Jumaat, 31 Mei 2013

BILA NAK START KERJA...?????

Penulis Tamu: SOBRI SUDIN

Betullah apa yang dikomentarkan penganalisis politik dari Indonesia, 'POLITIK MALAYSIA SUNGGUH JELEK'.

Dah habis pilihanraya ingatkan persoalan siapa berkuasa dan kerajaan mana yang nak mentadbir akan dimuktamadkan. Rupanya tak settle lagi.

Timbul pula istilah baru, popular votes la, BLACKOUT 505 la, isu dakwat kekal la, Ahli Parlimen nak dibeli, MP nak lompat parti. Ada pula ditimbulkan isu angkat sumpah
jawatan Menteri dan Timbalan Menteri yang dikatakan tidak sah, kerana aturan undang-undang tidak diikuti dengan sempurna.
Di pihak BN, terzahir pula idea mahu jadikan BN parti tunggal. Di sana-sini, dah kedengaran siapa bakal KETUA BAHAGIAN, WANITA, PEMUDA DAN PUTERI SERTA SIAPA PULA BAKAL MKT dan Naib Presiden Parti.

Bagi MP yang tak puas hati kerana tidak dilantik apa-apa jawatan kabinet sibuk merungut itu dan ini dan sekarang melobi, berharap pada jawatan Pengerusi GLC.

Di pihak pembangkang pula kalut tentang isu salah menyalah antara satu sama lain, hanya kerana satu pihak tidak mahu sertai gerakan demonstrasi dan mobokrasi. Malah yang lebih teruk, pimpinan mereka, mantan MB mereka yang kini terlantar di Hospital pun mahu dijadikan bahan dan mainan politik.

Di balai-balai polis pula, pihak pembangkang sibuk membuat laporan mengenai penggunaan dakwat kekal yang dikatakan tidak kekal. Istilah 'kekal' barangkali kena ditakrif semula, tahan 2 jam ka, 2 hari ka seminggu ka?

Akan tetapi pada hemat penulis asas penting dalam pengundian adalah KAD PENGENALAN. Perkara lain hanya sampingan, dan dakwat kekal ini bukan BN yang cadang, tapi pihak pembangkang juga yang sarankan penggunaanya, sekarang depa pulak yang kalut.

Hai nampak gayanya, suasanan politik Malaysia untuk tempoh 5 tahun akan datang akan bergolak sepanjang masa. TAK LETIH KA KITA? Dan satu persoalan ikhlas dari saya, kalau macam tu, bila masa ADUN, Ahli Parlimen sama ada dari BN mahupun Pembangkang akan mula nak start kerja?

Isu dan keperluan rakyat cukup banyak. Aku janji, janji pilihanraya menanti untuk ditunaikan. Kepada semua ADUN dan MP, belek-beleklah kerja, khidmat untuk rakyat. Tunaikanlah amanah untuk masyarakat. Sudah-sudahlah berpolitik tu. Tunggu PRU ke-14, kita masuk ke gelanggang semula. BOLEH BUAT KA?????

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates