Rabu, 10 April 2013

WABAK KENCING TIKUS DAN KENCING RAKYAT KIAN MENULAR DI KEDAH

Kencing USTAZ AZIZAN, tok sah dok komen, semua fakta yang dicakap hanyalah auta. DULU, KINI DAN SELAMANYA. Janji bulan dan bintang, tapi malang dia sendiri letih, kaki tidoq macam PAK LAH juga sebab tu urustadbir GLC dan duit ringgit termasuk KHTP dia serah pada anak menakan, cucu menakan dan bekas menantu.

Entahlah.. Kedah kini makin goyah, ekonomi perlahan, FDI hampir tiada, migrasi anak muda Kedah ke luar kedah sejak 3 tahun lalu ikut Jabatan Perangkaan, menjangkau melebihi 3,765 orang. Kadar penganguran melonjak 4.7%, peratus kemiskinan naik 4.5% mengatasi kadar kemiskinan perngkat pusat, 3%, kadar jenayah naik 11.6 %. Satgi Azizan tanya aku ambik data dari mana pulak. Sumber aku sumber primer dan sekunder. Ada analisis kandungan, kajilidikan perpustakaan, tinjauan ke atas responden, pemerhatian, participation observation ( puak darah hijau ni faham kot apa yang aku cuba huraikan).
Tak faham pi mengaji lagi jangan nak tunjuk pandai.

Bila It Chew dari MCA kata ikut maklumat yang dia dapat, ekonomi Kedah merosot 30%, Azizan kata It Chew dapat data dari mana?. Inilah soalan paling bodoh pernah aku dengaq. Macam nana Azizan jadi pensyarah di UKM dulu. Sebab nak jadi pensyarah dia mesti mahir dengan metodology of research, dia kena faham apa itu data, analisis data, hipotesis, aku pun pensyarah juga sampai la ni (tapi la ni buat partime saja, letih dah nak makan gaji bulan ni).

It Chew dapat hasil tinjauan dan maklumat yang diaperolehi dari pemborong, pekilang, dan peniaga Cina di Kedah. Kaedah yang It Chew gunakan adalah temubual bersemuka. Orang cina kalau dia meniaga kira pakai buah cepua saja tak payah calculator, kalau depa sendiri merungut macam tu betoi la. AZIZAN tak faham kot maksud penyelidikan. Mai aku nak peringat balik, 'sebarang usaha atau kegiatan mencari fakta atau maklumat adalah penyelidikan", atau sebarang proses dan usaha untuk mencari jawapan bagi sesuatu persoalan.

Azizan boleh kata pula kat IT CHEW tolong bagi data tu kat dia untuk dia semak dan analisis. Semak dan analisis untuk bagi kena kat dia, last-last pasti dia claim data yang dikencingkan oleh PAS la betoi.

Jadi untuk perhatian rakyat Kedah hati-hatilah dengan wabak KENCING TIKUS DAN WABAK KENCING RAKYAT OLEH PAS yang kini kian menular dan menjadi wabak merbahaya di negeri Kedah.

'HIDUP LEBIH SEJAHTERA TANPA PAS, PKR DAN DAP DISISI ANDA'

4 comments:

armouris berkata...

info tentang kencing manis di SIHAT SELALU - Kencing Manis Punca Sakit Jantung, Darah Tinggi, Buah Pinggang Rosak

stongkol berkata...

Wabak kencing tikus adalah salah satu 'bala' dari Allah utk peringatan rakyat dan juga para pemimpin Islam di Kedah.

tarak nama berkata...

Mungkin sama dengan amalan kencing kawan-kawan.

HB berkata...

Salam.

Memang blogger UMNO, tak habis habis dengan hujah hujah ad hominem. Kalau mahu mengkritik, sila datangkan fakta.

1. Memanglah salah satu cara untuk menyelidik ialah menyiasat sumber fakta tersebut. Sebab itulah Ust Azizan bertanyakan 'dari mana dapat fakta ni' sepertimana yang saudara tulis. Saudara pun patut tahu metode ini sebagai pensyarah.

2. Pemborong, pekilang, dan peniaga masih belum cukup untuk membina sebuah statistik yang 'reliable'. Mereka tidak nampak dari sudut macro perspective. Ada ka patut pemborong ikan bilis pi kira FDI masuk banyak mana tahun ni?

3. Memang saya percaya, saudara ada buat analisis kandungan, kajilidikan perpustakaan, tinjauan ke atas responden, pemerhatian, participation observation (istilah sebenar ialah participant observation ya, sila buka buku semula). Tetapi dengan tidak memperincikan sumber saudara, sesiapa pun boleh kata saudara bohong. Kalau saudara buat pemerhatian, sila nyatakan pemerhatian di mana, serta berapa orang responden yang saudara pilih. Hal ini kerana ada kemungkinan untuk kajian saudara menjadi tidak objektif atau 'value-free' dek pemikiran saudara tersebut. Analisis kandungan pula, dari mana sumber maklumat saudara? Selagi saudara tidak memperincikan semua ini, data yang saudara keluarkan tak berguna. Saudara sebagai pensyarah patut tahu cara penulisan ilmiah.

Terima kasih.

-HB-

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates