Rabu, 15 Mei 2013

BIASISWA! KUOTA BUMIPUTERA TELAH DIRAMPAS, SIAPA PUNYA ANGKARA !


Rabu 7 Julai 2010, TPM Tan Sri Mahyuddin Yassin telah membuat penjelasan yang terperinci berkenaan pemberian biasiswa kerajaan untuk pelajar luar dan dalam negara tajaan JPA. Cuba kita teliti dan halusi fakta-fakta berikut yang telah diumumkan oleh TPM.



1. Program Ijazah Luar Negara (PILN), terdapat 4 kategori yang digunapakai untuk memilih pelajar keluar negara dan ringkasan adalah:

 Kategori 1: Kecemerlangan Akademik ( 300 biasiswa)

  • Bumiputera       59  ( 20 %)
  • Cina                 209  ( 70 %)
  • India                  30  ( 10 %)
  • Lain lain              2  ( 0.2 %)

Kategori 2 : Komposisi Kaum ( 900 biasiswa)
  • Bumiputera          557  ( 62 % )
  • Cina                     247  ( 28 % )
  • India                      88   ( 9 % )
  • Lain lain                  8   ( 1 % )

Kategori 3: Bumiputera Sabah dan Sarawak ( 150 )
  • Sabah                     75
  • Sarawak                  75

Kategori 4: Socially Disadvantage ( 150 )
  • Bumiputera            77
  • Cina                       53
  • India                       18
  • Lain lain                   2

Jumlah besar             1,500 biasiswa

2. Sekarang mari kita jumlah keempat-empat kategori mengikut komposisi kaum:
  • Bumiputera             843 ( 56 % )
  • Cina                       509 ( 34 % )
  • India                       136 (10 % )
  • Lain lain                   12 (0.8 % )

3. Agihan biasiswa dilihat tidak seimbang dan menguntungkan kaum bukan bumiputera terutama sekali kaum Cina, jika diambil kira dari segi komposisi kaum didalam negara ianya langsung tidak mencerminkan negara ini milik Melayu dan Bumiputera. Statistik jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2008 adalah :

  • Bumiputera             17.95 juta ( 67% )
  • Cina                        6.52 juta ( 24.3 % )
  • India                        1.97 juta ( 7.4 % )
  • Lain lain                   0.35juta  ( 1.3 % )

4. Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku? Adakah Pemimpin Melayu semuanya terlalu takut, malu alah atau takut kehilangan undi  dari kaum-kaum Cina dan India, kalau mereka semuanya bacul eloklah kaum Bumiputera memikir semula untuk memberi  peluang kepada Pemimpin bacul memerintah negara ini. Sepatutnya pemberian biasiswa mestilah mengikut pecahan komposisi kaum didalam negara iaitu Bumiputera mendapat 67 % dan bukan bumiputera mendapat 33 %, ini barulah adil seperti mana yang dituntut dan dicanang oleh parti Pakatan Rakyat. Adakah adil penduduk Cina yang berjumlah 24 % diberi 34 % biasiswa dan kaum India hanya 7.4 % diberi biasiswa sebanyak 10 %?

5. Pemimpin-pemimpin Melayu yang memerintah negara sekarang, anda bertanggungjawab jika berlaku sesuatu perkara yang buruk terhadap anak cucu bangsa anda sendiri dan jangan salah sesiapa jika anak cucu anda
kencing diatas kubur anda suatu hari nanti.


NOTA : Kali ini kerajaan Persekutuan Perlulah mengutamakan MELAYU dan BUMIPUTERA/INDIA kerana mereka inilah yang mempertahankan BN dari tumbang dalam PRU13 lalu. Jika inipun kerajaan BN sekarang tidak peduli, PRU14 mungkin tinggal kenangan.

1 comments:

1Melayu berkata...

Dalam forum RMK 10 diRTM semalam Tun Dr Mahathir dengan tegas berkata " Kekayaan negara tidak boleh dibahagi secara sama rata kepada semua kaum ianya hendaklah di agih secara adil".

PM Najib dan TPM Mahyudin kuasa berada ditangan anda,kenapa terlalu takut untuk berlaku adil kepada anak bangsa sendiri ? Jangan jadi macam anak kera disusukan manakala anak sendiri diberi makan sisa sisa makanan dari pinggan kaum pendatang.

Kalau anda berdua terlalu takut kepada kaum pendatang tolong berundur secara terhormat sebelum bangsa anda sendiri menyepak anda keluar dari kerusi ampuk PM dan TPM.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates