Khamis, 25 April 2013

Ustaz Azizan Cakap Belit-belit?

Mula-mula kata TETAP akan batalkan sebab tak mahu pesawah rugi. Maknanya, Projek tak akan diteruskan, walaupun kerajaan terlepas untung besar, tapi kerajaan berkorban untuk pertahan hak petani.

Kemudian, diteruskan pula.

Belit pi, belit mai, projek diteruskan juga, cuma ustaz tolong alih mangsa dari petani kepada nelayan bila buat keputusan nak tambak laut pula. Nelayan bukan rakyat ka Ustaz?

Dua Artikel dari portal PAS berikut boleh dibuat perbandingan:

Berita 07 March 2009
Projek SULIHH operasi 2012: MB

Dua pelabur asing terbabit kerja tambak laut dan bina loji penapis minyak

ALOR SETAR: Projek loji penapisan minyak, Hab Hidrokarbon Sungai Limau (SULIHH), Yan akan memulakan operasi seperti dirancang pada 2012 berikutan dua pelaburnya memberi jaminan kerja menambak laut akan dimulakan Julai ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata kerajaan negeri juga diberitahu laporan Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA) projek itu sudah hampir siap.

Katanya, apabila projek yang dijalankan oleh Merapoh Resources Corporation (Merapoh) dan Hijaz Refinery Sdn Bhd (Hijaz) beroperasi nanti kerajaan negeri dijangka menjana pendapatan RM300 juta (AS80 juta) setahun.
"Selain menjadi sumber pendapatan kepada kerajaan negeri, projek itu akan menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

"Dua lagi projek penapisan minyak akan dilaksanakan di Dulang, dekat Yan dan Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam, selepas itu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, kelmarin.

Berita 25 March 2008
Kerajaan Kedah pertahankan hak petani di Yan - MB

KOTA BHARU, 25 Mac 2008 (Hrkh) Kerajaan Kedah tetap membatalkan projek petrokimia di Yan, biar pun ia bakal mendatangkan keuntungan besar kepada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, projek itu dibatal dengan mengambil kira keperluan rakyat dan bukannya keuntungan kepada kerajaan semata-mata.
Tanah di kawasan tersebut cukup subur dan dianggap kelas A untuk tanaman padi. Jadi mengambil kira keistimewaan tersebut kerajaan negeri membuat keputusan membatalkan projek petrokimia yang pernah dicadangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Saya sudah umumkan pembatalan projek itu selepas mengangkat sumpah menerima jawatan Menteri Besar sebelum ini, katanya pada persidangan media sempena kunjungannya ke Kelantan di JKR 10 petang ini.

Nota : Selepas mengumumkan yang tambakan laut akan dilakukan pada 2009 dan siap pada 2012, projek ini senyap dan sepi. Yang ada hanya tambakan pasir yang dikorek dari sungai-sungai untuk dijual. Laut disepanjang pantai Yan masih seperti dahulu.

2008 umumkan untuk batal projek ZIPY atas tanah rakyat kerana sawah-sawah kelas A yang mengeluarkan hasil yang banyak, sebaliknya laut mahu dikambus untuk dijadikan tapak simpan minyak. Bayangkan boleh kah kawasan tambakan laut menampung keberatan loji simpanan minyak?

Tapi yang sahnya, apa satu pun kerajaan tak buat untuk menjayakan projek ini. Kerja tanah tidak buat, menarik pelabur asingpun tak buat. Macamana nak bergerak?

Tapi sawah yang dikatakan gred A tetapu turun gred kerana habis pokok ditebang di Pedu yang mana airnya sudah tidak dapat ditakung lagi. Rakyat sentiasa rugi ....


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates