Jumaat, 10 Mei 2013

Anwar Hilang Sokongan Melayu


Himpunan Bantah PRU-13 yang diadakan di Stadium Kelana Jaya malam kelmarin telah mengumpulkan seramai 40,000 penyokong PR.   Selalunya, himpunan sebegini adalah ‘kerja’ orang-orang PAS sementara DAP duduk menontonnya di komputer riba masing-masing.  Tetapi kali ini tidak nampak pula Unit Amal ataupun muslimah-muslimah dengan anak-anak kecil dan orang-orang tua turut ‘berjihad’ walaupun perhimpunan ini melibatkan PR secara keseluruhan bukan hanya PKR dan DAP.  

Yang hadir di perhimpunan anjuran PR kali ini adalah terdiri dari 80% kaum Cina.  Hanya 10% sahaja Melayu manakala selebihnya adalah lain-lain bangsa.  

Dalam perhimpunan itu Anwar bercakap mengenai ‘penipuan dalam PRU-13’ dan undi popular yang kononnya memihak kepada PR.   Sedangkan PRU di Malaysia adalah berdasarkan jumlah kerusi.  Tetapi jika populariti yang diambil-kira pun, Anwar harus sedar bahawa beliau sudah tidak lagi popular walaupun di kawasan sendiri.  Majoriti Anwar merosot hampir 4,000 undi walaupun bertanding dengan orang baru.  

Hakikatnya, orang Melayu sudah menolak Anwar.  Buktinya, PAS juga tidak lagi mengerahkan balacinya untuk memeriahkan himpunan yang ditaja Anwar.  Kali ini yang menyokong Anwar adalah minoriti kaum Cina.   Dan perkataan ‘minoriti’ itu sendiri sudah seharusnya memberi makna yang jelas dalam konteks demokrasi yang dilaungkan oleh Anwar sendiri. 

Orang Melayu rata-ratanya sudah letih dengan Anwar.  Biarpun masih ada yang enggan mempercayai segala skandal seksnya namun tiada siapa boleh menafi kekayaannya yang luar biasa.  Biarpun masih ada Melayu yang membenci UMNO tetapi mereka juga sudah muak dengan politiking yang keterlaluan.  

Jika dahulu mereka menuduh UMNO sebagai kebelakang, ketinggalan dan kolot dan kononnya Anwar adalah pembawa pembaharuan dan perubahan.  Namun, politik yang melampau yang diamalkan oleh Anwar menunjukkan yang beliau sendiri tidak matang dan tidak professional.

Orang Melayu sudah jauh ke hadapan meninggalkan Anwar, cuma segelintir sahaja yang boleh diperdaya dengan gambar kotak yang tersusun elok dikatakan sebagai jatuh dari helikopter.  Dan Cuma segelintir sahaja yang menyahut seruan Red Bean Army DAP yang kurang cerdik membuat cerita gangguan elektrik di pusat pengundian dan memuatnaik beritanya terlalu awal.  Dan segelintir sahaja yang boleh percaya bahawa stadium berkapasiti 25,000 boleh memuatkan sehingga 100,000 lebih manusia.  

Hakikatnya, orang Melayu adalah jauh lebih cerdik dari Anwar mahupun DAP.  Menyedari hakikat inilah maka DAP ingin menyekat kemaraan kaum Melayu dengan memberi tekanan kepada kerajaan melalui undi.  Tetapi, apalah yang diharapkan dari strategi DAP yang mengira pun tidak tahu dan menggunakan komputer pun terkial-kial sehingga memaksa parti itu berhadapan risiko dibatalkan pendaftaran.  Tidak cukup dengan itu, menaip pun tersalah sehinggakan harga kontrak bertambah lebih RM2 juta.  

Justeru, Anwar kini hanya mendapat sokongan kaum Cina DAP.  Tetapi, kita percaya Anwar, walaupun lembab, beliau cukup maklum bahawa sokongan DAP kepadanya bukanlah ikhlas.   Malah, di dalam perhimpunan semalam juga, kedengaran beberapa kumpulan Cina yang agak berumur dan matang memaki hamun Anwar kerana gagal membawa DAP ke Putrajaya.  

Jika kita perhatikan, di akhir-akhir tempoh berkempen, Anwar sebenarnya semakin lantang mengambil hati kaum Cina dengan menjanjikan penghapusan hak-hak Melayu.   Atas janji itu, kaum Cina berpaling dari ‘Ah Jib Gor’ dan memberi 97% undi kepada DAP/PR.   Mereka tidak sedar bahawa Anwar juga sama seperti mereka iaitu tidak secerdik mana.  

Oleh itu, himpunan semalam menyaksikan Anwar  walaupun dikelilingi 40,000 orang, tetapi beliau sebenarnya keseorangan bersama isteri dan balaci tersohor DAP iaitu Mat Sabu.  Tiada Hadi Awang, tiada Azmin Ali, tiada Mahfudz Omar, tiada Salahuddin Ayob malah tiada Karpal Singh bersamanya.  

Yang ada hanyalah 80% Cina yang menunggu penjelasan Anwar kenapa beliau tidak mampu menarik undi Melayu kepada PKR.  

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Kepada semua Melayu UMNO, PAS dan PKR


JANGAN SERTAI MANAMANA PERHIMPUNAN ANWAR IBRAHIM

Tanpa Nama berkata...

Klu ANWAR dpt kemukakn bukti PRU 13 ni kotor....aku sokong & nak jga berjubur....eh...eh silap...... nak jga berdemo......tapi klu stakat ckap je smpai berbuih mulut x yah la.....yg bodoh je ikut......klu ckp smpai berbuih mulut x pe.....jgn smpai MATI pun BERBUIH MULUT dah....balasan TUHAN kot ?

Tanpa Nama berkata...

DSAI dah gila.....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates