jadi apabila dah tahu punca dan sebabnya, kita atasi masalah itu, maka tak ada sebab isu sabotaj akan timbul semula pada kali ini.

Sementara itu, Mukhriz yang juga Pengerusi Sekretariat Himpunan Anak Kedah menyasarkan kira-kira 5,000 anak kelahiran negeri Jelapang padi itu berkumpul di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini bermula pukul 8 pagi hingga 2 petang untuk membangkitkan semula rasa cinta kepada negeri tersebut.

"Kita menjemput anak Kedah yang berada di sekitar Lembah Klang untuk hadir memeriahkan himpunan ini. Pelbagai aktiviti disediakan termasuk sesi berkenalan, pameran mini untuk golongan usahawan, perkhidmatan nasihat dan kaunseling keusahawanan, sajian makanan Kedah dan ucaptama Tun Mahathir," katanya.

Beliau berkata, himpunan tersebut juga bertujuan untuk mendekati pengundi di negeri Kedah yang berada di sekitar Lembah Klang.

"Jumlah rakyat Kedah yang berada perantauan terutamanya di Lembah Klang adalah kedua tertinggi selepas Kelantan.

"Kita harap mereka akan pulang untuk menunaikan kewajipan pada pilihan raya umum yang akan diadakan tidak lama lagi," katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates