Selasa, 21 Mei 2013

505 Kedah


1. KedahTimes ingin MENCABAR semua ADUN dan AHLI PARLIMEN dari PAS, DAP dan PKR KEDAH supaya letak jawatan dari jawatan ADUN dan MP kerana mereka tidak mengiktiraf keputusan PRU13 lalu, jika ingin meneruskan perhimpunan 505 mereka.

2. KedahTimes mencabar ADUN dan AHLI PARLIMEN dari PAS, DAP dan PKR KEDAH supaya tidak  bersama dalam perhimpunan 505 Kedah jika ingin terus menjadi ADUN atau MP. 

3. KedahTimes seru mereka-mereka ini (ADUN dan MP) agar jangan jadi hipokrit; dalam masa yang sama ingin menjadi ADUN atau MP tetapi tidak mengiktiraf pemilihan yang dilakukan yang memihak kepada mereka sendiri.

4. ADUN dan MP PR adalah BODOH kerana menentang kemenangan mereka sendiri.


5. Orang Kedah tidak perlu perhimpunan kerana sudah muak dengan penipuan yang dilakukan PR.

6. KHAS kepada Mahfuz, letak jer jawatan MP Pokok Senan jika tak iktiraf kemenangan sendiri. Jangan tunjuk kebodohan diri kepada rakyat Kedah.

Himpunan yang diadakan bagi menyatakan bantahan terhadap tahap demokrasi di Malaysia yang tercalar itu, akan dihadiri pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata himpunan itu akan disertai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Tambah beliau, himpunan itu bermula dengan solat maghrib berjamaah yang kemudiannya disusuli solat hajat.

"Kita bermula dengan solat maghrib. Kemudian solat hajat bagi memohon kesejahteraan dan keamanan negara yang muktahir ini cenderung dengan isu perkauman.

"Ia juga bagi memohon kesejahteraan bagi bekas Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak yang kini masih di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang," tegas Naib Presiden PAS itu.

Sejurus solat hajat, kata Mahfuz tepat jam 9 malam, kesemua adun dan ahli parlimen Kedah akan berucap pada malam itu, sebelum ucapan utama oleh Mohamad Sabu dan Anwar.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai yang berkelapangan untuk turut serta pada himpunan Black 505 malam esok.

1 comments:

1 Melayu berkata...

Mr Bean oh Mr Bean,memang anda seorang badut dan pelawak yang cukup hebat,bezanya Mr Bean sebenar dengan Mr Bean dari Pokok Sena ialah Mr Bean dari England seorang professional lulusan University Cambridge dalam bidang kejuruteraan,Mr Bean Pokok Sena ialah seorang graduan dari lapangan terbang Bayan Lepas,apa kerjanya ? tolong buat semakan.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates