Isnin, 20 Mei 2013

AWAS, MELAYU AKAN KEHILANGAN KUASA


Baca dan ambillah berkesempatan untuk membaca. Ini pandangan yang perlu kita renung dan fikir semasak-masaknya.


Ini bukan kritikan terhadap Datuk Seri Nazri Aziz atau menyokong PERKASA. Ini mengenai nasib 
bangsa Melayu jika berada di bawah pemerintahan ‘orang lain’.



Nasihat Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ini untuk orang Melayu. Bukan ditunjukan kepada bangsa lain.


Tidak ada siapa pun yang berani berkata benar mengenai Melayu ketika ini selain Dr Mahathir. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak terpaksa ‘mengambil hati’ banyak pihak. Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mungkin ‘semakin lena dibuai mimpi’ sementara Pergerakan Pemuda UMNO bukan lagi bersuara untuk kepentingan Melayu dan Islam.

Jangan tuduh Dr Mahathir rasis kepada menyuarakan seperti ini. Yang rasis adalah mereka yang mahu mengambil hak orang lain sedangkan hak mereka dipertahankan habis-habisan. Orang Melayu tidak berperangai begitu. Walaupun haknya kini sedang dicabar mereka tidakpun menuntut hak orang lain.

Persoalannya apakah 1Malaysia mempertahankan Hak Melayu?



Baca pandangan Dr Mahathir berikut:



Melayu hilang kuasa
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR (Utusan Malaysia)



KUALA LUMPUR 23 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan ‘suara’ jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara.


Kata beliau, ia terbukti sewaktu Perak diperintah pakatan pembangkang selePAS pilihan raya umum lalu apabila DAP lebih berkuasa di negeri itu walaupun Menteri Besar daripada PAS.


“Kita lihat (Datuk Seri) Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan DAP sehingga (pakatan pembangkang) jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN menjatuhkan kerajaan Cina.


“Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat Perdana Menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya.


Beliau yang juga bekas Presiden UMNO berkata demikian dalam wawancara khas dipetik daripada laman webwww.umno-online.com yang disiarkan hari ini.


Dr. Mahathir menambah, walaupun Nizar yang mewakili PAS ketika memerintah Perak seolah-olah memperjuangkan Islam, parti itu sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan.


Sementara itu menurutnya, jawatan sebagai Perdana Menteri di negara ini bukan ‘dikhaskan’ buat orang Melayu atau beragama Islam sahaja sebaliknya ia tertakluk kepada sokongan rakyat ke atas seseorang pemimpin.


“Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya Perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi Perdana Menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa.” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengkritik hala tuju parti pembangkang lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana dilihat tidak ikhlas memperjuangkan kemahuan rakyat selain hanya mahu meramPAS tampuk pemerintahan daripada BN.

Sebagai contoh, katanya, PKR wujud bukan kerana mahu menuntut keadilan buat rakyat di negara ini tetapi sebagai platform merealisasikan cita-cita seorang pemimpinnya yang berhasrat menjadi Perdana Menteri.

“Trend itu tidak lagi menjadi tumpuan, tetapi kepada apa saya dapat, apa kau dapat, lebih kepada peribadi. Itulah terbentuknya keadilan, keadilan itu nama sahaja. Tubuh PKR seolah-olah negara ini tidak ada keadilan,” jelasnya.

2 comments:

pakteh adam berkata...

Kalau dulu satu kesilapan besar Tun memilih Dolah sebagi PM,.... aku rasa adalah satu kesilapan besar terus membiarkan Najib mewakili UMNO didalam menjadi NO. 1 di Malaysia.

Aku nampak perjuangan Najib dan Anwar tak banyak bezanya. Mereka berdua menjuual MELAYU demi tengkok masing masing.

Aku rasa perlu memikirkan BASE untuk memberi kejutan kepada Najib, seupaya dia tidak menari mengikut MUZIK Anwar Al Jubor

Tanpa Nama berkata...

Dalam dunia yg fana ni..kalau kita terlalu jujur dan baik hati,orang akn pijak kepala kita. Jadi ingatla..apa jua yg hendak kita lakukan harusla berpada2. Hanya dgn sikap berpada2 sahajalah kita akan sentiasa beringat dan berhati2 agar akhirnya tidak menjerat diri sendiri.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates