Selasa, 9 April 2013

Warta Darulaman Bawa Cerita Separuh Benar

Warta Darulaman yang diterbitkan kerajaan Kedah nampaknya digunakan bukan untuk memberi penerangan kepada rakyat Kedah, sebaliknya  didapati mengelirukan rakyat.

Dimuka depan terbitan terbaru Warta tersebut memaparkan peluasan kawasan Taman Teknologi Tinggih Kulim (KHTP) dan diputarkan secara tersirat sebagai usaha kerajaan negeri selaras dengan permintaan tinggi dari pelabur.

Ia juga digambarkan  kononnya kerajaan Kedah dibawah PAS sekarang mempunyai perancangan yang hebat dalam program berkaitan pelabur dan peluang pekerjaan.

Apa yang tidak dinyatakan ialah kerja-kerja perancangan, penilaian, permohonan dan hampir keseluruhan proses perluasan kawasan perindustrian KHTP telah dibuat oleh kerajaan BN dulu lagi. Cuma disebabkan proses kelulusan dan urusan pebajat tanah yang agak panjang telah menjadikan pengistiharan perluasan secara rasmi berlaku pada zaman kerajaan PAS. Ringkasnya, kerajaan PAS hanya membuat kelulusan akhir dan membuat peristiharan sahaja.

Kalau tak mahu memuji kerajaan BN dulu sekalipun, janganlah diambil kredit dari kerja orang lain dengan diputar belit dengan fakta yang dihilangkan separuh. Warta Darulaman sepatutnya lebih adil dan tidak menjadi pembelit sebagaimana lidah rasmi PAS, harakah.

2 comments:

nayan berkata...

Kerja depa bila siap, pacak bendera PAS saja.

Tanpa Nama berkata...

biar pi la kat kerajaan pas buat kerja...
hampa dok kalut apa!!!!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates