Sabtu, 4 Mei 2013

Bendera Hitam mula Gah di kedah

Di awal permulaan PRU13, bendera undilah PAS berwarna Hitam sudah dipasang dimeraka tempat di Kedah. Apakah maksud semua ini?

Pertama, ianya mungkin satu protes kepada MB Kedah yang amat tidak sukai oleh pengikut-pengikut PAS sendiri kerana kelemahan mentadbir Kedah. Malah kelemahan-kelemahan beliau menjadikan PAS semakin tidak disukai oleh rakyat Kedah.

beberapa siri demo terhadap pentadbiran PAS dilakukan oleh penyokong-penyokong PAS sendiri. Dan kini bendera Hitam PAS dipasang dimerata-rata tempat di Kedah.

Keduanya, seperti yang KedahTimes siarkan sebelum ini kaitan dengan unsur-unsur Syiah telah mula menular dalam PAS sendiri. Malah Timbalan Presiden PAS adalah seorang yang sentiasa merujuk dan memuja pemimpin-pemimpin Syiah. Dan beliau memilih untuk bertanding di Pendang kerana Pendang juga menjadi tempat sekumpulan ahli Syiah yang aktif.
Kumpulan-kumpulan syiah di Pendang katanya sering mengugut MB Azizan dan meminta apa saja kehendak mereka.

Keakraban Kelantan yang diketuai Nik Aziz dengan Syiah Iran menambah burukkan lagi keadaan. Kelantan yang diibaratkan kembar Wilayah Qom oleh gabenor Qom menjadi kebanggaan PAS. Wialyah Qom merupakan pusat penyebaran ajaran Syiah. Malah beberapa pemimpin Syiah Malaysia berlajar ajaran Syiah di sana.

PAS begitu akrab dengan DAP walaupun mereka tahu DAP itu adalah Kafir Harbi. Malah DAP adalah juga boleh dikatakan diiktiraf Israel dalam memperjuangkan cita-cita mereka meletakkan Malaysia sebagai negara sekular. 

Dan dalam apa isu Kristian dan SYiah akan bersama dalam memerangi Ahli Sunnah. Dan di Malaysia ianya menunjukkan satu polar yang agak sama.

PAS begitu intim dengan Syiah Iran, DAP mendapat restu Israel dalam memerangi Ahli Sunnah yang terdiri dari kalangan ahli UMNO.

Bendera yang dahulunya hanya bendera UNDILAH PAS berwarna hitam telah bertukar menjadi bendera Hitam Syiah Iran. Apakah ini satu perancangan puak-puak Syiah yang telah meresap dalam PAS?

TindakTanduk penyokong-penyokong PAS yang menjadi terlalu fanatik kepada pemimpin mereka menunjukkan sifat-sifat puak Syiah Iran. Mereka menonjolkan kebencian melampau kepada pihak yang tidak bersama mereka.

Malah sanggup bergaduh atau berkelahi demi menjaga nama pemimpin mereka. Dan seperti kebiasaannya pemimpin bukan dari kalangan mereka akan dihina dan dicerca.

Apakah ciri-ciri ini sedang giat ditanamkan dalam PAS? Tepuk dada tanya selera. Lihat dan fikir apa yang sedang berlaku dalam PAS!

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates