Ahad, 19 Mei 2013

Ayuh PAS kita bersama bangunkan Kedah

Segala yang berlaku ada hikmahnya.

Jika kita betul-betul belajar tentang sifat-sifat Allah, maka apa yang berlaku adalah semuanya atas kehendakNya. Dan sudah pasti kita tidak akan jadi seperti Anwar Ibrahim yang tidak menerima apa saja kejadian yang tidak menyebelahinya.

Dan dia sentiasa akan mengkufuri nikmat Allah SWT.

Kekalahan PAS di Kedah ada hikmahnya. Mungkin apa yang diperkatakan di bawah ada kebenarannya. Ini semua adalah ketentuan Allah, maka kita rakyat Kedah patut menerimanya.

Amat elok dan patut sekali MB baru tidak membenarkan perhimpunan caci maki hamun di stadium Suka Menanti diadakan.

Allah sudah menentukan yang UMNO akan menang di kedah dan DMM akan menjadi MB Kedah yang baru. Maka marilah kita semua bersatu membangunkan Kedah ke satu era gemilang dalam semua bidang .. ekonomi, agama, pendidikan, sosial dan sebagainya.

Semua rakyat di kedah tidak kira apa fahaman politik perlu bersama menjayakan misi kita untuk memajukan Kedah dan semua rakyat menikmati kesejahteraan bersama.

Kekalahan PAS di negeri Kedah adalah sesuatu yang melegakan buat bekas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak, kata setiausaha politiknya Muhammad Sanusi Md Nor.

Sekiranya kemenangan 2008 berjaya dipertahankan menurut Muhammad Sanusi, situasi kecoh berebut jawatan dikalangan pemimpin parti Islam itu pasti berlaku memandangkan kedegilan dan sikap keras kepala.

“Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besar daripada awal 2013 hari itu,” kata Azizan kepada Muhammad Sanusi yang dipetik dari akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian hari ini.

Dalam artikel yang ditulis oleh Muhammad Sanusi itu, beliau mengesahkan beberapa masalah dalaman yang berlaku dalam PAS di negeri tersebut, antaranya cadangan dan arahan Azizan sudah tidak lagi diendahkan.

“Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa-apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah.

“Hampa pi lah ke Pejabat Agung, aku sudah tak boleh buat apa-apa,” tulis Muhammad Sanusi mengenai apa yang dikatakan kepadanya oleh Azizan.

Disamping itu, Azizan juga meluahkan rasa tidak puas hatinya ke atas segelintir pemimpin PAS di Kedah yang tidak lagi merujuk kepadanya selaku Pesuruhjaya Negeri tetapi sebaliknya mengadu kepada Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur.

“Tak ada siapa mai habag dosa apa yang aku buat, main hentam jauh-jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah aku. La ni semua pi panjat Pejabat Agung. Kita di negeri dah tak laku. Biaq depa jawablah,” kata Azizan beberapa bulan sebelum pilihan raya umum ke 13.

Sebaik berakhir pilihan raya, Azizan terus dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Besar Pulau Pinang dan ketika ini masih lagi menerima rawatan selepas kedua-dua belah kakinya terpaksa dibuang bagi mengelakkan jangkitan merebak ke seluruh badan.

Azizan sebelum ini dilaporkan telah dimasukkan ke hospital akibat penyakit kencing manis dan bukannya serangan jantung.

Beliau turut dilaporkan koma pada 5.30 petang Rabu minggu lalu, namun sedar semula kira-kira jam 9 pagi, pada Khamis.

Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali Kedah apabila mendapat majoriti mudah pada Pilihan Raya 2013.

BN menguasai 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PAS (9), DAP (2), PKR (4). Bagi Parlimen, BN memperoleh 10 daripada 15 kerusi manakala PKR (4) dan PAS (1).

PRU kali ini menyaksikan kekalahan teruk PAS dan hilang kuasa ke atas kerajaan negeri manakala Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu yang diharap menang di kubu kuat parti itu di Parlimen Pendang, tewas kepada calon BN Datuk Othman Abdul.

~ The Malaysian Insider

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates