Selasa, 9 April 2013

Zalim dan Tidak Bermoral

Ini satu lagi peristiwa orang yang ibarat kera mendapat bunga. Mereka jadi merak tak tentu hala.

Apa sayang yang dianggap berkaitan dengan kerajaan pusat atau BN, akan dizalimi sehebat-hebatnya. Tapi dalam masa yang sama buat muka sediah rayu kepada persekutuan minta duit atan grant.

Inilah ceritanya di KHTP

Diluar pengetahuan Ustaz Azizan sebagai Menteri Besar Kedah, orang-orang PAS mula bertindak zalim dan tidak bermoral.

Pihak pengurusan lantikan politik dari PAS telah menghalau jemputan dan VIP dalam satu majlis penyerahan elaun kepada JKKKP Padang Serai pada ketika majlis sedang berlangsung di sebuah dewan milik pengurusan Kulim Hi-Tech Park.

Sedangkan dewan tersebut telah disewa dan bukan digunakan secara percuma oleh pihak KEDA. Sikap anti persekutuan ini sepatutnya tidak berlaku kerana dewan tersebut disewa dengan kadar penuh, sebagaimana jabatan-jabatan lain juga. Pihak penurusan Kulim Hi-Tech yang merupakan agensi swasta sepatutnya bertindak profesional sebagai sebuah syarikat swasta, sesiapa saja sepatutnya dibenarkan menyewa sebagaimana ketika BN memerintah, tiada halangan bagi kegunaan parti pembangkang.

Apatah lagi, segala bangunan, kemudahan, malahan kerusi empuk yang diduduki oleh pentadbiran lantikan PAS itu sendiri adalah dari peruntukan kerajaan pusat. Sehingga kini, kerajaan pusat terus membantu dengan jumlah lebih RM1 Billon peruntukan di berikan untuk pembangunan Kulim Hi-Tech, sedangkan Kerajaan Negeri tidak mengeluarkan satu sen pun untuk pembangunan KHTP.

Alangkah tidak bermoralnya mereka ini, menghalau agensi kerajaan pusat yang lain dengan cara yang hina tapi dalam masa yang sama berulang-alik meminta peruntukan kerajaan persekutuan yang bernilai ratusan juta ringgit setahun sehingga sekarang.

Bila datang ke kementerian kewangan setiap bulan menadah tangan meminta bantuan, mereka ini berpura-pura baik, tapi disebaliknya, Agensi persekutuan yang lain diperlakukan secara zalim. Umpama mulut yang manis dengan tangan kanan meminta sedekah, tangan kiri memegang belati untuk menikam, inilah gaya pentadbiran PAS di Kedah terhadap kerajaan pusat yang tak henti-henti memberikan peruntukan.

4 comments:

dinleter berkata...

Sejak bila PAS Bermoral. Iblis bertopengkan agama. Kafir harbi DAP mereka sanjungi, Anwar Al-Juburi mereka bontoti..saudara seagama mereka musuhi..Take Beer..!

Pang5Husin berkata...

Gaji depa pun kerajaan persekutuan bayar. hahah.

wali berkata...

bila ada kuasa lupa asal usul

Average Joe berkata...

bila ada kuasa lupa asal usul - ya... PRU13 ni kita kembalikan mereka ke asal-usulnya...

Gaji depa pun kerajaan persekutuan bayar. - tang ni depa pusing pulak kata "gaji hak kami"... hahaha punya la tak tau malu puak2 PAS nih.



Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates